Jumaat, 11 Mac 2011

Ziarah

Rasulullah SAW bersabda: "Apabila kamu ziarahi orang sakit atau orang yang hampir mati, hendaklah kamu memperkatakan perkara yang baik, kerana sesungguhnya Malaikat mengucap Amin terhadap apa yang kamu katakan itu."
 
Huraian Hadith: 
Islam menggalakkan amalan berziarah apabila terjadi sesuatu musibah/kematian, disamping mengingatkan seseorang itu tentang kematian sebagaimana yang disarankan oleh Rasulullah SAW. Dalam adab menziarahi orang sakit atau kematian, kita disarankan untuk mengucapkan kata-kata yang baik, nasihat dan dorongan terhadap ahli keluarga yang ditimpa musibah. Kerana setiap perkataan yang keluar merupakan doa.

sumber : jakim

2 ulasan:

S..U..D..@..I..S berkata...

masih ada lagi masyarakat kita yang bersembang dan tanpa segan silu menghisap rokok dirumah simati..

muazlumut berkata...

terima kasih saud@is.....atas komen anda