Dhab
Ibnu Umar r.a meriwayatkan katanya : “Rasulullah SAW  ditanya mengenai Dhab, maka baginda bersabda : “Aku tidak memakannya dan  aku tidak mengharamkannya. Dalam satu riwayat: “Rasulullah SAW  didatangkan dengan Dhab, maka baginda tidak memakannya dan tidak pula  mengharamkannya.” (Riwayat Muslim).
               Memang  terdapat hadits yang banyak dalam Bukhari Muslim yang menjelaskan  tentang  binatang ini iaitu dhab yang halal dimakan. Para sahabat pun  memakan dhab sedangkan Rasullah SAW melihatnya, bahkan Baginda tidak  menghalang dan menegah para sahabat untuk memakannya. Dhab adalah  sejenis biawak yang hidup di padang pasir. Ia tergolong dalam keluarga  cicak. Nama saintifiknya ialah Uromastyx aegyptius microlepis. Dhab  merupakan binatang berdarah sejuk yang tergolong dari jenis reptilia  bertelur. Dhab juga adalah  binatang herbivor yang hanya memakan  tumbuh-tumbuhan. Cara kehidupan dhab ialah ia banyak menghabiskan  masanya dalam lubang-lubang yang digali untuk menyembunyikan diri atau  di celah-celah batuan yang selamat untuk berlindung daripada ancaman  musuhnya termasuk manusia. Dhab mempunyai kulit yang bersisik tebal di  atas badan dan ekornya, panjang bagi seekor dhab lebih kurang dari 14  hingga 36 inci atau lebih.
Sumber : Hadis harian JAKIM 

 
 
 
Ulasan