Bahan-bahan: 5 biji  telur  gred A 1 cawan  susu pekat  (tak kisah jenama apa) 1 cawan  air 3 keping roti (tak kisah jenama apa asalkan roti keping) Sedikit esen vanilla Sedikit garam 4 sudu  gula Sedikit pewarna kuning Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, kisar telur, susu pekat, air, roti, esen vanilla, garam dan pewarna kuning sampai gebu. 2. Bagi menyediakan karamelnya pula, guna 4 sudu gula dicairkan dalam loyang. 3. Selepas itu, biarkan karamel itu mengeras dalam loyang terlebih dahulu. 4. Kemudian, baru boleh tuang adunan yang dikisar tadi ke dalam loyang yang berisi karamel. 5. Akhir sekali,  kukus  selama 45 minit. Siap untuk dinikmati !
 
Ulasan
ramadhan hanya sekali,tak sama kita puasa dibulan yg lain....seharusnya kita habiskan puasa sebulan...
orang tak puasa tidak akan merasa nikmat dlm kehidupan.......
nikmat ketika berbuka......walaupun ala kadar, sesuatu yg sedap itu...ketika kita lapar....
segelas air kosong,sebiji tamar....
begitu nikmat....
dan betapa besarnya nikmat sebuah pengampunan...
hargailah ramadhan....kerana ramadhan akan dtg belum pasti kita jumpa...