Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2011

Gula-gula

Imej
Seorang lelaki bertanya kepada seorang lelaki Muslim: "Mengapa wanita agama mu (ISLAM) menutup aurat?" Lelaki muslim itu tersenyum :) sambil mengeluarkan 2 biji gula-gula dari sakunya, lalu salah 1 darinya dibuka bungkusnya, kemudian dia menjatuhkan 2 biji gula-gula itu ke atas lantai, dan bertanya kepada lelaki itu : "Antara kedua-duanya mana yang akan kamu pilih?" Lelaki bertanya itu menjawab: "Sudah tentulah aku memilih yang masih dalam bungkusan." Lelaki Muslim berkata: "Begitulah kami melihat dan menghormati kaum wanita agar mereka lebih terpelihara dan istimewa."

Kecuali

Imej
  Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: “Nabi Muhammad SAW pernah bersabda :” Janganlah ingin menjadi seperti orang lain kecuali seperti dua orang ini. Pertama, orang yang diberi Allah kekayaan berlimpah ruah dan ia membelanjakannya secara benar (di jalan yang adil dan sesuai dengan perintah Allah). Kedua, orang yang diberi Allah al-hikmah dan ia berperangai sesuai dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain.” (al-Bukhari)                                                                                    ...

Kala

Imej
Bila orang beritahu dalam baju kita ada seekor kala, kita ucapkan terima kasih. tetapi bila orang beritahu dalam hati kita ada penyakit, kita marah. walhal, bahaya digigit kala setakat di dunia, sedangkan bahaya penyakit hati akan berlanjutan sehingga akhirat..imam ghazali.

Hati

Imej
"Penyakit hati lebih bahaya dari penyakit fizikal tetapi sedikit sekali manusia yang ambil berat untuk merawat hati..."                                                                               Fikir-fikirkan..

Haji

Imej
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah ditanya, “Amalan manakah yang lebih utama ? Baginda menjawab: “Beriman kepada Allah dan juga kepada Rasulnya”. Kemudian baginda ditanya lagi, “Selepas itu apa lagi ? Baginda berkata, “Berjihad di jalan yang diredhai Allah”. Kemudian apa lagi ? Baginda menjawab, “Mengerjakan ibadat haji yang diterima oleh Allah (haji mabrur). (al-Bukhari dan Muslim) Huraian 1. Umat Islam hendaklah sentiasa melakukan amalan yang baik semasa hayatnya, kerana setiap amalan yang dilakukan dengan ikhlas kerana Allah dinilai sebagai ibadat 2. Antara amalan yang paling utama selepas beriman kepada Allah dan juga kepada Rasulnya serta berjihad di jalan yang diredhai Allah ialah mengerjakan ibadat haji dengan dengan sempurna (haji mabrur). 3. Sesungguhnya Allah S.W.T. sangat menyukai hambanya yang taat dalam melaksanakan titah perintahnya apalagi sanggup berkorban nyawa, tenaga dan wang ringgit semata-mata untuk bermusafir mengerjakan ibadat haji...