Ahad, 2 Oktober 2011

Haji



Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah ditanya, “Amalan manakah yang lebih utama ? Baginda menjawab: “Beriman kepada Allah dan juga kepada Rasulnya”. Kemudian baginda ditanya lagi, “Selepas itu apa lagi ? Baginda berkata, “Berjihad di jalan yang diredhai Allah”. Kemudian apa lagi ? Baginda menjawab, “Mengerjakan ibadat haji yang diterima oleh Allah (haji mabrur).

(al-Bukhari dan Muslim)


Huraian
1. Umat Islam hendaklah sentiasa melakukan amalan yang baik semasa hayatnya, kerana setiap amalan yang dilakukan dengan ikhlas kerana Allah dinilai sebagai ibadat
2. Antara amalan yang paling utama selepas beriman kepada Allah dan juga kepada Rasulnya serta berjihad di jalan yang diredhai Allah ialah mengerjakan ibadat haji dengan dengan sempurna (haji mabrur).
3. Sesungguhnya Allah S.W.T. sangat menyukai hambanya yang taat dalam melaksanakan titah perintahnya apalagi sanggup berkorban nyawa, tenaga dan wang ringgit semata-mata untuk bermusafir mengerjakan ibadat haji kerana ibadah ini tidak akan dapat dilakukan tanpa adanya persediaan yang cukup dari segi rohani dan jasmani.
4. Orang yang beramal dan berusaha untuk menegakkan syariat Allah di muka bumi ini telah dijanjikan ganjaran pahala yang besar oleh Allah ketika di dunia mahupun di akhirat. Oleh itu umat Islam seharusnya berlumba-lumba dalam melakukan amal ibadat selagi tempoh hayat masih berbaki. sumber e-Hadis JAKIM

5 ulasan:

KELI OH KELI berkata...

inshaAllah bonda saya akn menunaikan haji tahun ini...")

muazlumut berkata...

tahniah....kirim salam pada Bonda

Adry@Daun berkata...

As salam en Muaz,
Slmt berangkat ke tanah suci.. Semoga perjalanan ke tanah suci dan kembali semula ke tanah air lancar dan selamat. Semoga dpt mengerjakan ibadah haji dan sempurna dn mendapat haji mabrur.

zul permatang badak berkata...

selamat mnunaikan ibadat haji untuk Muaz dari saya.....bila berangkat?

muazlumut berkata...

29/10/11 saya berangkat ke mekah terima kasih...adry,zul