RESEPI KUIH Putu Beras BAHAN-BAHAN: 1 kg beras 1 kg gula 125 ml air CARA MEMASAK: 1. Goreng beras tanpa minyak sehingga rapuh dan kemudian dikisar. 2. Didihkan air bersama dengan gula. Masak sehingga bertali. 3. Biarkan sejuk dan dikikis menjadi serbuk. 4. Campurkan dengan beras yang telah dikisar hingga mesra. 5. Masukkan ke dalam acuan dan ditekan hingga mampat. 6. Keluarkan dari acuan dan sedia untuk dihidang. SELAMAT MENCUBA
Resepi nya 2 biji bawang besar(dihiris) 4 tangkai daun kari (dihiris) 1 pokok ketumbar(dihiris) 3 Batang cili hijau ( belah dua dan dihiris) 1 sudu makan jintan putih 2 sudu besar cili serbuk 1 sudu teh serbuk kunyit Garam secukupnya Tepung kacang kuda (Agak2 je macam nak buat cucur bawang) 2 sudu tepung beras Air Cara masak : 1. Masukkan Semua bahan dalam bekas dan gaul rata.. 2. Masukkan air dan gaul lagi.. 3. Panaskan minyak dan goreng sehingga garing dan siap terima kasih empunya resepi...ambik dari fb
Bahan-bahan: 5 biji telur gred A 1 cawan susu pekat (tak kisah jenama apa) 1 cawan air 3 keping roti (tak kisah jenama apa asalkan roti keping) Sedikit esen vanilla Sedikit garam 4 sudu gula Sedikit pewarna kuning Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, kisar telur, susu pekat, air, roti, esen vanilla, garam dan pewarna kuning sampai gebu. 2. Bagi menyediakan karamelnya pula, guna 4 sudu gula dicairkan dalam loyang. 3. Selepas itu, biarkan karamel itu mengeras dalam loyang terlebih dahulu. 4. Kemudian, baru boleh tuang adunan yang dikisar tadi ke dalam loyang yang berisi karamel. 5. Akhir sekali, kukus selama 45 minit. Siap untuk dinikmati !
Ulasan
terbaik....
Selamat kembali. Teruskan dakwah dengan entri bermanfaat melalui dunia maya.