Jumaat, 20 Januari 2012

Bersih


Rasulullah saw bersabda, yang bermaksud:



“Wahai orang beriman, makanlah barang yang bersih daripada apa yang kami kurniakan kepada kamu.” (Hadis riwayat Muslim)

Makanan yang suci dan bersih akan menjamin kesihatan yang baik. Justeru, di samping memilih makanan berzat dan berkhasiat, sebaik-baiknya pada masa yang sama, perhatian perlu diberi terhadap kebersihan dan kesuciannya dari segi syariat agama.



Bengkang Tepung Beras
(belajar buat bengkang ! )

Bahan bahan :


1) 2 cawan tepung beras
2) 1 cawan gula pasir
3) 1 sudu teh garam
4) 6 cawan santan
5) 1 helai daun pandan

Cara :

1) Kisar semua bahan kecuali daun pandan sehingga halus.
2) Masukkan daun pandan dan masak sambil dikacau atas api perlahan hingga naik
    wap. Tutup api dan kacau sehingga kental.
3) Sementara itu sapu rata loyang dengan minyak.
4) Keluarkan daun pandan dan tuang adunan ke dalam loyang.
5) Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar atas bawah pada suhu 180′ C selama 1 ½
    jam / masak.
6) Sejukkan dan potong.
   




2 ulasan:

mamawana berkata...

Bengkang tepung beras... mesti sedap tu

http://nurqasehbiz.blogspot.com/2012/01/hafalan-solat-delisa.html

muazlumut berkata...

insyaAllah sedap...