Selasa, 3 Januari 2012

Duduk

Sabda Rasulullah s.a.w ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq, "...Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (H.R. Imam Ahmad)

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi Ketua. Sultan Muhammad Al-Fateh memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lalu bertanya, "Siapa di antara kita dari baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali, sila duduk!" Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kita yang dari baligh hingga hari ini pernah meninggalkan solat sunat rawatib, sila duduk!" Sebahagian daripada tenteranya duduk.


Kemudian baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kamu dari baligh hingga ke saat ini perna meninggalkan solat tahajjud, walaupun satu malam...sila duduk!" Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat rawatib dan solat tahajjud sejak baligh. Baginda sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadithnya itu.

2 ulasan:

zul permatang badak berkata...

Muaz
slamat malam.....hai lama menyepi.....

muaz_kkgp berkata...

kurang sihat sikit..demam,terima kasih dtg dan komen