Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2012

Bilal

Imej
Biodata Bilal bin Rabah Bilal bin Rabah r.a dilahirkan di Kota Mekah sekitar tahun 43 Sebelum Hijrah(ada pendapat yang mengatakan beliau dilahirkan di Habsyah atau kini disebut negara Ethopia). Bilal r.a dibesarkan di Kota Mekah sebagai seorang hamba anak-anak yatim Bani Abdul Dar yang berada di bawah jagaan Umaiyyah bin Khalaf. Setelah Rasulullah s.a.w dibangkitkan menjadi Nabi dengan membawa risalah Islam, Bilal adalah terdiri dari kalangan orang-orang yang paling awal memeluk Islam. Beliau meninggal dunia pada tahun 23 Hijrah di negeri Syam dan dikebumikan di Damsyik. Sepanjang hayatnya beliau diakui sebagai seorang yang patuh dan rajin terhadap tanggungjawabnya, ikhlas, amanah, berani, tabah, dan sanggup menghadapi risiko demi mempertahankan kebenaran. Beliau juga pernah menyertai barisan tentera Islam dalam beberapa peperangan dan dilantik sebagai juruazan oleh Rasulullah dan kerana itulah namanya kini diabadikan kepada setiap juruazan atau bilal.

Kekasih

Imej
Jika anda meniduri kekasih anda pada 14hb febuari(hari kekasih), kekasih anda akan memberi berita baik pada 21hb Mac (hari ibu) dan anda akan mempunyai anak pada 14hb November (hari kanak-kanak sedunia)jika di lihat pada aspek perubatan..anda dinasihatkan jangan cuba perkara ni pada semua kekasih anda kerana anda akan mendapat berita buruk pada 1hb disember(hari Aids sedunia)...jangan marah, muaz nasihat je... sumber : tak pasti,terima kasih...empunya.

cahaya

Imej
  Ketika nabi saw dilahirkan,umat manusia berada dalam ambang kehancuran. Kejahatan bermaharajalela, ketagih arak berleluasa, anak2 perempuan ditanam hidup2 dan yg kuat menindas yang lemah. 40 tahun kemudian, cahaya muncul di gua Hira' dan 23 tahun selepas itu cahaya itu melimpah diseluruh jazirah arab. Akhirnya, seluruh penduduk bumi dan langit terkesan dengan cahaya itu. Michael H. Hart mencatatkan dalam bukunya, muhammad adalah manusia yang paling berpengaruh sekali dalam sejarah manusia. The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History is a 1978 book by Michael H. Hart, reprinted in 1992 with revisions. It is a ranking of the 100 people who, according to Hart, most influenced human history.

Datang

Imej
Dari Ibn Umar r.a., katanya : " Rasulullah SAW telah memegang bahuku dan bersabda : ' Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang perantau, atau pengembara. ' Maka Ibn Umar berkata : "Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi. Dan jika engkau berada di waktu pagi maka janganlah engkau menunggu petang. Gunakanlah waktu sihatmu sebelum datang waktu sakit. Dan gunakanlah waktu hidupmu sebelum datang waktu mati. "
Imej
Pada masa dahulu, ada sebuah negeri di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak dan teringin mencari seorang yang malas. Maka berangkatlah raja itu ke sebuah negeri yang mana rakyat-rakyatnya terkenal dengan kemalasan.Raja perintahkan pengawal mencari seberapa ramai orng yng paling malas di negeri itu. Dan dikumpulkan bebe...rapa orang,lalu seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas tuanku.” Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?” Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.” Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.” Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?” Maka jawabnya, “Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.” Maka raja pun terdiam seketika. Tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata, “...