Rabu, 22 Februari 2012

Bilal


Biodata Bilal bin Rabah



Bilal bin Rabah r.a dilahirkan di Kota Mekah sekitar tahun 43 Sebelum Hijrah(ada pendapat yang mengatakan beliau dilahirkan di Habsyah atau kini disebut negara Ethopia). Bilal r.a dibesarkan di Kota Mekah sebagai seorang hamba anak-anak yatim Bani Abdul Dar yang berada di bawah jagaan Umaiyyah bin Khalaf. Setelah Rasulullah s.a.w dibangkitkan menjadi Nabi dengan membawa risalah Islam, Bilal adalah terdiri dari kalangan orang-orang yang paling awal memeluk Islam.


Beliau meninggal dunia pada tahun 23 Hijrah di negeri Syam dan dikebumikan di Damsyik. Sepanjang hayatnya beliau diakui sebagai seorang yang patuh dan rajin terhadap tanggungjawabnya, ikhlas, amanah, berani, tabah, dan sanggup menghadapi risiko demi mempertahankan kebenaran. Beliau juga pernah menyertai barisan tentera Islam dalam beberapa peperangan dan dilantik sebagai juruazan oleh Rasulullah dan kerana itulah namanya kini diabadikan kepada setiap juruazan atau bilal.

7 ulasan:

ZORA berkata...

:)

nurul berkata...

tq for sharing this story...selepas dua tahun menyepi..now im come back

muazlumut berkata...

sama2....

A Mom berkata...

nice contents! keep it up!

mamawana berkata...

Assalamualaikum..

Ada cerita lebih lanjut lagi ttg Bilal ni tak..? menarik sekali perkongsian ini. Bilal yg tidak pernah kering dari wuduknya...

Fahrain berkata...

as salam...
slh sorg sahabat yg dijamin syurga oleh rasullullah saw.

Allahurabbi

muazlumut berkata...

mama...insyaAllah akan saya usahakan
terima kasih semua