Dari Anas bin Malik r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bertemu
dengan beberapa orang anak lalu baginda memberi salam kepada mereka.”
(Muslim)
|
Huraian
Rasulullah s.a.w adalah manusia
sempurna yang kaya dengan sifat-sifat yang terpuji. Justeru, baginda
adalah orang yang wajib dicintai dan diteladani melebihi manusia yang
lain. Bagindalah idola yang sepatutnya dipuja-puja oleh kita selaku umat
Islam, dulu, kini dan selamanya sama ada oleh sesiapa sahaja, golongan
remaja, kanak-kanak mahu pun dewasa. Jika kita hidup di zaman baginda,
nescaya bagindalah orang terbaik yang sentiasa ingin kita tiru gaya
hidupnya, penampilannya sepertimana para remaja kita sekarang yang
memuja dan meniru apa sahaja yang dipakai, dibuat, dilakukan atau apa
jua yang berkaitan dengan diri orang yang diminatinya. Semuanya baik
belaka. Rasulullah contohnya pandai memikat hati sesiapa sahaja yang
melihat atau merasa kehadiran baginda. Manakan tidak, baginda tidak
pernah menyakiti hati sesiapa. Ketika bersalaman, baginda tidak
melepaskan tangan sehingga yang dijabatnya itu melepaskannya. Rasulullah
mengangkat tangan dan memberikan salam apabila melepasi kumpulan
kanak-kanak sebagai tanda hormat dan kasih baginda kepada mereka, tidak
kurang juga baginda menghormati orang-orang tua, kawan mahupun lawan.
Inilah sifat sejati seorang yang pandai menjaga hati peminatnya. Baginda
melakukan semua itu bukan untuk menjaga hati orang lain atau pun demi
populariti dirinya sendiri sebagai seorang rasul tetapi dilakukan semua
itu kerana ingin menjaga maruah Islam yang amat mulia. Baginda bukan
menjadi fitnah kepada agama apalagi hingga membawa kesesatan kepada
orang yang menyukainya.
|
|
|
|
Sumber : e hadis JAKIM
Ulasan
tanpa memilih status,senyum dan salam sesama islam....