Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2013

Lemon dan madu

Imej
Hirisan lemon, hirisan halia dicampur dengan madu , masukan ke dal am balang atau bekas bertutup . S impan di dalam peti sejuk. Ia akan menjadi likat seperti agar-agar. Tahan sehingga 2-3 bulan.   Cara guna : M asukkan sesudu ke dalam gelas, dan tuangkan air suam. Insya Allah dapat kurang batuk dan demam. Selamat men cuba...

ALI-'IMRAAN-ayat 26

Imej
  Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. S ay: "O Allah. Lord of Power (And Rule), Thou givest power to whom Thou pleasest, and Thou strippest off power from whom Thou pleasest: Thou enduest with honour whom Thou pleasest, and Thou bringest low whom Thou pleasest: In Thy hand is all good. Verily, over all things Thou hast power. surah ALI-'IMRAAN-ayat 26

Serangan Bom 16 April

Imej
Tiga orang disahkan terkorban akibat dua letupan yang berlaku ketika acara Maraton Antarabangsa Boston di Massachusetts, awal pagi ini. Menurut polis Boston, mangsa yang terkorban termasuklah seorang budak lelaki berumur lapan tahun. Pihak hospital pula berkata, sekurang-kurangnya 144 orang cedera dalam insiden letupan itu dengan 17 daripada mereka berada dalam keadaan yang kritikal.

bersin & menguap

Imej
    Daripada Abu Hurairah r. a. bahawasanya Baginda Rasulullah saw bersabda bermaksud: "Sesungguhnya Allah swt suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallah!'. Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya. (Hadith Riwayat Bukhari) Daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: "Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka." Riwayat Imam Muslim. Nabi Muhammad saw bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang...

perpaduan nasional

Imej
FDC Perpaduan Nasional Sampul surat hari pertama yang ketiga untuk tahun 2013

Pru 13

Imej
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada 20 April ini, manakala pengundian pada 5 Mei. Tempoh berkempen ialah selama 15 hari berbanding 13 hari pada pilihan raya umum 2008. Pengundian awal ditetapkan pada 30 April. Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada sidang media di ibu pejabat SPR, jam 12.30 tengah hari tadi yang disiarkan di TV3, RTM1, NTV7, 8TV dan TV9. Abdul Aziz berkata, seramai 13,268,002 rakyat Malaysia layak mengundi kali ini, berdasarkan daftar pemilih yang diwartakan esok. Katanya, pilihan raya umum kali ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). sumber BH Sekejap je..dah berlalu 5 tahun, rasa macam baru je PRU 12. PRU 13 ni muaz mengundi buat kali ke tiga, usia pun makin bertambah tua. Ramai juga kawan-kawan yang sebaya muaz tak pernah mengundi, rugi sangat  tu..mengundi  ...