Rabu, 10 April 2013

Pru 13

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada 20 April ini, manakala pengundian pada 5 Mei.
Tempoh berkempen ialah selama 15 hari berbanding 13 hari pada pilihan raya umum 2008. Pengundian awal ditetapkan pada 30 April.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada sidang media di ibu pejabat SPR, jam 12.30 tengah hari tadi yang disiarkan di TV3, RTM1, NTV7, 8TV dan TV9.
Abdul Aziz berkata, seramai 13,268,002 rakyat Malaysia layak mengundi kali ini, berdasarkan daftar pemilih yang diwartakan esok.
Katanya, pilihan raya umum kali ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).sumber BH




Sekejap je..dah berlalu 5 tahun, rasa macam baru je PRU 12. PRU 13 ni muaz mengundi buat kali ke tiga, usia pun makin bertambah tua. Ramai juga kawan-kawan yang sebaya muaz tak pernah mengundi, rugi sangat  tu..mengundi  adalah hak kita sebagai rakyat Malaysia. Tetapkan hati, terus bergerak ke tempat mengundi...pegang pensil kemas-kemas dan pangkah cantik-cantik kat kertas undi tu, muaz pangkah parti.......dan lipat kecik-kecik,molek-molek dan masuk kat dlm tong, Doa dalam Hati ya Allah berikanlah kemenangan kepada parti......dan lepas berita pukul lapan malam tunggu depan tv....kadang2 seronok, kadang2 sedih, namun  kena redho atas kekalahan. Kalah menang Allah jua tentukan...agaknya-agaknya parti mana muaz akan pangkah / garis. Undi itu rahsia, pergi mengundi itu wajib...

Tiada ulasan: