Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2013

Amalan-amalan sunah pada bulan Ramadhan

Amalan-amalan sunah pada bulan Ramadhan Selain puasa yang Allah wajibkan pada bulan Ramadhan ada pelbagai amalan yang disunatkan pada bulan ini di antaranya: 1. Mengkhatamkan Al-Qur'an Bulan Ramadhan adalah bulan Al-Quran. Pada bulan inilah Al-Qur'an pertama kali turun dari lauhul mahfuz ke langit dunia sekaligus. Allah berfirman: Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil) (al baqarah: 185) 2. Solat tarawih Rasulullah Saw. bersabda: "Barang siapa yang menghidupkan malam bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala dari Allah akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." Sebuah riwayat mengatakan bahawa Nabi Saw. pernah solat 11 rakaat, terkadang 13 rakaat atau kurang dari itu. Ketika ditanya tentang solat malam beliau bersabda: "Dua rakaat dua rakaat, jika seseorang di antara kamu bimbang mas...

Ramadhan

Antara kelebihan-kelebihan bulan Ramadhan yang umumnya diketahui : Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hambaNya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa. Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar dimana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Digandakan pahala amalam pada malam tersebut. Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadhan.Oleh itu kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al-Quran beserta maksudnya di bulan Ramadhan nanti. Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga. Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadhan.Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu diri sendiri.Mohonlah keampunan Ilahi di bulan Ramadhan yang mulia itu. Kegembiraaan orang yang berpuasa dengan ikhlas ketika Ramadhan ialah bila tiba waktu berbuka puasa kerana dia dapat menghalang dirinya daripada melakukan kejahatan.

Kursus Petanque

Imej
      petanque (sebutannya petong)...mula tu rasa pelik je, macam main guli pun ada. 27-28 Jun 2013 lepas, tempat kerja saya anjurkan kursus dan etika petanque. dua jurulatih di jemput untuk memberi tunjuk ajar...pastu satu pertandingan diadakan lepas habis kursus (lawan suka-suka je). berasal dari perancis. permainan tradisi rakyat perancis. Malaysia pula baru diperkenalkan pada penghujung tahun 1989 oleh Yang Dipertua Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa), Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz petanque dimainkan dengan membaling jack terlebih dahulu, dalam gelanggang berukuran 15 meter x 4 meter. balingan mestilah berjarak antara enam hingga 10 meter.   Sasaran para pemain adalah untuk menghasilkan balingan bola logam yang mendekati jack tersebut. Jika seorang individu atau sebuah pasukan berjaya menghasilkan bola yang paling hampir dengan jack, pasukan lawan akan terus membaling bola yang ada dalam simpanan mereka sehingga berjaya m...

Jumaat

Allah SWT berfirman: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ‌ اللَّـهِ وَذَرُ‌وا الْبَيْعَ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ‌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ ﴿ ٩ “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diseru untuk menunaikan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli; Yang demikian itu lebih baik bagimu Jika kamu mengetahui ( hakikat yang sebenarnya).” (Surah Al-Jumaah 62: Ayat 9)