Ramadhan
Antara kelebihan-kelebihan bulan Ramadhan yang umumnya diketahui :
- Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hambaNya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa.
- Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar dimana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Digandakan pahala amalam pada malam tersebut.
- Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadhan.Oleh itu kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al-Quran beserta maksudnya di bulan Ramadhan nanti.
- Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.
- Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadhan.Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu diri sendiri.Mohonlah keampunan Ilahi di bulan Ramadhan yang mulia itu.
- Kegembiraaan orang yang berpuasa dengan ikhlas ketika Ramadhan ialah bila tiba waktu berbuka puasa kerana dia dapat menghalang dirinya daripada melakukan kejahatan.
Ulasan