Beting Beras Basah 2015

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini berangkat ke Beting Beras Basah bagi menjalani Istiadat Mencecah Kaki sekaligus menyempurnakan Istiadat Pertabalan Sultan Perak XXXV. Baginda tiba di Jeti Bagan Datoh pada kira-kira 6.45 pagi. Ketibaan Sultan Nazrin Shah, yang lengkap berbaju Melayu coklat cair, disambut rakyat jelata yang menunggu sejak pukul 6 pagi dan baginda turut bersalaman dengan mereka. Sejurus itu, bacaan doa dan selawat diperdengar sebelum baginda, yang diiringi Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan Datuk Dr Afifi Al-Akiti, menaiki sebuah bot amphibian milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Sejurus tiba di Beting Beras Basah pada 7.20 pagi, Sultan Nazrin Shah mencelup kaki dan membasuh muka bagi menandakan bahawa baginda selamat sampai di situ. Selepas itu, doa dibaca oleh Afifi sebelum melaungkan "Daulat Tuanku" sebanyak tiga kali diikuti beberapa orang Istana yang turut hadir....