Beting Beras Basah 2015
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini
berangkat ke Beting Beras Basah bagi menjalani Istiadat Mencecah Kaki sekaligus
menyempurnakan Istiadat Pertabalan Sultan Perak XXXV.
Baginda tiba di Jeti Bagan Datoh pada kira-kira 6.45 pagi. Ketibaan Sultan Nazrin Shah, yang lengkap berbaju Melayu
coklat cair, disambut rakyat
jelata yang menunggu sejak pukul 6 pagi dan baginda turut bersalaman dengan
mereka. Sejurus itu, bacaan doa dan selawat diperdengar sebelum
baginda, yang diiringi Menteri
Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan
Datuk Dr Afifi Al-Akiti, menaiki sebuah bot amphibian milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Sejurus tiba di Beting Beras Basah pada 7.20 pagi, Sultan
Nazrin Shah mencelup kaki dan membasuh
muka bagi menandakan bahawa baginda selamat sampai di situ. Selepas itu, doa dibaca oleh Afifi sebelum melaungkan
"Daulat Tuanku" sebanyak tiga kali
diikuti beberapa orang Istana yang turut hadir. Selesai menjalani upacara itu, baginda berkenan menjamu
selera bersama rakyat di Kompleks
Pelancongan Bagan Datoh. Beting Beras Basah adalah tempat persinggahan pertama Sultan
Mudzaffar Shah sebaik tiba dari Kampar, Sumatera selepas dijemput untuk menjadi
Sultan Perak pada tahun 1528.
sumber.: Fb
Ulasan