Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2019

PULAU CHNSOM

CATATAN PENGALAMAN KEMBARA ANAK WATAN PULAU CHNSOM GUBIR SIK KEDAH 11-13 JULAI 2019 (KHAMIS –SABTU) EPISOD 2 DARIPADA 4 11 JULAI 2019 (HARI PERTAMA) Seawal jam 7.00 pagi kami mula berkumpul di dataran untuk sedikit taklimat, semakan kehadiran, pembahagian barang kepada 9 kumpulan dan sarapan pagi sebelum mula bergerak ke jeti Gubir menaiki kenderaan yang telah disediakan. Jumlah peserta yang ramai menyebabkan kami terpaksa membahagi tugas dan giliran untuk ke Pulau Chnsom. Sebelum bergerak ke Pulau, kami membuat aktiviti gotong-royong di sekitar jeti dan semua kumpulan ditugaskan membersihkan kawasan mengikut tempat yang telah ditetapkan. Sebanyak 30 beg plastik sampah besar digunakan untuk tujuan gotong-royong ini. Kemudian beberapa buah kenderaan lain tiba di jeti membawa bot tambahan untuk kegunaan pengangkutan kami ke Pulau tersebut. Waktu yang direkodkan ketika itu adalah pada jam 10.30 pagi. Usaha menurunkan 2 bot tambahan ke pesisir tasik Gubir memberi pengalaman baru...

PULAU CHNSOM

Imej
CATATAN PENGALAMAN KEMBARA ANAK WATAN PULAU CHNSOM GUBIR SIK KEDAH 11-13 JULAI 2019 (KHAMIS –SABTU) EPISOD 1 DARIPADA 4 10 JULAI 2019 (RIKI) Pagi itu aku dan sebahagian peserta mula kemaskan semua barang dan peralatan untuk dibawa lebih awal ke tapak kem di Pulau Chnsom bagi melancarkan pergerakan kami pada esok hari. Dengan bantuan kenderaan polis (joint venture), kami memuatkan semua peralatan major untuk ke kem termasuk peralatan memasak untuk hampir 140 peserta kesemuanya. Pagi itu sebahagian peserta yang membantu menaiki beberapa jenis kenderaan untuk ke jeti di Gubir. Dalam kes aku, aku menumpang kenderaan FAS yang sama-sama menjalankan tugas riki dan pengangkutan, si AA juga sama menumpang kenderaan FAS. Disebabkan kami bergerak awal, maka kami membuat lencongan sekejap ke kawasan dusun pertanian berdekatan untuk mencari peluang merasa dan membeli buah durian. Sampai di kawasan tersebut, kami terus menuju ke arah pekerja-pekerja yang sedang mengopek durian untuk diisi...