PULAU CHNSOM

CATATAN PENGALAMAN
KEMBARA ANAK WATAN
PULAU CHNSOM
GUBIR SIK KEDAH
11-13 JULAI 2019 (KHAMIS –SABTU)
EPISOD 1 DARIPADA 4
10 JULAI 2019 (RIKI)

Pagi itu aku dan sebahagian peserta mula kemaskan semua barang dan peralatan untuk dibawa lebih awal ke tapak kem di Pulau Chnsom bagi melancarkan pergerakan kami pada esok hari. Dengan bantuan kenderaan polis (joint venture), kami memuatkan semua peralatan major untuk ke kem termasuk peralatan memasak untuk hampir 140 peserta kesemuanya. Pagi itu sebahagian peserta yang membantu menaiki beberapa jenis kenderaan untuk ke jeti di Gubir. Dalam kes aku, aku menumpang kenderaan FAS yang sama-sama menjalankan tugas riki dan pengangkutan, si AA juga sama menumpang kenderaan FAS. Disebabkan kami bergerak awal, maka kami membuat lencongan sekejap ke kawasan dusun pertanian berdekatan untuk mencari peluang merasa dan membeli buah durian. Sampai di kawasan tersebut, kami terus menuju ke arah pekerja-pekerja yang sedang mengopek durian untuk diisi ke dalam bekas makanan. Ada 3 orang pekerja sedang ikhlas bekerja di situ.
“Assalamualaikum?” aku mulakan bicara.
“Waalaikumsalam”
“Ada jual durian lagi encik?” aku teruskan bicara.
“Ish takdak dah. Ni yang dok depan mata ni semua HQ dah booking”
“(mampooooo)” ucapku dalam hati.
“habis tu bila lagi ada stok durian ni?” soalku lagi.
“Ish taktu nak kata, yang HQ booking ni pun taktu sampai bila”.
“haaa betol tu, taktu sampai bila”. Sampuk seorang lagi pekerja wanita berbadan gempal sambil menyuap seulas demi seulas durian ke mulutnya. Dia nampaknya sungguh selesa bekerja di situ.
Mereka nampaknya seperti tidak selesa dengan kehadiran kami maka kami mengambil jalan selamat untuk terus beredar.
Disebabkan layanan oleh pekerja-pekerja di situ seperti baru semalam period menjemput, maka kami berkeputusan untuk beredar. Ketika di dalam kereta, mulut kami tidak henti-henti membawang berkaitan dengan layanan yang diterima di pusat pertanian tersebut. Mereka-mereka yang kami jumpa tadi tu hanyalah insan-insan yang sedikit bernasib baik kerana mereka bertugas di dusun tersebut dan mereka dapat menikmati pelbagai jenis durian setiap hari. Namun itu bukanlah tiket untuk mereka mengabaikan kehadiran orang awam ke situ. Kalau tak mampu nak memberi layanan, maka sila korek tanah dan tanam diri sendiri atau pergi bertapa di dalam gua kerana hidup kita ni memang dikelilingi oleh manusia. Asyik membawang sehingga kami tidak sedar yang kami telah tiba dahulu di jeti Gubir. Begitu.
Kawasan jeti Gubir pada sebelah pagi sungguh mendamaikan namun ketiadaan talian telefon dan internet telah menghilangkan kedamaian tersebut sehingga semua rakaman aku untuk aktiviti pada hari tersebut terpaksa dimuatnaik hanya pada lewat petang itu. Pada hari itu hanya sebuah bot sahaja yang beroperasi, maka proses memindah barang ke Pulau Chnsom mengambil banyak masa kami untuk menunggu. Tambahan pula tiada talian telefon dan internet, maka tahap kesabaran kami semua para petugas mestilah berada pada tahap tertinggi. Mekanisme pemindahan barang dan peralatan ke tapak kem tersebut adalah dengan membahagikan sebahagian kumpulan untuk kekal di jeti Gubir dan sebahagian lagi berada di tapak kem untuk kerja-kerja pemunggahan dan pemindahan barang.
Ketika waktu menunggu yang cukup mencabar, semua orang mati punca kerana tidak tahu untuk berbuat apa. Maka daun-daun kering, pokok temucut, batu-batu kecil dan semut-semut yang melintas menjadi hiburan kami yang paling terbaik. Hari semakin meninggi dan keadaan menjadi semakin berbahang. Bot yang membawa kami juga bergerak perlahan sekali sekala kerana bot kami tidak boleh bergerak laju apabila bertembung dengan bot-bot kecil nelayan yang melalui kawasan tersebut. Pergerakan laju bot kami akan menimbulkan ombak air yang besar dan bot kecil nelayan yang berselisih akan dipukul dengan ombak tersebut dan akan terbalik (mampoooo?)
Antara barang dan peralatan yang dibawa awal ke tapak kem adalah termasuk dapur, kuali kawah sederhana besar dan 2 biji tong gas. Barang-barang lain termasuk beras, peralatan memasak, kertas A4, pinggan mangkuk, air mineral 54 liter dan lain-lain lagi. Itu belum lagi dikira peralatan khemah yang biasa digunakan ketika kenduri kahwin tu, termasuk kain kanvas tebal dan juga tiang-tiang besi. MasyaAllah! Ketika ini matahari telah meninggi ketika aku sampai di Pulau Chnsom, kedudukan muka bumi pulau ini adalah membukit, maka proses pemindahan barang ke atas tapak kem dalam jarak 200 meter dari bot ke arah membukit adalah sangat-sangat mencabar.
Bayangkan ketika sedang memunggah barang dari dalam bot yang teroleng di pesisir tasik, dengan langkah-langkah yang tidak stabil, disambut tanah pasir yang mendap lalu mengotorkan hampir keseluruhan kasut di bawah terik matahari tiada pelindung. Peluh-peluh yang mengalir dari ubun-ubun mengalir turun ke dahi dan pipi lalu bercantum di hujung dagu dan menitis ke atas pasir lembab. Sungguh matahari tiada belas ketika itu. Keringat dari bawah lengan berlumba-lumba menuruni lengan aku yang terbakar dek matahari tengahari dan berkumpul di hujung jari sebelum terus hilang di balik barang dan peralatan yang diusung mendaki ke tapak kem. Sungguh saat itu sangat menguji hubungan dan gerak kerja berkumpulan kami.
Selesai memunggah semua barang, kami mengambil nafas sebelum aku mula meninjau kawasan sekeliling tapak kem. Pada waktu itu air teh O ais yang terhad menjadi rebutan setiap orang daripada kami. Sungguh air sejuk yang menjengah ke tengah kerongkong di kala terik mentari sangat membantu kami ketika itu. Kemudian kami sama-sama bergotong royong mendirikan khemah kenduri di kawasan hujung tapak kem untuk kegunaan peserta wanita. Kebiasaannya begitulah bila kawasan terbuka / utama akan dijadikan tempat untuk peserta lelaki manakala kawasan terlindung / hujung / tertutup akan dijadikan kawasan untuk peserta wanita.
Aku dengan beberapa lagi peserta terus meninjau kawasan sekeliling untuk memberi gambaran awal kepada semua peserta yang tidak mengikut kami ke sesi riki ini. Sebenarnya banyak lagi khemah yang belum didirikan untuk kegunaan esok kerana itu adalah tugas persatuan yang sama-sama (joint venture) sertai program dengan kami. Jadi kami biarkan isu itu.
Tandas kekal cuma ada satu dan baru sahaja dibuat penambahan 2 lagi tandas tetapi belum ada kemudahan bekalan air. Tandas utama ini terletak berhampiran dengan kawasan utama yang menjadi kawasan peserta lelaki manakala 2 tandas tambahan lagi berada di kawasan peserta wanita iaitu di hujung tapak kem. Kawasan kem ini juga terdapat beberapa pokok hutan besar yang menjadi tanda di tapak kem. Sebahagian pokok punya akar melilit memanjat ke atas. Keadaan ini mewujudkan suasana teduh di waktu tengahari dan memberi sensasi dingin ketika menjelang petang, malam dan awal pagi.
Konsep penginapan di tapak kem ini adalah khemah terbuka. Kain kanvas tebal ditarik dengan tali di hujung keempat-empat sudut kain dan diikat di batang pokok manakala sebatang kayu lagi didirikan di tengah-tengah kain kanvas lalu melengkapkan sebuah khemah ringkas untuk peserta menginap. Sekali imbas boleh dilihat style penginapan begini adalah agak mencabar kerana pandangan dari dalam ke luar khemah boleh melepasi dan menembusi semua lambaian daun-daun, susunan pokok-pokok, dahan-dahan dan hutan di sekeliling. Hanya wajah bulan yang mungkin tidak kelihatan kerana kami masih berlangitkan kain kanvas.
Kawasan dapur memasak juga kelihatan kecil mungkin kerana kebiasaanya digunakan untuk aktiviti-aktiviti one-off yang berskala kecil sahaja. Kesimpulannya terdapat 1 khemah kecil memasak, satu khemah kecil tempat makanan dihidang, 2 khemah kecil untuk penginapan peserta lelaki dan 2 khemah besar (khemah kenduri) untuk penginapan peserta wanita.
Selesai membuat tinjauan di kawasan tapak kem, maka tibalah masa untuk kami bergerak pulang untuk membuat persediaan bagi program yang akan bermula esok. Secara keseluruhannya, kemudahan di tapak kem ini adalah sangat minimum dan semua peserta yang akan meyertai kem ini pastinya akan menikmati satu pengalaman mencabar yang baru dan mungkin belum lagi pernah diperolehi dari mana-mana kem / program sebelum ini. Tambahan pula talian telefon dan internet memang langsung tiada maka sudah tentu program ini seperti rancangan realiti TV Survivor. Harapnya keadaan cuaca akan bekerjasama dengan kami kerana tapak kem adalah hampir 100% tanah lembap dan tempat berteduh adalah hampir 100% kain kanvas, maka cuaca hujan boleh menyebabkan banyak aktiviti tergendala dan kawasan penginapan serta keseluruhan tapak kem akan menjadi basah, licin dan tidak selesa.
Petang itu kami tiba semula di kawasan perkarangan kolej dalam jam 4.00 dan diteruskan dengan persiapan akhir sebelum bertolak ke kem pada esok hari.
(TAMAT EPISOD 1)
(BERSAMBUNG …)

Ulasan

Jual Batu Alam berkata…
CV. ISTIQOMAH BATU ALAM merupakan Pabrik dan Distributor batu alam di Cirebon, Menyediakan berbagai macam jenis batu alam seperti

Batu Alam Andesit
Batu Alam Andesit Polos Bakar
Jual Batu Alam Andesit Alur
Jual Batu Alam Andesit Susun Sirih
Jual Batu Alam Cipanca
Jual Batu Alam Susun Sirih
Jual Batu Alam Kuniing Palimanan
Jual Batu Alam Kuning Gunung Kuda
Jual Batu Alam Putih Gunung Kuda
Jual Batu Alam Putih Susun Sirih
Jual Batu Alam Candi Jogjakarta
Harga batu palimanan
Harga batu alam terbaru
Dan masih banyak lagi.

Dengan ketersediaan stok melimpah, kami siap melayani anda dengan kebutuhan partai kecil maupun partai besar. Luar kota, luar pulau maupun luar negeri kami siap melayani anda. Batu Alam Cirebon dari kami memiliki bermacam variasi, ukuran dan anda dapat juga mengajukan variasi permintaan sesuai kebutuhan

Catatan popular daripada blog ini

RESEPI KUIH Putu Beras

PAKORA BAWANG

Cik Atau Puan