PULAU CHNSOM
CATATAN PENGALAMAN
KEMBARA ANAK WATAN
PULAU CHNSOM
GUBIR SIK KEDAH
KEMBARA ANAK WATAN
PULAU CHNSOM
GUBIR SIK KEDAH
11-13 JULAI 2019 (KHAMIS –SABTU)
EPISOD 3 DARIPADA 4
12 JULAI 2019 (HARI KEDUA)
Pagi itu semua dikejutkan dengan suara Ustaz pada jam 5.30 pagi mengajak semua bangun bersedia untuk solat Subuh berjemaah. Masing-masing baru kelihatan perlahan-lahan bangun dari tempat tidur dan suara-suara kecil mula kedengaran dari semua khemah penginapan. Waktu itu semua peserta sedang bercakap-cakap di mana mahu mengambil wudhu’ untuk solat Subuh pagi itu kerana keadaan dan suasana pagi yang sangat sejuk. Akhirnya mereka terpaksa dan mengalah jua untuk menapak turun ke tepi tasik untuk mengambil wudhu’ seperti kebiasaan mereka semalam. Air tasik yang sejuk itu mencengkam ke tulang dan menggetarkan seluruh sendi tubuh, tetapi pagi itu perlu dilalui jua. Selesai solat Subuh semua peserta berkumpul untuk mendengar kuliah Subuh sehingga jam 7.00 pagi dan kemudiannya terus bersiap untuk senaman pagi. Pagi itu juga seusai Subuh aku terus menerjah ke khemah masak kerana mood makan aku telah datang tambahan pula tukang masak telah menumis ikan bilis dan belacan untuk dibuat nasi goreng. Aku terus menyambar sepinggan nasi goreng dan aku makan secara sembunyi-sembunyi.
Jam 7.00 pagi. Pagi itu suasana cerah dan nyaman sekali. Hujan semalam telah meninggalkan sensasi segar di tapak kem. Cahaya matahari pagi seolah-olah memberi kami sinar baru yang indah.Semua peserta mula berkumpul untuk sesi senaman pagi selepas selesai solat Subuh. Sesi senaman pagi dibuat di kawasan lapang di bahagian bawah bukit tapak kem. Kawasan ini asalnya adalah sebahagian daripada kawasan dasar tasik tetapi disebabkan oleh musim panas yang tidak menentu maka air tasik di kawasan ini telah menjadi semakin berkurang dan surut lalu menampakkan sebahagian dasar tasik yang kemudiannya menjadi daratan dan ini menyebabkan kawasan sekeliling tampak lebih luas berbanding ketika air tasik terisi penuh yang akan menghadkan pergerakan di daratan. Ketika sesi senaman pagi semua peserta diketuai oleh instructor dari luar dengan dibantu beberapa instructor yang lain. Antara senaman yang dibuat adalah senaman asas statik bermula dari kepala turun ke bahu, tangan, pinggang, lutut dan kaki. Kemudian pergerakan yang lebih mencabar dibuat seperti sit up, push up, leg rise, full rolling dan airborne. Hasil senaman ini menyebabkan tiada seorang peserta pun yang kembali ke tapak kem dalam keadaan pakaian yang bersih melainkan semuanya telah dipenuhi tanah, selut atau bunga-bunga temucut. Semua peserta mula berkumpul dalam kumpulan untuk sarapan pagi. Ketika waktu inilah ramai pelajar mula mengadu sakit seorang demi seorang. Ada yang sesak nafas. Ada yang menggigil kesejukan seperti terendam dalam ais. Ada yang muntah-muntah. Ada yang panas badan dan tak kurang juga yang sakit perut. Semua kes di atas aku cuba tangani satu persatu sebaik mungkin. Bagi kes sesak nafas tetapi bukan kes athma, aku pastikan dia disapu ubat yang sesuai dan pandu dia untuk menjaga pernafasan turun naik. Bagi yang menggigil kesejukan, aku pastikan dia disapu minyak atau bam panas di tapak kaki, tapak tangan dan belakang leher. Bagi yang muntah-muntah pula diberi pil ubat muntah manakala bagi yang panas badan diberi ubat demam dan yang sakit perut disapu minyak yang sesuai seperti minyak gamat. Dalam semua peserta yang sakit tersebut, NFI adalah antara yang kritikal kerana seluruh tubuhnya bergetar seperti demam panas atau seperti terperangkap di kawasan salji tanpa sebarang perlindungan. Namun, ubat yang diberi sedikit sebanyak meredakan keadaannya dan dia dilihat sedikit pulih. Selain itu terdapat juga seorang lagi peserta SAT yang sesak nafas. Walaubagaimanapun keadaan mereka sudah semakin stabil buat masa ini.
Jam 9.30 pagi. Semua peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan besar berdasarkan kumpulan-kumpulan kecil mereka. Kumpulan besar pertama akan bersedia untuk aktiviti jungle trekking di kawasan hutan berhampiran, kumpulan besar kedua akan bersedia untuk aktiviti water confidence di kawasan tasik berhampiran dengan pesisir tempat semua bot berlabuh manakala kumpulan besar ketiga akan bersedia untuk aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) di tapak kem. Ketika ini beberapa pelajar yang sakit telah dikumpulkan di bawah khemah penginapan lelaki. Aktiviti sebelah pagi ini berterusan secara giliran di mana kumpulan besar pertama yang telah selesai jungle trekking akan meneruskan cabaran water confidence manakala kumpulan besar kedua yang telah selesai water confidence akan mulakan aktiviti LDK. Begitu juga dengan kumpulan besar ketiga yang telah selesai LDK akan mulakan aktiviti jungle trekking. Semua kumpulan ini selesai melakukan semua cabaran ketika jam hampir menunjukkan pukul 12.00 tengahari.
Disebabkan hari ini adalah hari Jumaat, maka peserta lelaki akan makan tengahari dahulu kerana perlu segera ke masjid Kota Aur untuk solat Jumaat. Kami bergerak dengan menggunakan 3 buah bot untuk ke jeti Gubir. Kebanyakan peserta lelaki daripada kami membawa bersama-sama tuala dan sepersalinan pakaian untuk mandi di masjid tersebut. Inilah satu-satunya peluang kami untuk mandi sepuasnya memandangkan kemudahan untuk mandi di kawasan tapak kem adalah sangat terhad. Setibanya kami di jeti Gubir kami menaiki 2 buah van yang telah disediakan dan pada waktu menunggu van inilah selipar aku terputus tali. Sungguh menguji. Lalu aku berjalan dengan sebelah kaki berselipar dan sebelah kaki lagi berkaki ayam. Setibanya kami semua di masjid, semua masing-masing menyerbu tandas dan bilik air untuk segera selesaikan apa yang patut. Alhamdulillah hari itu hari Jumaat maka kemudahan tandas untuk wanita juga sudah tentu menjadi milik kami kaum lelaki. Malangnya bahagian tandas wanita seperti terputus bekalan air maka berpusu-pusulah kami semua ke tandas lelaki. Disebabkan sifat aku memang secara semulajadinya suka melawan arus, maka aku biarkan semua kawan-kawan berebut untuk ke tandas dahulu manakala aku pula sibuk mencari dan menggunakan perkhidmatan internet sementara masih ada peluang yang sedikit berbaki. Masjid Kota Aur ini nampaknya seperti kawasan pedalaman kerana jumlah jemaahnya yang sedikit. Bilangan saf jemaah ketika solat Jumaat tidak sampai separuh masjid pun. Antara jemaah yang kelihatan adalah penduduk tempatan dan orang luar seperti kami serta sekumpulan anggota tentera darat yang sama-sama bersolat fardhu Jumaat di situ.
Selesai solat Jumaat, kami kembali semula ke jeti dan terus menunggu bot untuk bergerak. Ketika bot tiba pada jam 2.40 petang untuk membawa kami semua kembali ke tapak kem, semua peserta lelaki berlumba-lumba seperti rancangan realiti TV Amazing Race untuk menaiki 2 buah bot tersebut manakala sebuah bot lagi masih belum mempunyai pemandu. Konsep ini disebut sebagai siapa cepat dia dapat. Siapa yang lambat maka mereka akan naik bot yang ketiga dan menunggu pemandu. Disebabkan sifat kebajikan aku yang tinggi (haha) maka aku memberi laluan terlebih dahulu kepada semua peserta untuk menaiki bot dan aku merupakan orang terakhir untuk memastikan semua peserta tidak tertinggal di belakang. Akhirnya aku menaiki bot ketiga bersama beberapa lagi peserta sambil kami melihat dan melambai kepada dua buah bot lagi yang mula bergerak meninggalkan jeti Gubir sedangkan bot kami masih lagi menunggu pemandu yang entah di mana. Dalam keadaan panas terik di tepi jeti Gubir itu kami masih bersabar menunggu dengan sekali sekala angin tasik datang menyapa muka dan menyejukkan sedikit suasana. Sehingga jam 3.50 petang kami masih menunggu pemandu bot yang entah di mana dan dua buah bot yang telah memecut pergi awal tadi nampaknya tidak berpatah balik untuk mengambil kami, mungkin mereka andaikan pemandu bot kami akan sampai. Semua tuala yang dibawa untuk mandi di Masjid Kota Aur tadi telah pun kering dijemur panas matahari kerana kami menjadikan kain-kain tuala yang dibawa sebagai langsir sementara untuk mengelak daripada panas matahari. Semua jenis teori konspirasi keluar daripada mulut kami untuk melengkapkan andaian mengapa boleh kami terdampar begitu lama di muka air Gubir ini. Jam 4.30 petang barulah kelihatan dua buah bot yang bergerak awal tadi kembali ke jeti untuk mengambil kami. Mungkin kerana terlalu lama menunggu kami yang tidak sampai-sampai. Nampaknya masa saya hampir 2 jam untuk bertugas menjaga keselamatan dan kebajikan peserta terbazir begitu sahaja.
Setibanya kami di Pulau, semua peserta sedang dalam aktiviti Terbang Tinggi dan aku baru sahaja selesai mengikat tali kasut menggantikan selipar yang telah putus ketika dalam perjalanan ke masjid tadi. Jam hampir 5.00 petang dan aku baru selesai solat Asar ketika suasana mulai mendung dan suram. Angin mula bertiup kencang dan ada ranting-ranting reput yang patah dan jatuh di kawasan tapak kem. Suasana waktu itu seperti waktu senja dengan angin menderu marah seperti membawa mesej alam bahawa kehadiran kami ke situ tidak dialu-alukan. Khemah-khemah igloo kecil bukan hanya setakat ditolak angin tetapi diterbangkan seperti bebola yang besar bergolek di tapak kem. Suasana ketika itu agak menakutkan dan menyeramkan bagi aku kerana kami berada di kawasan Pulau dengan akses melalui air mengambil masa diantara 15 minit ke 20 minit. Tambahan pula tiada langsung talian telefon dan internet yang boleh digunakan ketika berada di tapak kem tersebut. Pokok-pokok tinggi yang berbatang lurus dan kecil kelihatan meliang liuk ditiup angin hujan. Mereka seperti sedang menari gembira di bawah hujan lebat persis kanak-kanak yang diizin mandi hujan ketika musim cuti sekolah. Namun sekali sekala kelihatan juga pokok-pokok itu seperti jari-jemari ahli sihir yang sedang membaca mantera ke atas kami semua para peserta di tapak kem tersebut. Aku tersedar dari lamunan apabila terdengar riuh rendah dari khemah-khemah penginapan peserta lelaki yang sedang bergotong royong menahan atap kanvas yang semakin berat menampung dan menanggung air hujan lebat pada petang itu. Jam menunjukkan hampir pukul 6 petang dan hujan masih lagi tidak memberi peluang untuk kami menyambung aktiviti seterusnya. Aku sama-sama membantu semua peserta untuk mengekalkan khemah-khemah penginapan supaya tidak roboh ditiup angin kencang dan dihentam air hujan yang lebat. Disebabkan khemah ini adalah khemah jenis terbuka maka hujan lebat dengan angin kencang yang datang menjemput sudah tentu tidak punya sedikit belas ke atas semua khemah-khemah ini. Semua khemah ini telah basah luar dan dalam manakala semua pelajar yang berlindung di bawah khemah juga terkena tempias air hujan dan angin kesejukan termasuk mereka yang sedang sakit dan demam. Bayangan mudah ketika itu adalah pakaian dalam yang kami pakai juga turut basah, harus apa lagi yang tinggal kering ketika itu melainkan sekeping hati yang suci untuk terus berjuang mempertahan khemah yang sedikit sebanyak telah bocor atapnya dek kerana hujan lebat yang terlalu menghentam deras.
Dalam keadaan hujan sebegini juga, disamping menjaga kemaslahatan khemah kami juga mesti menjaga kebajikan para peserta yang sensitif dengan keadaan berhujan tambahan pula ketika beraktiviti luar seperti sekarang. Antara peserta yang perlu diberi perhatian adalah peserta yang tidak sihat atau punya badan yang sensitif seperti MA. MA merupakan peserta yang tidak boleh mengalami sejuk berlebihan seperti terdedah kepada air hujan dan pendingin udara kerana nanti badannya akan menggeletar dan memberi mudarat yang lebih besar. Untuk tujuan ini kami telah mencari dan mengumpul semua kain individu yang masih kering dan kami membungkus MA yang sedang duduk di atas kerusi di bawah khemah. Selain itu kami juga menggosok tangan, lengan, paha, kaki dan belakang MA untuk mewujudkan sensasi haba bagi membolehkan badannya kekal berfungsi pada suhu normal. Dalam situasi ini kami boleh lihat bagaimana gerak kerja berkumpulan dan kerjasama semua peserta sama ada dalam kumpulan masing-masing atau antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain adalah sangat mengujakan dan membanggakan. Setiap orang daripada kami mula mengenal peserta dengan lebih rapat melalui insiden-insiden yang berlaku kerana mahu tidak mahu kami cuma ada kami iaitu peserta-peserta yang menyertai kem ini, maka daripada merekalah bantuan awal diterima. Oleh itu kerjasama dan hubungan antara kami telah menjadi lebih erat kerana kami harus bersatu hati untuk mendepani pelbagai kemungkinan sepanjang 3 hari berlangsungnya kem ini.
Menjelang 6.30 petang hujan mulai berhenti tetapi tidak sepenuhnya setelah semua beg pakaian kami yang dikumpul di bawah khemah juga habis basah kesemuanya. Kawasan dan laluan di dalam kem habis berselut dengan tanah-tanah licin yang telah menjatuhkan bukan hanya seorang dua peserta tetapi berpuluh peserta termasuk mereka yang jatuh terduduk dan jatuh tergolek lebih daripada sekali. Kasut-kasut dan baju yang dipakai pada ketika itu seperti baru sahaja balik dari berkubang atau menyeluk ikan di bendang. Waktu itu sebahagian peserta lelaki termasuk AP diarah untuk ke kawasan hujung tapak kem bagi operasi mengubah lokasi khemah wanita dari hujung tapak kem ke kawasan terbuka di tengah tapak kem iaitu kawasan berhampiran dengan khemah masak dan khemah hidangan makanan. Keputusan ini dibuat bagi mengelakkan perkara sama berulang seperti semalam. Waktu itu juga aku terfikir nasib kami untuk tidur pada malam itu kerana tiada persalinan yang kering melainkan kami keringkan sendiri pakaian kami dengan cara lama walau pakaian tersebut tentu tidak boleh kering sepenuhnya.
Sedang aku terfikir dalam keadaan gerimis akan nasib yang akan dihadapi pada malam itu, meluru datang ke arahku seorang peserta lelaki dalam keadaan cemas dari arah hujung tapak kem iaitu tempat khemah penginapan peserta wanita.
“AP krem kaki. Tak boleh nak jalan.” Beritahu peserta tersebut dalam keadaan letih penat.
“Laaaa, kat mana dia? soalku.
“Laaaa, kat mana dia? soalku.
Belum sempat peserta itu menjawab, serentak aku melihat beberapa peserta lelaki mengusung dan memapah AP yang sedang kejang kakinya dari arah hujung tapak kem ke arah tengah tapak kem. Walaubagaimanapun di pertengahan laluan, mereka terpaksa berhenti dan menurunkan AP sebentar kerana letih dan penat. Waktu itu juga angin kencang mula melanda kawasan tapak kem. Daun-daun mati daripada pokok-pokok di tapak kem terbang berselerakan ke seluruh kawasan kem. Keadaan angin kencang itu persis babak dalam cerita Kassim Selamat ketika dia kembali membutakan matanya dengan garfu hiasan dalam rumah Doktor Ismadi dan kemudian berjalan terhoyong hayang dalam angin kencang keluar dari rumah mencari keluarga Chombi yang datang menjemputnya malam itu. Tanpa berfikir panjang aku terus bergegas ke arah AP yang sedang dikerumuni oleh peserta lelaki yang tolong memapahnya tadi. Waktu itu kami masih di pertengahan laluan di antara tapak khemah hujung kem dan tapak khemah di tengah kem. Kami baringkan AP di atas tanah itu juga pada waktu itu juga. Suasana menjadi kelam kabut kerana suasana lewat petang itu semakin gelap menunjukkan tanda akan hujan semula manakala kawasan penginapan yang hancur dek kerana hujan petang tadi masih lagi belum terurus dan terbela. Waktu itu jam hampir menjengah pukul 7.00 malam.
“AP, AP, AP!” panggilku sambil aku mengalas kepalanya dengan lenganku.
AP tidak menyahut apa-apa tetapi riak mukanya seperti menahan sakit yang amat sangat. Dia hanya memejam mata dan mendengus keras. Aku andaikan AP mengalami krem yang teruk. Serentak itu juga IM datang dan cuba mengepak hujung jari kakinya dan mengurut dari hujung pangkal paha sehingga ke hujung kaki berulang kali, aku dan beberapa peserta lain berusaha memegang AP dengan sebaiknya kerana AP kerap meronta dan menjerit sepanjang IM mengurus kawasan otot di sepanjang kaki AP. Pergelutan kami untuk memegang AP di kawasan tanah itu cukup meletihkan kerana AP meronta-ronta dengan bunyi dengusan dan berpusing ke kanan dan kiri. Keadaan ini berlarutan dalam masa kira-kira 10 minit tetapi tiada tanda-tanda AP kembali pulih hasil dari bantuan IM. Kesakitan yang dialami AP dapat dilihat pada riak wajahnya yang berkerut seperti sedang bertarung nyawa.
Hujan menjemput lagi dan kami terpaksa memapah AP menuju ke kawasan tengah kem di bawah khemah hidangan makanan. Kami baringkan AP menelentang di bawah khemah dan aku berada di posisi kepala AP dengan meriba kepalanya menggunakan paha kiriku. Beberapa peserta lelaki yang lain masing-masing memegang erat tangan, badan dan kaki AP. IM yang mengurus kaki AP telah dibantu oleh beberapa peserta dan fasi yang lain. Aku mengusap kepala AP beberapa kali menggunakan tangan kiriku manakala tangan kananku digunakan untuk menampar perlahan dan mengurut pipi AP sambil memanggil namanya. Aku lihat mata AP layu dan berkaca.
“AP…”
“AP…”
“AP…”
“Abang ada sini…”
“Kami semua ada kat AP…”
“AP…”
“AP…”
“AP kena kuat. AP kena kuat.”
“Kami semua ada kat sini untuk AP.”
“AP…”
“AP…”
“Abang ada sini…”
“Kami semua ada kat AP…”
“AP…”
“AP…”
“AP kena kuat. AP kena kuat.”
“Kami semua ada kat sini untuk AP.”
Selepas itu Ustaz datang ke sebelah kiri AP dan bersoal dengan AP.
“AP, kenal dak ustaz ni?” tanya ustaz tenang.
“Kenal ustaz,” jawab AP lemah
“Kenal ustaz,” jawab AP lemah
Ustaz membaca sesuatu dan mengurut tubuh AP beberapa kali sebelum berlalu pergi kerana AP masih sedar dan mungkin hanya letih disebabkan insiden kekejangan tadi.
Aku masih memangku kepala AP yang sedang terlentang daripada arah atas kepala AP. Para peserta yang lain mula melonggarkan sedikit genggaman tangan mereka pada tubuh badan AP tetapi kami semua masih duduk mengelilingi AP. Waktu itu hampir menjengah jam 7.30 malam dan hujan mula berhenti. Waktu itu kami langsung tidak sedar akan sejuk, basah dan kotornya pakaian kami impak dari hujan lebat sejak petang tadi kerana kami begitu tekun dan asyik membantu memberi kata-kata semangat dan genggaman kekuatan kepada AP.
“AP…”
“AP…”
“AP…”
“Kuat AP…”
“AP kena kuat”
“Kami semua ada kat kat sini”
“AP kena kuat”
“AP…”
“AP…”
“Kuat AP…”
“AP kena kuat”
“Kami semua ada kat kat sini”
“AP kena kuat”
AP hanya menjawab lemah dan ringkas sambil matanya berair dan layu. Dadanya turun naik berombak seperti pelari pecut 100 meter yang baru tamat saingan di trek. Tiba-tiba AP bertindakbalas suara.
“Eh, abang. Ape tu? Sambil AP menuding jari ke arah siling khemah.
“Alamak, mampuihhh dahhh!” getus aku dalam hati.
“Abang. Takut abang. Ape tu?” Sekali lagi AP bersuara jelas sambil hujung jari telunjuknya tangan kirinya diangkat tinggi menuding ke arah siling khemah yang kosong.
“Takde ape lahhh” potong Ustaz yang tiba-tiba terus muncul di sebelah AP.
“Alamak, mampuihhh dahhh!” getus aku dalam hati.
“Abang. Takut abang. Ape tu?” Sekali lagi AP bersuara jelas sambil hujung jari telunjuknya tangan kirinya diangkat tinggi menuding ke arah siling khemah yang kosong.
“Takde ape lahhh” potong Ustaz yang tiba-tiba terus muncul di sebelah AP.
Aku terus menggenggam tangan kiri AP dan menurunkannya ke bawah dan terus menenangkan AP sambil menutup matanya dengan tapak tangan kananku. Tangan kiriku kekal mengusap ubun-ubun AP. Aku tundukkan wajahku supaya pandangan mata sayu AP terhalang oleh kepalaku dan tidak terdedah dan terlepas ke luar bebas. Badan AP mula menggeletar dan matanya mula tertutup rapat. Aku terus bisikkan pada AP sambil mulutku sendiri juga tidak henti-henti membaca doa pendinding.
“AP… AP kena kuat.”
“AP kena lawan. Jangan menyerah.”
“AP kena kuat. Kami semua ada sini dekat AP. AP kuat yaaa”
“بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم”
“AP kena lawan. Jangan menyerah.”
“AP kena kuat. Kami semua ada sini dekat AP. AP kuat yaaa”
“بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم”
Ustaz pula mula berdoa dan menggosok tubuh AP serta mula bercakap dengan AP.
“Sapa hang ni haaa?”
“Awad hang mai kacau dia?”
Serentak dengan itu AP yang tadinya seperti orang pengsan dan tidak sedarkan diri tiba-tiba terus membuka mata dan tersenyum manis menyeringai seraya membalas pertanyaan ustaz.
“Alaaaa, aku nak ajak dia main.”
“Nak pi main kat mana?” tanya Ustaz
“Main dekat air.” Jawab AP sambil tersenyum manis penuh misteri.
“Awad hang mai kacau dia?”
Serentak dengan itu AP yang tadinya seperti orang pengsan dan tidak sedarkan diri tiba-tiba terus membuka mata dan tersenyum manis menyeringai seraya membalas pertanyaan ustaz.
“Alaaaa, aku nak ajak dia main.”
“Nak pi main kat mana?” tanya Ustaz
“Main dekat air.” Jawab AP sambil tersenyum manis penuh misteri.
Aku terkejut besar dengan perubahan watak AP kerana inilah pertama kali dalam hidup aku sedang memangku seseorang yang bukan dirinya sendiri. Namun aku kuatkan semangat dan aku terus tidak henti membaca doa pendinding sambil memeluk erat AP dari bahagian atas kepala.
“Kenapa hang kacau dia. Keluar cepat. Jangan kacau dia.” Tegas Ustaz.
“Dia kacau tempat aku dulu. Kenapa dia kacau tempat aku?!”
“Sudah. Jangan kacau dia. Lebih baik hang keluar sekarang. Kalau tidak aku akan musnahkan hang dengan izin Allah.” Ujar Ustaz lagi dalam nada penuh ketegasan dan kesungguhan.
“Okeylah. Okeylah aku keluar dengan tiga syarat.”
“Takdak apa2 syarat. Aku nak hang keluar sekarang. Kalau hang tak keluar sekarang, hang akan mati dengan izin Allah. Aku bagi amaran terakhir kat hang. Baik hang keluar sekarang.” Tegas Ustaz lagi sambil mulutnya berkumat kamit membaca doa.
“Dia kacau tempat aku dulu. Kenapa dia kacau tempat aku?!”
“Sudah. Jangan kacau dia. Lebih baik hang keluar sekarang. Kalau tidak aku akan musnahkan hang dengan izin Allah.” Ujar Ustaz lagi dalam nada penuh ketegasan dan kesungguhan.
“Okeylah. Okeylah aku keluar dengan tiga syarat.”
“Takdak apa2 syarat. Aku nak hang keluar sekarang. Kalau hang tak keluar sekarang, hang akan mati dengan izin Allah. Aku bagi amaran terakhir kat hang. Baik hang keluar sekarang.” Tegas Ustaz lagi sambil mulutnya berkumat kamit membaca doa.
Beberapa peserta lelaki yang telah bertungkus lumus memegang AP sejak dari petang tadi mula bertukar shift dengan peserta lelaki yang lain kerana sebahagian daripada mereka telah letih dan sebahagian lagi juga ada yang lemah semangat. Tapi bagi aku pula, aku nak habiskan permainan ini segera kerana ia telah berlarutan berjam-jam. AP mula menggeliat kasar ke kiri dan ke kanan sambil mendengus marah. Semua peserta lelaki yang mengelilingi AP mula mengemaskan kembali genggaman tangan mereka pada tubuh AP. Ustaz pula terus berkumat kamit membaca doa menghalau jin tersebut. Selepas beberapa ketika AP menggeliat akhirnya AP bertindakbalas.
“okeylah. Okeylah. Aku keluar. Aku keluar. Aku keluarrrrrrrrrrrrrrrrr.” Jerit AP sambil mulutnya terbuka luas dan wajahnya mendongak ke atas. Lantas AP terus jatuh layu di pangkuan aku yang sejak dari tadi setia memangku bahagian kepalanya. Selepas beberapa ketika AP tersedar dan membuka mata seraya berkata.
“Abang. Nak air. Dahaga.”
“Air. Air. Air. Bawak mai sini. Air. Air.” Jerit kami semua yang ada di situ kepada sesiapa sahaja yang berada di luar bulatan AP.
“Air. Air. Air. Bawak mai sini. Air. Air.” Jerit kami semua yang ada di situ kepada sesiapa sahaja yang berada di luar bulatan AP.
Seorang peserta berlari membawa sebotol air mineral 1.5 liter dan diserahkan kepada aku. Aku mengangkat bahagian belakang AP dan mendudukkan AP sambil bahagian belakang badannya disandarkan pada badan aku. Tangan kananku mendakap kemas tubuhnya dari belakang manakala tangan kiriku membantu AP minum air mineral tersebut. Cara AP minum air tersebut adalah sangat menakutkan kerana AP melanggah air botol tersebut dalam keadaan mendongak ke atas tanpa berhenti mengambil nafas. Aku yang risau dengan keadaan itu cepat-cepat memegang botol dan menurunkan serta menolak botol tersebut ke bawah bagi membolehkan AP mengambil nafas. Cara minum sebegitu nampaknya tersangat dahaga tahap dewa fikirku. AP kemudian kembali melanggah air botol tersebut dan aku kembali menarik dan menurunkan botol untuk memberi rehat barang sekejap. Keadaan ini berulang beberapa ketika kerana AP telah minum dalam kuantiti yang banyak walaupun fizikal badannya adalah kecil sahaja.
Jam telah hampir ke pukul 8.15 malam ketika AP telah puas minum air mineral daripada botol tadi. Beberapa ketika kemudian AP memandang kami semua dan tersenyum menyeringai. Aku yang sedang mendakap AP daripada belakang tiba-tiba merasa bingung akan situasi yang sedang terjadi. Apa yang aku mampu ucapkan adalah “AllahuAkbarrrrr” kerana aku hampir yakin dan pasti bahawa permainan ini masih belum berakhir. AP kemudian ketawa dan mula meronta-ronta.
“Pegang dia. Pegang dia. Pegang kuat. Kalau terlepas dia pergi lari dan terjun dalam tasik tu.” Kata seorang fasi sambil mulutnya membaca doa menggunakan air, lada dan garam dengan suara yang lantang memecah suasana malam itu. Aku kembali menjatuhkan belakang AP ke lantai bawah khemah dan aku memeluk erat bahagian atas kepalanya seperti apa yang aku lakukan mula-mula tadi. Nampaknya permainan sebentar tadi akan berulang sekali lagi. Aku mula mengemaskan dakapan dan genggaman ke atas AP. Badan AP mula menggeliat dan meronta-ronta mahu dilepaskan ketika bacaan doa sedang dibuat oleh seorang fasi. Maka beberapa individu yang telah letih memegang AP mula bertukar shift dengan peserta lelaki yang lain pula.
Selesai membaca doa dan jampi pada air, lada dan garam, fasi tersebut menyerahkan sebotol air yang dicampur lada hitam kepada kami untuk disuap ke dalam mulut AP. Aku dengan berhati-hati menghala muncung botol tersebut dan menuangnya ke dalam mulut AP. Sedikit demi sedikit kami menuang air tersebut bagi mengelak AP tersedak atau terbatuk. Kasihan sungguh aku melihat AP pada ketika itu. Mata aku juga berkaca mengenang derita dan penat yang ditanggung AP tetapi aku cepat-cepat memujuk hati untuk kuat semangat kerana untuk selamatkan AP kami tidak boleh menyerah kalah. Selesai memberi AP minum dan kemudian AP hanya batuk-batuk kecil, fasi tadi mengarahkan kami untuk mengambil kedudukan dan memegang erat AP kerana fasi tersebut akan merejam jampi garam ke atas tubuh AP. Debaran dan degupan jantung kami hanya Allah yang tahu ketika itu kerana atas tangan-tangan inilah sama ada AP akan kekal meronta dan menggeliat di situ atau terlepas lari dan terjun ke dalam tasik jauh di bawah. AllahuAkbar!
Fasi itu pun mula berdiri di sebelah kiri AP dan membaca ayat-ayat jampi dengan lantang pada genggaman garam kasar di telapak tangannya. Kami semua yang sedang duduk mengelilingi AP hanya mampu memejam mata menunduk dan mengemas genggaman tangan kami pada tubuh badan AP.
“AllhuAkbarrrrrr” jerit si fasi sambil merejam garam kasar ke atas tubuh badan AP beberapa kali. Rejaman garam itu berselerak di atas tubuh badan AP dan di setiap inci kawasan tersebut termasuk di atas kepala aku. AP pula mula meronta dan menggeliat kasar dan mendengus kuat sehingga seluruh badannya hampir tidak bersentuhan dengan lantai khemah kecuali kepala dan kaki. Si fasi kemudian menggoncang-goncangkan tubuh badan AP yang sedang meronta-ronta itu dengan bacaan jampinya. Tanpa disangka, rontaan AP akhirnya terlepas daripada pegangan di bahagian kaki dan kaki AP melayang tinggi lalu menendang si fasi yang kemudiannya jatuh bergolek sehingga ke luar khemah. “AllahuAkbarrrrr!” Jeritku. Aku kekal mengemaskan dakapan aku pada AP dengan bantuan semua peserta yang lain. Akhirnya AP beransur lemah dan Ustaz pula muncul di sebelah kiri AP sambil membawa air penawar. Ustaz minta kami beri AP minum air tersebut sebanyak 3 kali teguk walaupun AP sebenarnya telah minum lebih 5 teguk dek kerana dahaga dan keletihan dalam permainan tadi.
“Baik hang keluar sekarang!” tegas Ustaz
“Kalau hang takmau keluar, aku akan berdoa kepada Allah untuk bakar hang dengan ayat-ayat Dia.”
“Aku bagi amaran terkahir dekat hang, kalau hang takmau keluar hang akan dibakar dengan izin Allah.”
“Kalau hang takmau keluar, aku akan berdoa kepada Allah untuk bakar hang dengan ayat-ayat Dia.”
“Aku bagi amaran terkahir dekat hang, kalau hang takmau keluar hang akan dibakar dengan izin Allah.”
AP kelihatan sedar tetapi tidak memberi maklumbalas melainkan hanya dengusan dan nafas kecil.
Ustaz lalu membaca doa dari ayat quran untuk menamatkan permainan ini sebelum terus melaungkan azan beberapa kali.
قُلْ لَنْ يُصِيبَنَا إِلَّا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَنَا هُوَ مَوْلَانَا ۚ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal".
-Sura At-Tawbah, Ayah 51
Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal".
-Sura At-Tawbah, Ayah 51
Sedang ustaz melaungkan azan, AP telah terbatuk beberapa kali dan akhirnya AP termuntah. Aku yang sejak tadi telah bersedia untuk situasi tersebut menahan muntah tersebut dengan menggunakan sehelai tuala sehingga AP selesai muntah dan aku bersihkan kembali mulut dan wajah AP dengan air penawar yang diberi Ustaz. Alhamdulillah. Segala puji bagi Tuhan yang menguji kami setakat kemampuan kami untuk diuji.
“Abang. Sejuk” bicara AP.
“Sejukkkk sangat.” Tambah AP.
Aku terus dengan bantuan IM dan beberapa yang lain menukar pakaian AP di situ juga. Sungguh perasaan aku kepada AP bertukar saat itu. Daripada perasaan geram kerana banyak main-main sebelum ini kepada perasaan sayang dan kasihan. Dengan bantuan IM, kami menggunakan kain pelikat untuk menukar baju dan seluar AP. Kami menggantikan baju AP dengan baju yang lain yang dibawa oleh ahli kumpulan AP dalam beg AP, walaupun semua baju tiada yang kering sepenuhnya, hanya lembab sahaja tetapi sekurang-kurangnya baju lain boleh menghilangkan rasa sejuk teramat yang mencengkam tubuh ketika itu. Beberapa peserta lelaki yang lain meminjam toto dan bantal daripada fasi untuk membungkus AP. Perlahan-lahan aku jatuhkan kepala AP di atas bantal yang disediakan sementara IM dan beberapa peserta lelaki yang lain membalut tubuh AP dengan toto yang tebal. Aku kemudian minta seorang abg fasi untuk tengokkan AP sekejap sementara aku pergi menunaikan solat Maghrib dan Isya’.
“Sejukkkk sangat.” Tambah AP.
Aku terus dengan bantuan IM dan beberapa yang lain menukar pakaian AP di situ juga. Sungguh perasaan aku kepada AP bertukar saat itu. Daripada perasaan geram kerana banyak main-main sebelum ini kepada perasaan sayang dan kasihan. Dengan bantuan IM, kami menggunakan kain pelikat untuk menukar baju dan seluar AP. Kami menggantikan baju AP dengan baju yang lain yang dibawa oleh ahli kumpulan AP dalam beg AP, walaupun semua baju tiada yang kering sepenuhnya, hanya lembab sahaja tetapi sekurang-kurangnya baju lain boleh menghilangkan rasa sejuk teramat yang mencengkam tubuh ketika itu. Beberapa peserta lelaki yang lain meminjam toto dan bantal daripada fasi untuk membungkus AP. Perlahan-lahan aku jatuhkan kepala AP di atas bantal yang disediakan sementara IM dan beberapa peserta lelaki yang lain membalut tubuh AP dengan toto yang tebal. Aku kemudian minta seorang abg fasi untuk tengokkan AP sekejap sementara aku pergi menunaikan solat Maghrib dan Isya’.
Jam menunjukkan pukul 10.00 malam apabila aku selesai menunaikan solat Isya’ dan pada ketika itu aku kembali ke tempat AP bersama-sama dengan beberapa peserta lelaki yang lain untuk mengangkat AP dan mngubah kedudukan AP ke dalam khemah fasi di hujung tapak kem di sebelah bawah dan bukan di hujung tapak kem di sebelah atas yang menjadi khemah penginapan peserta wanita. Kerja mengubah lokasi AP perlu dibuat kerana sejak petang tadi keputusan telah dibuat untuk mengubah lokasi penginapan peserta wanita yang asalnya berada di hujung tapak kem sebelah atas ke bahagian tengah kem iaitu di khemah hidangan makanan yang bersebelahan dengan khemah masak. Kawasan tempat mengubat AP tadi adalah di bawah khemah hidangan makanan dan kawasan itu telah dikhaskan untuk peserta wanita mulai malam itu.
Kami meletakkan AP di satu sudut kawasan fasi dan aku ditugaskan untuk menjaga dan mengawasi AP. Kadang AP terjaga dahaga dan kadang AP terjaga kerana seluruh sendi tubuh badannya sakit dek kerana permainan yang berlangsung berjam-jam tadi. Aku nasihatkan AP bersabar dan berehat kerana semuanya telah berakhir buat masa ini. Sekejap-sekejap AP tidur bersandar dan sekejap-sekejap AP tidur berbaring di lantai. Aku setia di sisi AP kerana aku paling risau sekiranya AP bangun melompat dan berlari terjun ke dalam tasik di malam buta itu. Lokasi aku ketika itu adalah di hujung tapak kem bahagian bawah yang menjadi penginapan fasi, dari situ aku boleh melihat sehingga ke tengah tapak kem iaitu kawasan penginapan baru peserta wanita yang asalnya adalah khemah hidangan makanan bersebelahan dengan khemah masak. Di hujung tapak kem sebelah atas barulah kawasan penginapan peserta lelaki yang asalnya merupakan kawasan penginapan peserta wanita. AR datang melawatku ketika aku sedang termenung di sebelah AP. Kehadiran AR membuatkan aku sedikit bertenaga untuk berbicara mengenai insiden-insiden yang berlaku sejak petang tadi dan sehingga ke malam itu.
Waktu itu aku terdengar daripada kawasan tengah kem suara semua peserta wanita berzikir dan berdoa beramai-ramai. Aku syak sesuatu sedang berlaku. Perasaan curiga itu disahkan apabila aku terdengar suara nyaring Ustaz dari kawasan tengah tapak kem mengulang dialog seperti yang dibuat ke atas AP tadi. Kemudian aku dengar Ustaz melaungkan azan beberapa kali. Kemudian aku dengar lagi dialog yang sama daripada suara Ustaz dan sejurus selepas itu kedengaran lagi suara Ustaz melaungkan azan. Aku menjadi kasihan pula kepada Ustaz kerana Ustaz telah bertungkus lumus ketika mengubat AP dan sekarang Ustaz kembali mengubat entah siapa di tengah tapak kem tersebut. Tetapi yang aku hampir pasti pesakit tersebut tentulah wanita kerana lokasi tersebut adalah di tengah tapak kem sambil dikerumuni peserta wanita yang lain.
Dari situ aku terdengar cakap-cakap fasi dan peserta-peserta yang lalu lalang bahawa peserta wanita yang sedang dirasuk itu adalah NFI. Segera aku teringat NFI adalah peserta yang sakit menggigil sejak daripada pagi tadi selepas sesi senaman pagi. Ketua kumpulan telah bertanya kepada NFI bagaimana keadaanya pada pagi tu dan NFI membalas dia okey dan masih terkawal setelah disapu minyak angin di tapak kaki, tangan dan belakang badan. Tetapi pada malam ini lain pulak ceritanya kerana NFI diganggu oleh jin yang ada di situ mungkin kerana kondisi badannya yang lemah maka mudah untuk jin mengganggu NFI.
Kemudian aku terdengar lagi suara Ustaz dalam dialog dan ulangan azan yang sama dari tengah tapak kem. Aku mendengar khabar bahawa jin tersebut nak berkawan dengan NFI dan disebabkan itu jin tersebut bermain aci tarik tali. Sekejap jin masuk dan sekejap kemudian jin keluar. Keadaan ini telah melelahkan Ustaz yang sejak dari tadi belum berhenti rehat. Keadaan ini teleh memaksa semua fasi dan urusetia untuk berfikir solusi terbaik menangani insiden ini. Mereka punya 2 pilihan. Pilihan pertama mereka mengusung dan membawa NFI keluar sama seperti apa yang dibuat ke atas NS pada insiden malam pertama. Jam ketika itu telah menunjukkan pukul 11.00 malam, manakala cara kedua adalah dengan menjemput Tok Imam masjid datang ke tapak kem untuk mengubat semua pelajar yang sakit. Aku tidak tahu cara mana yang mereka pilih kerana sewaktu aku sayup-sayup mendengar perbincangan tersebut, akhirnya aku telah terlelap sendiri di sisi AP.
“Bangun sekejap.” Ujar seorang fasi.
Aku yang masih dalam keadaan terpinga-pinga terus bingkas bangun berdiri. Aku lihat jam menunjukkan hampir pukul 12.00 malam dan AP masih berselimut lena di sebelahku maka aku kekal bersyukur. Disebelah fasi kelihatan seseorang yang memakai jaket dan bercermin mata, lagaknya seperti seorang ustaz juga. Maka otak aku terus berfungsi pantas dengan membuat andaian bahawa para fasi tadi telah mengambil pilihan kedua iaitu dengan menjemput Tok Imam dari masjid berdekatan untuk mengubat NFI. Sudah alang-alang Tok Imam berada di tapak kem, maka diminta jugaklah tok imam untuk sekali melihat AP. Tok Imam mengusap sendi-sendi di badan AP dan membaca sesuatu kemudian tok imam melurutkan tapak tangannya ke paha dan lutut AP.
Aku yang masih dalam keadaan terpinga-pinga terus bingkas bangun berdiri. Aku lihat jam menunjukkan hampir pukul 12.00 malam dan AP masih berselimut lena di sebelahku maka aku kekal bersyukur. Disebelah fasi kelihatan seseorang yang memakai jaket dan bercermin mata, lagaknya seperti seorang ustaz juga. Maka otak aku terus berfungsi pantas dengan membuat andaian bahawa para fasi tadi telah mengambil pilihan kedua iaitu dengan menjemput Tok Imam dari masjid berdekatan untuk mengubat NFI. Sudah alang-alang Tok Imam berada di tapak kem, maka diminta jugaklah tok imam untuk sekali melihat AP. Tok Imam mengusap sendi-sendi di badan AP dan membaca sesuatu kemudian tok imam melurutkan tapak tangannya ke paha dan lutut AP.
“Otot dekat kawasan ni keras sangat.” Ujar Tok Imam memberitahu.
“Memang kawasan itulah tempat AP mula-mula kejang petang tadi.” Balasku kepada Tok Imam.
“Memang kawasan itulah tempat AP mula-mula kejang petang tadi.” Balasku kepada Tok Imam.
Tok Imam minta kami pusingkan AP yang sedang berbaring menelentang ke arah kanan AP supaya mudah untuk Tok Imam mengurut bahagian paha dan lutut kiri AP. AP mengerang perlahan kesakitan ketika Tok Imam mengurut bahagian tersebut tetapi tidak lama kemudian AP kembali terlena dan Tok Imam menghabiskan pergerakan urutan terakhir di paha dan lutut AP. Sejurus Tok Imam selesai mengubat AP, seorang fasi datang meluru kepada kami dari arah kawasan tengah kem.
“Imam, NFI jadi balik!”
“Jadi balik? Yang budak tadi tu?” soal Imam minta kepastian.
“Yaaa, jadi balik.”
“Tempat dia kann. Nak buat macam mana.” Kata Imam sambil tersenyum.
“Jadi balik? Yang budak tadi tu?” soal Imam minta kepastian.
“Yaaa, jadi balik.”
“Tempat dia kann. Nak buat macam mana.” Kata Imam sambil tersenyum.
Semua fasi bergerak mengiringi Tok Imam ke arah kawasan tengah kem tempat NFI berada. Sungguh kasihan pada NFI diperlakukan begitu, sejak dari pagi tadi NFI tidak sihat dan sehingga ke malam masih belum NFI boleh berehat. Aku dengar khabar SAT juga mendapat musibah yang sama, gangguan terhadap SAT adalah di kawasan leher dan dada maka disebabkan itu SAT mengalami sesak nafas sejak daripada pagi tadi selepas selesai sesi senaman pagi.
Aku masih kekal berada di sisi AP sedangkan semua fasi yang ada tadi telah beransur ke tengah tapak kem untuk mengikuti perkembangan berita NFI selanjutnya. Aku kemudian berbaring di sebelah AP yang telah terlena keletihan dalam balutan toto tebal yang hanya menampakkan wajah AP sahaja. Sambil berbaring menelentang melihat ke atas, aku terdengar suara-suara sayup fasi berbincang mengenai insiden malam itu. Sekiranya NFI diganggu lagi selepas ini, maka tindakan yang boleh dibuat adalah dengan mengawasi NFI sepanjang malam itu kerana tiada lagi cara yang boleh dilakukan untuk menangani insiden itu pada waktu itu selain berkawal menjaga semua peserta wanita di kawasan tengah tapak kem. Perbincangan sayup semua fasi itu seperti terngiang-terngiang di telingaku tatkala mataku mulai layu sambil melihat jam di tangan yang hampir ke pukul 1.30 pagi.
Aku akhirnya terlelap jua di sisi AP dan aku sejujurnya tidak kisah andai esok membawa lebih derita atau lebih bahagia kerana apa yang aku tahu esok adalah hari terakhir program ini dan sudah tentu dengan tamatnya program ini akan mengakhiri semua kelelahan dan penderitaan kami sepanjang program di Pulau ini. Tetapi adakah aku pasti dengan tamatnya program ini esok akan menamatkan semua gangguan-gangguan ini?
(TAMAT EPISOD 3)
(BERSAMBUNG …)
Ulasan