PULAU CHNSOM
CATATAN PENGALAMAN
KEMBARA ANAK WATAN
PULAU CHNSOM
GUBIR SIK KEDAH
KEMBARA ANAK WATAN
PULAU CHNSOM
GUBIR SIK KEDAH
11-13 JULAI 2019 (KHAMIS –SABTU)
EPISOD 4 DARIPADA 4
13 JULAI 2019 (HARI TERAKHIR)
13 JULAI 2019 (HARI TERAKHIR)
Aku terjaga daripada tidur ketika jam menunjuk ke pukul 6.00 pagi. AP di sebelahku masih lagi nyenyak diulit mimpi semalam mungkin. Lenanya tampak tenang dek keletihan semalam. Semalaman aku memeluk AP kerana aku dibayang risau andai pabila mataku dibuka pagi itu AP tiada di dalam gulungan selimut tebal. Mungkin AP telah hilang di sebalik pokok-pokok hutan. Atau mungkin AP telah hilang di dasar tasik. Tapi pagi itu aku masih boleh menarik nafas lega kerana AP masih kekal di sisiku dalam gulungan selimut ditaja, kekal bernafas tenang dalam mainan tidur palsu. Keadaan sekeliling mula hidup oleh bunyi suara-suara kecil semua peserta yang mula membuka mata pagi dan bunyi tapak kaki yang mula melangkah ke sana sini dalam kawasan tapak kem dengan pelbagai arah tujuan.
Aku terus mengambil wudhu’ dengan air dingin pagi itu sebelum segera menunaikan solat Subuh. Kemudian aku kejutkan AP dan memapah AP untuk duduk di bangku plastik di hadapan khemah fasi yang berdekatan dengan unggun api dihidupkan para fasi. Dalam keadaan duduk itu aku bantu AP untuk mengambil wudhu’ dengan menggunakan air mineral yang masih berbaki. AP kemudian solat Subuh di atas bangku plastik itu.
Cahaya matahari mula melakar garis halus di sepanjang kaki langit sambil angin tasik pagi itu menderu perlahan melintas dedaun melambai di kawasan di tapak kem kami. Cahaya lemah matahari pagi itu menyelinap masuk ke celah-celah khemah terbuka basah kami yang sejak semalam hancur berselerak dilambung ombak keras hujan dan permainan panjang semalam yang entah bila berkesudahan. Suara-suara fasi sayup kedengaran di sana-sini dalam mendepani aktiviti pagi itu. Bunyi enjin bot di pesisir tasik jelas kedengaran mungkin untuk satu tujuan pasti yang bakal aku ketahui.
Pagi itu kelihatannya semua peserta mula berkemas pakaian dan tempat penginapan. Pagi itu juga kami hanya mengalas perut dengan apa sahaja makanan elok yang berbaki daripada semalam ditambah dengan berbungkus-bungkus biskut kering. Kelihatannya pagi itu juga dapur memasak mula menutup tirai persembahan Hell Kitchen dan mungkin pagi itu akan menjadi lebih pendek berbanding pagi semalam. Kelihatan pagi itu disibukkan dan dipenuhi dengan aktiviti mengemas penginapan dan pakaian masing-masing tanpa ada seorang peserta pun yang bertanya tentatif sebenar pagi itu. Lagaknya kami semua seperti mahu cepat-cepat keluar daripada kawasan penuh misteri itu meski kami masih perlu mengambil giliran untuk menaiki bot kembali ke jeti Gubir.
Pagi itu juga sekumpulan peserta dan fasi mula membantu untuk memindahkan NFI dari kawasan penginapan wanita di tengah kem ke bot penumpang yang sedang menunggu untuk kembali ke pesisir tasik di jeti Gubir. NFI nampaknya tidak banyak berubah sejak semalam. Gangguan demi gangguan dialami dan tentunya kesemua insiden tersebut meletihkan NFI. Malah keadaan itu telah meletihkan semua peserta dan para fasi. Apa tidaknya semalaman asyik berzikir dan berdoa mohon perlindungan dan dijauhkan daripada segala gangguan dan ancaman bahaya sehingga mata untuk dipejam lena itu kerap kali terganggu oleh bunyi dan suara-suara gangguan dari NFI. Aku kira malam itu seperti kami sekumpulan manusia yang mencari Lailatul Qadar pada 27 Ramadhan selepas hujan lebat yang awalnya turun sebagai petanda malam ganjil itu. Namun mungkin malam itu kami melebihi selayaknya yang selalu kami lakukan dalam malam Ramadhan. Keadaan dan pelbagai insiden di tapak kem itu menjadikan kami seolah kumpulan sekular yang berkumpul dengan penuh keinsafan dan penyesalan. Keinsafan atas keterlanjuran kata dan perbuatan manakala penyesalan kerana seperti tidak percaya kami semua telah pun berada di pulau terpencil ini mungkin. Laungan sekumpulan fasi dan beberapa peserta memecah hening pagi itu. Aku juga seperti tersentak setelah sekian lama bersandar mentafsir di tepi bangku plastik AP.
“Ya Allahhhhh, bantu kami ya Allahhhhhhh.”
“Ya Allahhhhhh, bantulah ya Allahhhhhh.”
“Kuat NFI. Kuat NFI. Kuat NFI.”
“Ingat Allahhhhh. Ingat Allahhhh NFI.”
“Allahhhhh. Allahhhh. Allahhhhh.”
“Ya Allahhhhhh, bantulah ya Allahhhhhh.”
“Kuat NFI. Kuat NFI. Kuat NFI.”
“Ingat Allahhhhh. Ingat Allahhhh NFI.”
“Allahhhhh. Allahhhh. Allahhhhh.”
Laungan dan bantuan beberapa peserta dan fasi ketika dalam proses memindah NFI dari tapak kem ke arah bot penumpang yang menunggu begitu meruntun hati. Tubuh kurus NFI yang diikat dalam usungan untuk dibawa menaiki bot itu begitu menghibakan. Andai yang lelaki semalam aku sudah cukup tersentuh apatah lagi jika terjadi kepada peserta wanita.
“NFI. Kuat NFI. Kuat!”
“Lawan. Kena lawan NFI.”
“Jangan ikut dia. NFI kena kuat.”
“Ingat Allahhhhh. Ingat Allah banyak-banyak.”
“Lawan. Kena lawan NFI.”
“Jangan ikut dia. NFI kena kuat.”
“Ingat Allahhhhh. Ingat Allah banyak-banyak.”
Begitulah laungan dan kata-kata semangat kumpulan yang sedang mengelilingi dan menenangkan NFI yang nampaknya masih tidak sedarkan diri. Walaubagaimanapun tubuh NFI bergetar dan bergerak ke kiri dan ke kanan di dalam usungan tersebut sehingga memaksa fasi untuk mengambil langkah berjaga-jaga.
“Tali mana tali.”
“Cari tali. Kita kena ikat lagi dia. Untuk keselamatan dia time atas bot satgi.”
“Susah kalau tak ikat, satgi bergolek jatuh.”
“Cari tali. Kita kena ikat lagi dia. Untuk keselamatan dia time atas bot satgi.”
“Susah kalau tak ikat, satgi bergolek jatuh.”
Sepantas itu gulungan tali rafia tebal yang kami gunakan untuk mendirikan khemah terbuka pada hari pertama di tapak kem dilambung dari arah tengah tapak kem terus menuju ke pesisir tasik di kawasan kumpulan yang sedang membantu NFI. Waktu itu hatiku cukup hiba melihat penderitaan ditanggung NFI kerana seperti sudah jatuh ditimpa tangga pula. Sudahlah sedang diganggu jin sejak semalam dan pagi ini diikat dalam usungan dengan tali sedia ada pada usungan tetapi ditambah lagi dengan tali rafia tebal persis korban di Aidil Adha. Keadaan sebegitu menyebabkan ramai yang mula berkaca di mata lalu mengalir mutiara-mutiara jernih di pipi masing-masing mengenang nasib yang kian tidak pasti. AA jugak menangis terduduk teresak esak di tepian tasik pulau puaka itu. Matahari juga seakan muram bersama dengan kesedihan kami. Angin yang bertiup pagi itu juga seperti memahami isi hati kami. Belaian lembut angin di wajah yang mengalun helaian rambut dan tudung kami bagaikan seirama dengan bunyi lembut air yang menghempas gigi tasik bersama dengan bot penumpang yang setia menunggu.
Disebabkan pergerakan NFI yang semakin tidak agresif, maka keputusan untuk mengikat NFI dengan tali tambahan dibatalkan dan semua yang berada di situ menarik nafas lega. NFI kemudian diusung ke atas bot penumpang yang telah sedia menunggu sedari tadi. Matanya ditutup dengan sehelai kain kecil untuk mengelak bola matanya meliar ke sekeliling atmosfera seperti AP pada malam semalam. Beberapa fasi dan peserta turut sama membantu di atas bot yang kemudiannya meluncur laju membelah hamparan tasik pagi yang cukup tenang tatkala jam hampir ke pukul 9.30 pagi.
Dalam pada itu di tapak kem, semua peserta sedang melakukan aktiviti gotong royong untuk membersihkan kembali keseluruhan tapak kem. Setiap kumpulan dibahagikan mengikut kawasan tertentu di tapak kem untuk aktiviti pembersihan ini sama seperti pada hari pertama kami tiba di jeti Gubir dengan aktiviti permulaan adalah gotong royong juga. Semua peserta bertugas dengan penuh semangat kerjasama dan komited. Aku rasa semua insiden yang berlaku di kem ini telah menjadikan kami semua bersatu hati kerana kami tiada siapa-siapa di sini melainkan peserta-peserta inilah keluarga kami. Sungguh impak kembara anak watan ini begitu mendalam kerana tak mungkin semua yang berlaku ini akan dilupa dalam sehari dua.
Semua peralatan berharga yang kami bawa bersama ke tapak kem dikumpul di suatu tempat untuk dibawa pulang sedangkan peralatan pakai buang seperti tisu, lebihan rempah ratus dan bahan masakan ditinggal di khemah dapur untuk kegunaan fasi yang masih akan berada di situ. Sudah tidak sanggup rasanya untuk berulang alik membawa peralatan yang sudah dirancang untuk digunahabis di tapak kem. Letih rasanya walau hanya dengan terfikir akannnya sahaja. Jam telah melebihi waktu 10.00 pagi ketika kami semua berkumpul untuk roll call bagi memeriksa bilangan ahli semua kumpulan buat kali terakhir di tapak kem sebelum pembahagian kumpulan dibuat untuk penggiliran bot ke jeti Gubir.
Seperti biasa aku diamanah untuk mengepalai kumpulan-kumpulan pertama yang menaiki bot ke Jeti Gubir. Seperti dijangka AP juga akan menyertai dan bersama aku di atas bot pertama ke jeti itu. Dengan berkain pelikat semalam aku dan beberapa orang peserta memapah AP yang masih sakit kaki dan lutut kiri itu untuk didudukkan di atas bot penumpang. Waktu itu AP sudah boleh berbicara seperti kebiasaanya tetapi kuota kata-kata yang keluar dari mulutnya masih belum mencapai had minimum seperti AP yang sebenar. AP yang ku kenal adalah yang penuh kata-kata sehingga letih dibuatnya kita untuk melayan karenahnya. Tetapi pagi itu AP hanya berbicara sekali sekala dalam nada kebiasaannya. Sesekali dia tersenyum letih sambil masih cuba menyakat aku.
“Nak balik. Nak balik. Nak balik.”
“Nak balikkkkkkkk.”
“Nak balikkkkkkkk.”
Aku hanya mampu ketawa dalam hati melihat gelagat si AP kerana seingat aku pada hari kami riki ke tapak kem ini suara dialah yang asyik memecah kesunyian dalam setiap rakaman video aku. Sifat hiperaktifnya kadang menghiburkan dan kadang menjengkelkan.
“Saya takmau balik. Saya takmau balik.”
“Tak mau balik. Tak mau balikkk.”
“Tak mau balik. Tak mau balikkk.”
Suara itu masih segar terngiang di cuping telingaku dan hari ini serta semalam pemilik suara itu telah berjaya mencuri tumpuan fikiranku untuk hanya ada padanya. Sungguh semalam sehingga ke hari ini hampir keseluruhan perhatian dan tenagaku banyak dicurahkan kepada AP. Andai AP tidak menghargai itu, aku tahu Tuhan itu sebaik-baik pemberi ganjaran. Dan sesiapa yang melakukan kebaikan seumpama sebesar zarah akan dikira, dan sesiapa yang melakukan kejahatan seumpama sebesar zarah juga akan dikira. Fikiranku terus terawang sambil pandangan mataku kerap kali mencuri pandang AP yang duduk di hadapanku sambil bot yang kami naiki masih menderu melakar ombak kecil di tengah tasik Gubir menuju ke jeti.
“AP, AP. Apa lagi lah drama yang menanti kan.” getus hatiku. Senyap.
Dalam pada itu NFI yang telah dibawa keluar lebih awal dari pulau sejak tadi pagi terus dikejarkan ke bahagian kecemasan hospital untuk pemeriksaan kesihatan sebelum pihak fasi memanggil seorang ustaz untuk bantuan selanjutnya. Keadaan NFI yang mula agresif ditambah dengan jeritan nyaring mula menjadikan keadaan di kawasan itu tidak terkawal. Para petugas dan pasukan perubatan juga telah melaksanakan tugas mereka dengan penuh komited. Mungkin juga ada antara mereka yang berterusan shift sejak semalam, kerana disebabkan kes seperti NFI mereka tampak letih dan bertambah letih. Namun mulut mereka masih kuat bicara.
“Awat yang dok pi berkhemah tempat macam tu?”
“Orang tak pi camping aihhhhh tempat-tempat macam tu.”
“Kenapa pi kat tempat macam tu?”
“Banyak lagi tempat lain awat tempat macam tu jugak yang hampa pi?”
“Dah takdak tempat lain ka yang dok pi tempat macam tu?”
“Apa yang best kat tempat macam tu?”
“Ni dah jadi macam ni bawak mai sini pun bukan boleh buat apa dah.”
“Kena pi berubat tengok la sapa-sapa yang boleh berubat tu.”
“MIntak ayaq penawaq ka, baca apa-apa yang patut ka.”
“Orang tak pi camping aihhhhh tempat-tempat macam tu.”
“Kenapa pi kat tempat macam tu?”
“Banyak lagi tempat lain awat tempat macam tu jugak yang hampa pi?”
“Dah takdak tempat lain ka yang dok pi tempat macam tu?”
“Apa yang best kat tempat macam tu?”
“Ni dah jadi macam ni bawak mai sini pun bukan boleh buat apa dah.”
“Kena pi berubat tengok la sapa-sapa yang boleh berubat tu.”
“MIntak ayaq penawaq ka, baca apa-apa yang patut ka.”
Sedang doktor bertugas belum selesai syarahan perdana beliau, muncul pula si AP dari pintu hadapan hospital sambil berjalan terjengket-jengket disebabkan kesan nyeri pada kakinya yang masih lagi berbisa. Doktor yang nampak si AP datang melengkapkan suasana hiruk pikuk bersama jeritan NFI itu kembali bersuara semula walau wajahnya kelihatan letih melayan karenah pelbagai pesakit termasuk pesakit-pesakit misteri ini.
“Haaaaaaa, ni sorang lagi.”
“Sakit-sakit macam ni hospital bukan boleh buat apa.”
“Awat adik pi camping kat tempat macam tu.”
“Adik pi camping kat mana?”
“Awat yang adik pi camping tempat macam tu?”
“Mana ada orang pi camping tempat macam tu.”
“Sakit-sakit macam ni hospital bukan boleh buat apa.”
“Awat adik pi camping kat tempat macam tu.”
“Adik pi camping kat mana?”
“Awat yang adik pi camping tempat macam tu?”
“Mana ada orang pi camping tempat macam tu.”
Suara dan pertanyaan doktor yang bertubi-tubi keluar dari mulutnya menambah derita si AP yang baru sahaja menerpa muka ke bahagian kecemasan hospital itu. Belum pun sempat si AP mulakan langkah melodramanya dan meraih simpati, terus senafas sahaja semua terpinga dengan syarahan si tuan doktor. Kebiasaannya begitulah apabila semua keletihan dek tugas masing-masing dan sudah tentu terkadang kata-kata yang dihambur keluar adalah salah satu cara untuk ekspresi diri tentang situasi semasa. Semua kumpulan peserta dan beberapa fasi masih berada di bahagian hospital sebelum ustaz yang dijemput fasi tiba yang kemudiannya mereka semua mula bergerak pulang ke dataran kolej dan berkumpul di dewan untuk proses perubatan selanjutnya.

Selesai penugasan itu, kami pun berbahagi kumpulan kepada 2 kumpulan besar dan 1 kumpulan kecil. 2 kumpulan besar menaiki dua buah van yang telah disediakan manakala 1 kumpulan kecil menaiki kereta salah seorang fasi dalam program ini. Kenderaan mula perlahan-lahan bergerak meninggalkan jeti Gubir ketika azan Zohor kedengaran di telefon bimbit. Aku duduk tersandar di kerusi kenderaan sambil pandanganku menerobos lepas melalui cermin kaca tingkap melepasi pesisir tasik Gubir dan kawasan luas tempat kami mula melaksanakan aktiviti gotong royong. Perlahan-lahan pemandangan tasik Gubir luas terbentang itu menjauh dari mataku. Masih terbayang kenangan di atas bot menuju ke pulau di tapak kem dan masih terbayang seribu satu insiden yang berlaku sepanjang kami beraktiviti di pulau tersebut. Semakin lama pemandangan tasik itu semakin menghilang dan kelam di balik pokok-pokok dan hutan kecil dan seperti itulah harapanku semoga apa sahaja makhluk yang melata di kawasan pulau atau di kawasan jeti ini juga akan terhenti dan menghilang daripada kami semua saat kami mula keluar dari sempadan misteri ini. Semoga tersambungnya kami dengan talian telefon dan internet di luar sempadan ini akan memutuskan semua hubungan dan minat makhluk melata ini terhadap kami semua seperti pada mulanya ketika kami terputus talian telefon dan internet yang menyambung kepada hubungan kami dengan makhluk melata di pulau itu.
Jam telah melepasi waktu 2.00 petang ketika aku tiba di perkarangan kolej. Waktu itu para peserta yang menaiki bas awal tadi telah sampai dahulu dan ramai daripada mereka telah pun beransur pulang. Dalam sedikit masa yang begitu menghambat, aku terus mencampak semua pakaian di dalam bilik dan terus mandi membersihkan diri. Kemudian aku sarungkan sahaja apa yang ada sebelum terus berkejar ke stesyen bas untuk mendapatkan bas ke Kuala Lumpur pada jam 3.00 petang hari itu juga kerana larian pertamaku di Lebuhraya NPE akan bermula pada jam 5.30 pagi keesokannya.
Sebelum bergerak meninggalkan perkarangan kolej, kelihatan kumpulan peserta dan beberapa fasi serta ustaz yang dijemput oleh fasi tiba di perkarangan kolej dan terus mereka semua berkumpul di dewan untuk urusan pembersihan dan perubatan selanjutnya.
Secara rasminya program kembara anak watan kami telah selesai dan menutup tirainya pada petang Sabtu; 13 Julai 2019 yang meninggalkan pelbagai kenangan suka duka kepada semua peserta. Dengan berakhirnya program ini maka aku berharap semua drama dan insiden yang telah terjadi sejak 3 hari lepas akan berakhir pada hari ini. Biarlah semua kejadian ini menjadi kenangan untuk kami semua seumur hidup kerana mahu atau tidak mahu, ia telah terpahat kukuh di dalam dinding kenangan semua peserta yang melaluinya. Bohonglah jika kami berkata kami akan lupakan semua kenangan buruk sepanjang kem ini kerana lumrah manusia memang begitu. Lumrah manusia bertumpu kepada paling manis dan paling buruk, maka semua kenangan manis akan diingati dan semua kenangan buruk juga akan diingati. Perkara yang tidak akan diingati lagi adalah perkara suam-suam kuku kerana manis pun tidak, buruk pun tidak, maka ia akan jadi yang sedang-sedang saja, yang sedang-sedang saja. Eh, ternyanyi pulak aku. Nanti hujan turun kan susah pulak aku menunggu bas ni.
Tepat jam 3.00 petang bas Mara Liner mula bergerak keluar melintasi pekan kecil yang tidak sibuk itu. Pandangan kosongku dilempar jauh ke luar tingkap menikmati keindahan luar serta keselesaan di atas kusyen empuk ini. Aku menghela nafas panjang dalam rasa nikmat yang sungguh tidak terhitung kerana akhirnya saat ini aku dapat temukan nikmat rehat yang telah hilang sejak 3 hari lepas. Aku gembira akhirnya semua ini telah tamat dan aku hanya berdoa semoga semua peserta yang lain juga dapat mulakan episod baru dalam fasa kehidupan mereka. Biarlah yang telah berlalu itu. Barang yang lepas jangan dikenang, andai dikenang meranalah badan. Namun adakah kami semua yakin yang semua ini telah berlalu? Adakah kami semua pasti barang yang lepas tidak kembali? Akhirnya aku terlena dalam persoalan yang aku sendiri tiada jawapannya.
(TAMAT EPISOD 4)
(TAMAT)
FADEL NOOR DIN
Kuala Ketil Kedah
Kuala Ketil Kedah
Ulasan