dark chocolate
Dewi Marlyna

Anda penggemar coklat???
Saya hantu coklat tapi bukan chocoholic. Tapi saya jarang beli sebab saya fikir coklat menggemukkan. Kalau beli, saya suka ambil yang ada kacang seperti almond, macadamia atau hazelnut. Itu dulu.
Sekarang masih suka coklat tapi saya suka coklat gelap. Sejak selepas detox dan dah reset taste bud ni saya dah kurang banyak makan makanan manis. Pilihan coklat pun dah bertukar ke coklat gelap.
Bila adik ke Langkawi tempoh hari dan bertanya nak kirim apa? Lindt
dark chocolate terus terlintas di hati.
Kenapa nak kecoh sangat dengan coklat gelap? Rupanya banyak betul manfaat coklat gelap :
1. Melancarkan pengaliran darah.
2. Meningkatkan prestasi otak - bagus untuk meningkatkan kepantasan berfikir dan menambah tenaga otak.
3. Mengurangkan risiko sakit jantung
4. Sumber anti oksida luar biasa
5. Bantu Mengurangkan Berat Badan.
Nah! Ini bukan lagi masa untuk menjauhkan diri daripada coklat.
Nah! Ini bukan lagi masa untuk menjauhkan diri daripada coklat.
6. Melindungi dan Mencantikkan Kulit
7. Meningkatkan Daya Penglihatan - dalam satu kajian mendapati bahawa pengambilan coklat gelap lebih banyak kebaikan daripada coklat putih. Peserta yang mengambil coklat gelap mempunyai peningkatan terhadap daya penglihatan mereka.
8. Meningkatkan kadar Metabolisma
9. Mengawal dan mengurangkan selera makan.
Awas! Jika nak gemuk jangan makan coklat atau minum coklat panas.
Awas! Jika nak gemuk jangan makan coklat atau minum coklat panas.
10. Memberikan mood bahagia. Jika rasa marah, mood kacau, makanlah coklat hitam.
Bila saya kata bagus makan coklat gelap jangan pula beli secara pukal dan melantak coklat. Untuk dapatkan sebahagian besar manfaatnya, amalan makan secara sederhana sudah memadai.
Mahu makan pun mesti belajar. Sambil makan sambil kawal makan dan sambil belajar. Mari bertukar kepada coklat gelap😁
Alhamdulillah
Ulasan