Gula
Katakan kita dah berazam untuk tak mahu minum manis dan bergula.
Tapi tiba-tiba ombak sugar carving datang menghempas. Tak sempat nak buat apa.
Dan tiba-tiba terminum milos dan termakan milk chocolate bar di dapur.
Kenapa kita sering kalah dengan sugar craving?
Saya kongsi 3 persediaan sebelum kena serang sugar craving.
1. Kita kurangkan ambilan gula secara beransur-ansur.
Contohnya dari milo susu pekat kepada milo kosong. Kemudian tukar kepada serbuk koko+fresh milk. Seterusnya kepada serbuk koko+butter. Ambil masa.
Badan kita pun pandai balas dendam bila kita bertindak secara mengejut.
2. Cukupkan makanan sihat. Tiga makanan utama yang dapat kurangkan sugar craving ialah
+ fiber seperti sayur-sayuran, chia seed, buah-buahan
+ protien ikan, telur, ayam dan daging
+lemak sihat seperti minyak ikan dan minyak zaitun dan kekacang
Ada vitamin dan mineral dalam bentuk makanan tambahan yang bantu kurangkan sugar craving seperti- omega 3, vitamin C, vitamin B kompleks, magnesium dan chromium.
3. Cukupkan masa tidur dan kurangkan stress.
Tidur yang terbaik pada waktu malam sebelum jam 11pm dalam keadaan gelap di bilik yang senyap dan nyaman(sedikit sejuk).
Bila kita tidur waktu malam, Hormon Melatonin akan keluar dan berkerja untuk repair badan kita.
Stress dapat dikurangkan dengan aktiviti bermanfaat dan kita rasa gembira. Contonya solat sunat, zikir dan baca Al-Quran. Lakukan hobi yang baik juga akan dapat kurangkan stress.
Ulasan