Intermittent Fasting-IF

Saya mula rasa best pada puasa dan (Intermittent Fasting-IF) daripada seorang insan bernama Dr Malinda Mohd Ali.
Mungkin di barat, amalan IF adalah keajaiban yang baru buat mereka. Dalam dunia Islam puasa adalah perkara biasa dan telah diketahui umum.
Bezanya ialah cara fikir. Sebelum ini saya fikir, puasa-pahala-takwa-syurga.
Sekarang bila ada kajian saintifik ia menampakkan lagi kebesaran Allah mengapa mewajibkan manusia berpuasa. Ia menjawab mengapa Nabi Muhammad suka berpuasa sunat.
Beberapa kebaikan puasa atau IF yang beliau beritahu mengikut kajian sains ialah
1. Puasa bantu detoksifikasi.
2. Puasa menurunkan paras gula dalam darah
3. Puasa memperbaiki fungsi Insulin
4. Puasa menukarkan badan menjadi mesin ‘pembakaran lemak’ yang efektif.
5. Puasa meningkatkan metabolisma
6. Puasa membantu mengawal rasa lapar
7. Puasa mengurangkan inflammasi dan risiko penyakit kronik.
8. Puasa meningkatkan daya ingatan.
9. Puasa memperbaiki kesihatan usus
10. Puasa menstabilkan Microbiome
11. Puasa memperbaiki sistem imun
12. Puasa sebagai Rawatan Anti-Stress
13. Puasa mencantikkan kulit
14. Puasa memanjangkan usia
15. Puasa mengaktifkan proses Autophagy
Jadi bila amalkan puasa dapat ikut sunnah, pahala bukan itu sahaja bahkan kesihatan meningkat diikuti dengan penurunan berat badan.
IF manusia yang cipta jadi boleh minum air dan boleh pilih masa sendiri. Puasa pula ibadah dan perintah Allah jadi kena patuh syarat & hukum.
Umat terdahulu sebelum nabi kita pun telah amalkan puasa. Jadi puasa adalah normal dan fitrah manusia. Ada masa makan ada masa perlu menahan lapar.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESEPI KUIH Putu Beras

PAKORA BAWANG

Cik Atau Puan