KAWAL BERAT BADAN

Puteri Yusof
KAWAL BERAT BADAN, JANGAN SAMPAI HORMON HURU HARA, TAK TERKAWAL
Saya kongsi apa yang saya baca dan setakat yang saya paham ye.
Ada hormon dalam tubuh kita ni, namanya leptin dan ghrelin.
Leptin ni kerja dia bagi signal kat otak bila kita lapar, jadi kita tau lah ok masa untuk makan dah tiba.
Leptin dihasilkan dalam sel lemak. Lebih banyak lemak dalam badan kita, lebih banyak leptin dihasilkan.
Ghrelin pulak hormon yang tambahkan selera makan, jadi secara normalnya kita akan makan sampai cukup keperluan tubuh kita.
Ghrelin dihasilkan di usus, dan signal dari usus tu travel ke otak.
Secara umumnya, leptin bertugas untuk kurangkan selera makan, dan ghrelin bertugas untuk tingkatkan selera makan.
Bila kedua- dua ni seimbang, kita akan makan cukup untuk keperluan badan sahaja.
Tapi mengapa kita makan lebih?
Dan mengapa orang overweight/ obes lagi kuat makan, lagi kerap lapar, dan tak boleh handle portion makanan?
Pertama, orang yang dah lama overweight/ obese, tubuhnya dah tinggi radang/ inflamasi.
Radang tinggi dalam tubuh buatkan hormon leptin jadi tinggi. Bila hormon leptin tinggi, kita kerap rasa lapar dan nak makan lagi dan lagi.
Dan juga, bila hormon leptin yang tinggi, keradangan bertambah. Pusing- pusing tang situ.
Kedua, apabila orang yang obes cuba nak kurangkan berat badan, lagi banyak pula hormon ghrelin dihasilkan (dah haywire).
Macam badan tu melawan balik, the more kita fight, lagi lapar dibuatnya, lagi banyak kita nak makan.
Sebab tu orang yang dah obese susah sangat nak berdiet.
Ketiga, ada kajian mendapati hormon leptin boleh meningkat mendadak selepas kita dah lost weight.
Katakan kita dah turun berat badan, dan dapat berat ideal, hormon leptin boleh meningkat tiba- tiba, dan buat kita lagi nak makan, lagi berselera berbanding masa kita obes dulu.
Ini yang buat ramai peserta weight loss program, kembali ke berat asal, atau lebih berat lagi. Aha jadi jangan sewenang- wenang tuduh produk tak berkesan ok haha!
Jadi apa yang kita boleh buat untuk kawal hormon leptin dan ghrelin supaya stabil dan seimbang?
Pertama, kalau belum obese/ overweight, usaha lah untuk dapat berat badan ideal. Obesiti buat segala hormon kita huru hara, susah nak adjust nanti.
Kedua, kalau dah obese dan sedang berdiet, pastikan waktu tidur terjaga rapi. Kurang tidur buatkan sistem hormon terganggu, dan susah kita nak kawal selera makan.
Ketiga, kita boleh makan makanan yang bantu tingkatkan leptin sensitivity (maksudnya leptin boleh buat kerja dengan cekap).
Makanan yang bagus ialah makanan yang kurangkan inflmasi seperti asid lemak omega-3 (tengok point pertama tadi).
Kena ingat, wajib elak makanan dan tabiat yang buat hormon leptin dan ghrelin kita jadi huru hara - tak aktif, tidur lewat, makan high sugary food setiap hari.
Sekarang ni dah ada company hasilkan "anti-obesity ghrelin vaccine" yang mana ia boleh dijadikan "ubat" untuk orang obes.
Kalau kita tak handle elok- elok dari sekarang, di masa depan, kita boleh jadi customer ubat- ubat dan vaccine ni. Tanak lah kan?
Sebar- sebarkan info, jangan lupa klik SHARE ðŸ’ž

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESEPI KUIH Putu Beras

PAKORA BAWANG

Cik Atau Puan