kentut


Penyelidik dari Universiti Exeter di England  mendapati  gas tertentu daripada kentut busuk  dapat memerangi penyakit.
“Walaupun hidrogen sulfida dikenali sebagai gas  berbau busuk dalam telur busuk dan kentut,   ia secara semula jadi dihasilkan dalam tubuh  dan sebenarnya boleh berfaedah bagi  penjagaan kesihatan dengan implikasi penting ia dapat digunakan sebagai  terapi pada masa depan bagi  pelbagai penyakit,” ujar  penyelidik Dr Mark Wood, yang ditukil   dalam jurnal Medicinal Chemistry Communications (Komunikasi Kimia Medik).
Dengan mengkaji unsur-unsur dalam kentut, Dr Whiteman dan pasukannya mencipta sebatian yang dikenali sebagai AP39, yang dapat mencegah artritis, atau radang sendi, dan demensia pada usia tua.
“Kami telah memanfaatkan  proses semula jadi ini dengan membuat sebatian, yang dipanggil AP39, yang secara perlahan mengalirkan  sejumlah kecil gas ini secara khusus ke mitokondria,” katanya.
“Dapatan  kami menunjukkan bahawa jika sel-sel tertekan dirawat dengan AP39, mitokondria dilindungi dan sel-sel tetap hidup.”
Mitokondria ialah organel kecil berbentuk batang yang terdapat dalam sel yang bertindak sebagai tapak utama metabolisme bagi  menghasilkan tenaga. – THE PHILIPPINE DAILY INQUIER/ASIA NEWS NETWORK

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESEPI KUIH Putu Beras

PAKORA BAWANG

Cik Atau Puan