CATATAN PENGALAMAN PUTRAJAYA ULTRA 100 KM

CATATAN PENGALAMAN
PUTRAJAYA ULTRA
100 KM
WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
7 DISEMBER 2019 - SABTU (7.00 PAGI) HINGGA 8 DISEMBER 2019 - AHAD (8.00 PAGI)

Hai para pembaca semua. Rindu kan tulisan aku tak? Haha. Kalau rindu maka aku nak tulis lagi satu pengalaman larian aku, kalau tak rindu pun aku nak tulis gak aku tak kira. Mampuu?

PENGENALAN

Sebelum aku terus ke tulisan mengenai pengalaman aku join Putrajaya Ultra ni, aku nak kongsi sikit ape itu Putrajaya Ultra ni. Putrajaya Ultra ni nama sebenar event nya adalah Putrajaya 100 yang terkandung acara larian jarak 15km, 30km, 50km, dan 100km. Sebenarnya berbulan-bulan sebelum penyertaan Putrajaya Ultra ni dibuka, memang aku dah aim dah nak masuk event ni. Pastu bila penyertaan dah dibuka, aku pun cek la apa kategori yang ada, dan aku tengok cuma ada kategori 15, 30, 50 dan 100 sahaja. Jadi aku pun masih was-was lahh nak masuk ke tak sebab aku teringin nak join yang jarak 70km punya tapi kali ni jarak tu takde. Jadi aku sedikit sangsi begitu. Sebenarnya kalau hampa semua nak tahu, aku TAK PERNAH join event rasmi lebih dari jarak marathon yang aku selalu buat iaitu 42.195km. Setakat yang aku pernah buat pun cuma sekali training Long Slow Distance (LSD) 50km dengan geng-geng Utara Runnaz, itu sahaja. Jadi tahap keyakinan aku nak join Putrajaya Ultra ni macam masih goyah la sebab aku takde pengalaman. Apetah lagi tak pernah join event rasmi lebih dari jarak full marathon. Kecelaruan fikiran aku time ni adalah macam ni, mai aku cerita hahaha. Sekarang pilihan yang aku ada cuma 50km atau 100km betul tak. Takkan aku nak amik 15km atau 30km sebab ini peluang untuk aku explore Putrajaya di sisi lain yang ramai dari kita tak pernah tahu kan. Maka termenunglah aku menimbang antara 50km atau 100km. Untuk 50km ni rasa macam best lahhh sebab kalau aku join ni, maka akan jadi event rasmi pertama aku join ultra (virgin ultra) dan aku pun ade rasa pengalaman 50km macam yang aku sebut tadi dengan geng Utara Runnaz. Tapi bagi aku macam tak mencabar sangatlah sebab aku dah pernah merasai azab 50km tu begitu haha. Itu sebab aku cakap tadi aku teringin nak masuk event yang 70km distance punya sebab macam aku upgrade kemampuan aku slow2 lah dari 50km ke 70km begitu tapi isunya sekarang kategori 70km tu takde jadi takkan aku nak terus lompat ke 100km? Kau nak mati ke Fadel oiiiiii hahah. Tapi bila tengok COT untuk 100km punya distance ni adalah 25 jam maka aku jadi serba salah taw sama ada nak take up this challenge or not sebab bagi aku 100km untuk COT 25 jam adalah sangat-sangat munasabah untuk dicapai. Tapiiiiii, aku tak pernah rasa macam mana azabnya lebih dari 50km haaaaa begitu, jadi kepala aku dok pikiaq benda ni dalam sebulan dua jugak la sampai aku mimpi join event ni amik 100km hahahah perlu mehh? Akhirnya aku ambil keputusan daftar jugak event ni dan dengan beraninya aku sahut cabaran 100km tu. Perasaan aku time ni aku tak gembira sangat tawww tapi semua bercampur baur menjadi satu. Aku teringin nak explore Putrajaya tapi 50km terlalu singkat dan 100km tu macam jauh sangat. Walau COT 25 jam kalau aku tak mampu macam mana? Sebab aku tak pernah langsung challenge diri aku lebih 50km. Ketika masa berbaki 2 minggu dan seminggu sebelum event, aku jadi tak menentu kerana terfikirkan event ni. Kategori 100km ni macam ‘takut untuk didekati tetapi sayang untuk dilepaskan’ hahahhahaha. Boleh faham kot nohhh. Sekian aku punya perenggan pengenalan haha.

SABTU (7 DISEMBER 2019)

Pagi tu aku bangun seperti biasa pada jam 5.30 pagi dan aku terus persiapkan diri aku sekali dengan Subuh. Selesai periksa semua keperluan yang wajib dibawa, maku aku terus gerak ke Taman Wetland Putrajaya dan tiba di tapak event dalam jam 6.30 pagi. Selepas parking kereta semua siap-siap, aku terus pergi join crowd dan orang pertama yang aku jumpa adalah abg GME kita. Ini first time aku bertegur dengan abg GME setelah bertahun-tahun (mampuuu) kami hanya bertegur di media sodial sahaja. Nampaknya abg GME pun seorang yang pemalu macam aku jugak. Kita memang ditakdirkan bersamalah abg haha. Selepas itu baru terserempak dengan Amir, dia tak sihat katanya tapi dia tekad nak join jugak event ni sebab sayang kannn, betullahhhh tu Amir, sama macam aku jugak, event ni sukar untuk dilepaskan begitu sahaja. Lepas tu kami ada sedikit taklimat keselamatan dan peraturan event selepas itu tepat jam 7.00 pagi kami dilepaskan untuk kategori 100km.

DARI KM0 KE KM10

Kami bermula (flag off) dari kawasan dalam Taman Wetland dengan melalui denai di bawah pencawang Wetland dan berpusing mengelilingi tasik. Sejak dari awal pelepasan aku berlari bergandingan dengan Amir sehingga ke KM7 aku biarkan Amir pergi dahulu. Aku perlukan masa untuk merakam momen di sepanjang laluan ini, aku takmau fokus pada larian sahaja, begitu. Sepanjang laluan denai ini adalah berpasir dan berbatu dengan di kiri dan kanan jalan adalah tasik / paya dengan hutan renek menghijau. Aku berlari diselang seli dengan berjalan sambil membalas komen di Facebook hahha. Bagi aku perjalanan ini masih panjang oleh itu kenapa aku perlu terburu-buru. Aku hanya perlukan masa untuk diri aku sendiri. Begitu. Di laluan ini juga ada simpang ke kanan untuk pelari kategori 15KM berpatah balik menuju ke finishing line. Akhirnya aku tiba di KM10 iaitu di Check Point (CP) 1 pada jam 8.30 pagi dan aku lihat Amir telah awal sampai dan aku memberi isyarat supaya dia gerak dahulu, aku takut dia menunggu aku, aku hanya minum air sirap kemudian buat rakaman sebelum aku teruskan perjalanan. Ketika sampai di CP1 ni, aku adalah pelari yang ke-39 dalam kategori aku (Men Open) yang sampai di sini.

DARI KM10 KE KM20

Dari jarak ini kami mula memasuki Taman Botani yang dipenuhi pokok-pokok besar dan redup dengan pemandangan tasik yang luas beralun ditampar angin pagi. Di Taman Botani ini terdapat macam-macam replika / landmark seperti Batu Bersurat Terengganu, KLIA, Astaka Morocco, Pahang dan lain-lain. Ketika aku sampai di KM15, dari jauh aku dengar suara seorang budak perempuan menunggang basikal menuruni bukit dalam taman tu, “woooooo wooooo woooooo woooooo” dia punya bunyi tu lebih kurang macam tu lahh haha. Dan tak sempat aku nak sedar apa yang sedang berlaku ni, tiba-tiba aku tengok budak perempuan tu dah tergolek dengan basikal dia tak jauh dari tempat aku berdiri. Time ni plak, memang aku ja yang ada paling hampir dengan dia ni. Aku boleh jaaa kalau nak jadi Kassim Selamat sekejap pi cari Chombi Chombi pastu aku terus belahhh dari situ tapi apo nok dikato, dah memang jiwa penyayang aku macam ni (kah kah kah), maka aku terus berlari dapatkan adik tu. Aku angkat dan alih basikal yang menghempap kaki dia. Alhamdulillahhh takde kecederaan serius cuma luka di siku kanan sahaja. Aku terus bukak beg galas aku dan aku tampal sekeping handy plast kat siku budak tu selepas aku lap darah tu dengan tangan aku hahah, time ni baru waris budak tu sampai. Iyelahhh budak2 kann, dapat basikal memang depa lajuu la tinggai mak pak kat belakang sebab excited kannn. Budak tu pun bagus tak menangis sangat cuma dok bunyi sakit sakit jaa macam tu. Bila waris datang dan tengok aku dah boh handy plast kat siku tu depa pon tanya la ada lebih tak, aku terus je bagi lagi 2-3 keping handy plast tu. Pastu aku kesian tgok budak tu, aku pun bagi la dia minum air sebotol (500ml) yang aku bawak dalam beg ni sedangkan air tu adalah mandatory items aku yang wajib bawa sampai finishing line (minimum air perlu dibawa adalah 1 liter). Jadi sekarang kat aku cuma ada lagi sebotol air 500ml sahaja hahahahah. Alhamdulillahhh tak kena disqualified (DQ) sebab tak cukup mandatory items. Fuhhhh. Aku plak nak mintak balik botol tu pun aku segan dah laaaa sebab depa dok pegang botol tu sedangkan aku dah nak kena gerak ni. Jadi aku pun halalkan je lahhh semoga murah rezeki ameenn hahaha. Pastu time aku nak gerak dah tu, mak budak tu nampak ada darah melekat kat handy plast di siku , pastu dia kata takpa dia bawak spray macam spray Dettol untuk hentikan darah keluar, pastu dia terus bukak handy plast yang aku tampal tu dan dia terus spray kat lengan anak dia. Budak tu pun ape lagiiii, menjeritlah dia (bukan KL Menjerit yaaa!) bergema di Taman Botani tu. Sambil aku mengatur langkah meneruskan perjalanan yang masih panjang, aku teringat kata-kata maklong aku “macam tu lahhhh tera nak besaqqqq” hahahhahaha. Aku tersenyum sambil berlalu pergi. Kemudian kami keluar dari kawasan Taman Botani (ada U turn di sini untuk pelari kategori 30KM) dan terus susur tepi jambatan dan lintas depan bangunan Puspanita Puri kemudian terus jumpa Lanai Community Complex dan terus ke depan sebelum belok kiri untuk ambil laluan (titi kayu) dan terus sepanjang pesisir tasik Putrajaya termasuk lalu di hadapan Kelab Tasik Putrajaya menuju ke KM20 iaitu CP2 di Ayer@8. Kawasan Ayer@8 ni macam kawasan santai-santai di tepi tasik dengan pemandangan luas di hadapan termasuk Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi). Aku tiba di CP2 pada jam 10.15 pagi dan seperti biasa aku berhenti di CP2 untuk minum Coke dan makan tembikai dan isi air kosong ke dalam satu-satunya botol 500ml yang aku masih ada hahhahahaha. Sebenarnya banyak makanan kat setiap check point cuma atas masing-masing lahh nak makan ke tak. Bukan setakat buah-buahan je, kek, manisan, nasi, meggi semua ada. Sapa yang boleh makan puas2 pastu teruskan perjalanan tu memang heavenlahhh untuk dia. Berbanding aku ni, aku kalau time letih macam ni memang makanan ape pun takleh nak masuk, kau tunggu nanti time aku tak letih, ikan paus pon aku ngappp hahahah. Di CP2 aku merupakan pelari yang ke-48 yang sampai bagi kategori Men Open. Ni mesti sebab berhenti lama kes adik tu jatuh basikal tadi hahhahaha. Alasannnnnnn.

DARI KM20 KE KM30

Dari Ayer@8 aku meneruskan perjalanan di sepanjang pesisir Tasik Putrajaya dan kalau ada yang perasan laluan menuju ke KM30 ni sebenarnya telah termasuk sedikit ke sempadan Cyberjaya. Kiranya sebahagian kecil tasik ini adalah termasuk dalam negeri Selangor dan bukan lagi Putrajaya. Best kannn dapat berlari merentas sempadan tanpa passport hahah. Time ni memang laluan adalah sepanjang pesisir tasik cuma sebahagian laluan adalah dalam Selangor (Cyberjaya Lakeside) dan kemudian masuk balik dalam sempadan Putrajaya. Di laluan ini juga ada dalam 1km laluan hutan pokok renek, kira bukan macam laluan taman la. Laluan ni di antara sempadan Cyberjaya dan Kompleks Sukan Air Presint 6 Putrajaya. Dari pesisir tasik terus keluar ke tepi jalan raya melalui Kompleks Sukan Air tadi, pastu lintas Pullman Hotel, pastu lintas Herriot Watt University, pastu terus ke depan dan belok kiri menghala ke lampu isyarat hadapan Putrajaya International Convention Centre (PICC) dan terus belok kiri menikmati pemandangan di atas Jambatan Seri Gemilang dan turun tangga jambatan di sebelah sana untuk sampai ke CP3. Aku tiba di CP3 pada jam 12 tengahari, dan time aku sampai tu takde pelari yang ada kat CP tu, hanya aku dan petugas CP sahaja. Dan time tu pulak para petugas baru sahaja menuang air Coke berbotol-botol ke dalam tumbler yang dipenuhi kiub ais. MasyaAllahhhh SubhanAllahhh, Tabarakallahhhh. Inilah syurga duniaaaaaaaa hahahahah. Aku melanggah air Coke tu bergelas-gelas dan sepuas yang aku mahu tanpa perlu berebut dengan sesiapa pun. MasyaAllahhhh sedapnyaaa tak terkata. Jam 12.00 tengahari kotttt time matahari terpacak kat atas kepala. Aku makan 3-4 potong tembikai sebelum isi air kosong dalam satu-satunya botol 500ml yang aku ada tu. Lepas tu aku teruskan perjalanan. Aku menjadi pelari ke-44 yang sampai di CP3 time ni bagi kategori Men Open.

DARI KM30 KE KM40

Kalau hampa perasan, CP3 tadi sebenarnya telah diletak dalam pulau yang berada di tengah-tengah Putrajaya. Antara jambatan yang menghubungkan pulau ini adalah Jambatan Seri Gemilang di hadapan PICC, Jambatan Putra yang berdekatan dengan Masjid Putra, Jambatan Seri Wawasan yang berdekatan dengan Ayer@8 tadi, Jambatan Seri Saujana, Jambatan Seri Setia dan lain-lain. Jadi dalam bahasa mudah nak faham adalah aku kena bergerak dari CP3 di sepanjang laluan tepi Tasik Putrajaya ni membuat satu pusingan lengkap sehingga aku jumpa balik Jambatan Seri Gemilang ni untuk sampai di CP4. Cuma bezanya CP3 adalah di lokasi aku datang menghadap Pejabat Perdana Menteri nun jauh di hujung jalan sana, sedangkan CP4 adalah di lokasi tangga sebelah sana iaitu apabila kita datang menghadap PICC. Begitu. Dari CP3 aku memulakan pengembaraan (pengembaraan k, bukan memain!) melintasi banyak tempat-tempat menarik seperti Anjung Floria (tempat aku join Hari Sukan Negara 21km dengan Mey), pastu lintas Jambatan Monorail Putrajaya, lintas JAKIM, Masjid Besi, lintas Millennium Monument yang terpacak macam roket tu, lalu bawah Jambatan Seri Wawasan, pastu terus sampai lalu bawah Jambatan Putra plak pastu terus menyusuri pesisir tasik dalam Taman Wawasan. Kedengaran laungan Azan Zohor dari Masjid Putra ketika aku nampak Jambatan Seri Bestari dari jauh. Tanpa membuang masa, aku terus berhenti di sebuah pondok rehat dalam taman tersebut. Aku mengambil wuduk dengan air kosong yang diisi dalam botol 500ml aku tu dan kemudian aku keluarkan kain pelikat dari beg galas untuk dijadikan hamparan dan terus aku solat. Tentang kiblat usah risau kerana aku ditemani Oppo F7 yang sentiasa menunjuk arah kiblat betul hahahahahha. Selesai solat aku bersiap semula dan aku sapu semula Vaseline pure petroleum jelly di keseluruhan kawasan kaki termasuk di celah-celah jari kaki untuk elak melecet. Selesai semua tu aku meneruskan perjalanan menyusuri bawah Jambatan Seri Bestari, kemudian terserempak dengan pelari pertama 100km yang telah dalam perjalanan balik iaitu sekitar 65km (giler awallll hahahah), kemudian aku melalui kawasan Presint 18 yang macam ada kompleks futsal dan sekolah ape ntah aku tak tahu haha. Kemudian aku terus lagi sampai lalu bawah Jambatan Seri Setia dan lalu kawasan Presint 4, lintas bawah Lebuh Wadi Ehsan sebelum terus menuju semula ke Jambatan Seri Gemilang melengkapkan satu pusingan 360 darjah untuk tiba di CP4 pada jam 2.20 petang. Time kat CP4 agak sedih sikit sebab air Coke dah habisss hahahah. Yang ada 100 plus, kopi, mineral water dan lagi satu air manis ape ntah. Makanan still berlambak macam nasi ape semua tapi still aku takde nafsu nak makan semua tu. Aku cuma nak air jaaaa. Macam Abam Baking selalu cakap “I need waterrrr, waterrrr, waterrrrr” haha. Maka time tu aku terus melanggah air 100 plus bergelas-gelas, abg yang jaga CP tu plak yang risau tgok aku. “rilek dik, rilekkkkkk” hahhaha. Seperti biasa, selesai makan tembikai dan topup air kosong dalam botol 500ml aku tu, maka aku teruskan perjalanan ke CP5. Kat sini aku menjadi pelari ke-44 yang sampai bagi kategori Men Open.

DARI KM40 KE KM50

Secara jujurnya, laluan dari KM40 nak ke KM50 ni lah yang paling mencabar bagi aku sebab laluan ini adalah bukan laluan dalam taman macam sebelum-sebelum ni tapi laluan ini adalah laluan sisi di tepi jalan raya iaitu Lebuh Wadi Ehsan yang memang takde ape-ape yang menarik ponn hahhaha. Yang ada hanyalah hutan-hutan di sebelah kanan dan jalan raya di sebelah kiri, dah macam lagu plak iyeee “madu di tangan kananmu, racun di tangan kirimu” haha. Sejujurnya juga laluan kosong ini cukup mencabar kerana bentuk muka bumi di laluan ini adalah membukit dan yang paling tinggi jika dibandingkan dengan laluan-laluan lain dalam event ni. Lebih kurang 2km laluan ini membukit yang membolehkan semua pelari menyumpah bermacam-macam sumpahan macam sumpahan Mahsuri. Kat laluan ni jugak aku bertemu semula dengan Amir, kesian dia memang nampak tak sihat sungguh dan dia ada bagitahu aku dia nak ‘do not finish’ (DNF) kat CP5. Aku akur dengan keputusan dia sebab kita yang join event ni kena dengar keperluan badan kita, bukan ikut orang. Kalau bolehhh, goooo. Kalau tak boleh, stopppp, nak buat macam mana kannnn. Maka kami berjalan laju bergandingan sehingga tiba di CP5 pada jam 4.20 petang. Bagi aku juga, laluan ini mencabar kerana CP5 adalah CP untuk relief bagi kebanyakan pelari. Kebanyakan pelari akan ‘drop bag’ masing-masing waktu ‘reporting’ jam 6.45 pagi tadi, dan beg yang bertulis nombor bib dan kategori masing-masing ni akan diangkut dengan kenderaan ke CP5. Dalam ‘drop bag’ ni selalunya ada keperluan khas yang pelari tu sendiri perlukan seperti pakaian salin, ubat, gel dan lain-lain yang difikirkan perlu. Kalau tanya aku, dalam ‘drop bag’ aku ada sepersalinan pakaian termasuk stokin, Vaseline, kain pelikat, power bank dan power gel. Dan semua benda ni aku transfer masuk dalam beg galas aku, dan semua benda dalam beg galas aku tu aku transfer masuk dalam ‘drop bag’ tu. Begitu. Tapi sepersalinan baru pakaian tu aku pakai la, ganti yang dah pakai daripada pagi tadi tu. Baru rasa fresh siketttt. Kemudian kedengaran Azan Asar dan aku terus berwudhu dan solat Asar di CP5. Selesai solat aku terus bersiap dan melanggah bergelas-gelas air Coke sejukkkkk sedapnyaaaa ya Allahhhhhhhhh. Kunyah tembikai 3-4 potong dan aku bersalam dengan Amir sebelum aku teruskan perjalanan solo aku kembali ke CP4 untuk melengkapkan KM60. (Rupa-rupanya bila dah selesai event baru aku tahu yang Amir berjaya jugak habiskan 100km dia sebab dia nak DNF tapi semua crew kat situ cakap boleh lagi slow2, masa panjang lagi, (COT sampai 8.00 pagi keesokan hari) Tahniah weiiii Amir).

DARI KM50 KE KM60

Time ni aku bersyukur sangat-sangat sebab aku rasa macam aku dapat semangat baru untuk teruskan cabaran ni. Mungkin sebab aku dah tukar baju. Mungkin sebab aku dah tukar tight. Mungkin sebab aku dah tukar stokin. Mungkin sebab aku dapat Coke sejukkkkk sedapnyaaa ya Allahhhhh. Mungkin sebab aku dah basahkan kepala aku time wudhu tadi. Mungkin. Pelbagai kemungkinan. Jadi perjalanan ke CP4 iaitu perjalanan U turn dari CP5 di KM50 untuk ke KM60 adalah laluan kosong yang aku baru lalu tadi dengan Amir sebab konsep event ni memang begitu. Agak mental jugaklah sebab kau akan lalu laluan yang dah kau lalu tadi tapi yang positifnya adalah kau tak perlu tengok peta 2-3 kali dahhh hahahahah. Time ni pun aku rasa macam refreshing dan kaki juga memberi kerjasama tanpa apa-apa sakit di otot dan sendi. Alhamdulillahhhhhh best tak terkira dahhhh. Walaupun aku cakap laluan ni kosong sebab di tepi jalan raya, tetapi laluan U turn aku ni tak menjadi sunyi sangat sebab aku terserempak dengan ramai pelari yang dalam perjalanan ke CP5, dari situ semangat aku naik balik taw sebab aku bagi semangat kat semua pelari yang aku jumpa dan secara automatic kita pon jadi semangat. Kena bagi semangat lahhh hampa tau tak, kan aku cakap laluan ke CP5 ni yang paling mencabar sebab laluan berbukit dan time ni kau dah hadap dah jarak full marathon tuuuu betul takkk? Dan yang paling memberi semangat kepada aku adalah sikap dan semangat waja kakak-kakak yang aku jumpa dalam perjalanan mereka ke CP5. Hampa nak tau tak, tengok muka depa memang nampak teruk sangat dah tapi hati depa kata terus terus terus, maka kaki depa pon melangkah dan terus melangkah. Mereka cukup letih, memang exhausted dah tapi mereka usaha juga untuk melemparkan senyuman bila aku tegur dan memberi kata-kata semangat. Sungguh saat ini adalah pengalaman aku yang sangat berharga dan tak boleh dijual beli di mana-mana. Memang betul. Yang menang, yang podium semua tu Tahniah untuk mereka. Tapi yang di belakang inilah, yang terus menerus berusaha untuk kejar COT inilah, yang dengan penat lelah dan susah payah cuba positifkan diri inilah, mereka inilah inspirasi sebenar kerana mereka tidak mudah mengalah dan terus berusaha mengejar matlamat. Inilah metafora kehidupan yang patut kita jadikan contah dan teladan. Sebak hatiku mengenangkan situasi itu tatkala aku tersedar aku telah hampir sampai ke Jambatan Seri Gemilang untuk menggenapkan KM60. Aku tiba di CP4 (KM60) pada jam 6.45 petang dan aku terus minum bergelas-gelas air kopi dan makan tembikai sebelum topup air kosong dalam botol 500ml aku.

DARI KM60 KE KM70

Kemudian dengan pantas tanpa sebarang iklan lagi aku teruskan perjalanan sekali lagi mengelilingi pulau besar ini untuk tiba di CP3 (KM70). Baru sahaja aku berjalan laju dalam 2KM, azan Maghrib telah berkumandang, maka aku terus ambil wudhu dengan air kosong dalam botol 500ml aku tu dan terus solat dengan hamparan kain pelikat aku di tepi tasik yang sungguh mendamaikan ini. Selesai solat, aku teruskan perjalanan. Aku tak tahu apa yang merasuki aku ni, eh dah macam lagu plak dahh hahahhaha. Sebab aku rasa mata aku cerahhhh. Semangat aku penuhhhh. Tenaga aku maksimum. Mungkin kopi tadi kottttt. Mungkin. Tak sempat nak tanya apa jenama kopi tu hhahahahahah. Adakah kopi Tongkat Ali hahahahhaha. Disebabkan rasa yang lain maciammmmm ni, maka aku telah mengatur langkah laju (bukan berlari) untuk sambut semangat dan rasa refreshing ni. Bagi aku baguslah kalau macam ni, rasa semangat di pertengahan event, jangan semangat time event nak mula sahaja betul takk? Kalau semangat time mula sahaja, maaaaaaa teeeee la jawabnyaaa hahahahha. Seingat aku dalam perjalanan menuju KM70 ni, aku potong ramai runners yang aku pun tak kenai sebab aku tengah fokus pada langkah dan jatuhan kaki aku jadi aku potong tak tengok orang dah hahha. Pakai main potonggg jaaaa. Walaupun laluan ini telah menjadi semakin gelap tetapi masih boleh bawak bincang lagi sebab kiri kanan semua masih ada lampu. Selesai mengharungi laluan di pulau besar ni, akhirnya aku tiba di CP3 (KM70) pada jam 8.50 malam. Sekejap sahaja aku berhenti di sini sebab aku cuma nak air Coke, tembikai dan topup air botol aku dan kemudian aku teruskan perjalanan. Aku memang tak suka berhenti kat CP lama-lama sebab bagi aku lagi lama berhenti lagi aku rasa malas, kira amcam momentum tu berkurang lahhh bagi aku. Itu bagi aku lahhh, bagi orang lain aku tak tahu. Masing-masing ada inisiatif dan perancangan masing-masing kan.

DARI KM70 KE KM80

Aku mula menyusuri Jambatan Seri Gemilang semula menghadap PICC dan terus sehingga lampu isyarat dan belok kanan dan terus melintasi Herriot Watt, Pullman dan Kompleks Sukan Air sebelum susur ke dalam kawasan hutan kecil sempadan antara Putrajaya dan Cyberjaya. Time ni memang gelap dan walaupun jarak hutan kecil ni cuma 1KM tapi rasa seram sudah mula timbul hahhahahaha. Aku hanya ditemani dengan head light dan doa-doa yang tidak putus-putus aku baca. Alhamdulillahhh aku berjaya melalui kawasan tu dengan jayanya tanpa apa-apa bunyi pelik hahhaha. Kemudian baru berjumpa semula trek taman tepi tasik dekat Cyberjaya Lakeside. Dekat sini laluan dah okey sikit sebab taman kan. Ada lampu taman sikit-sikit okey lahh. Perjalanan aku diteruskan untuk ke CP2 (KM80) di Ayer@8. Perjalanan ini memang jauh di sepanjang pesisir tasik dari Cyberjaya masuk semula ke dalam kawasan Putrajaya dan lalu semula bawah Jambatan Seri Saujana dan terus sehingga ke kawasan penuh happening di Ayer@8. Sampai di CP2(KM80) pada jam 10.40 malam, memang aku syok sangat dengan layanan dan hospitality para petugas di CP2, rasa sangat-sangat dihargai dan hilang semua letih sepanjang siang tadi. Siap menyanyi lagu Christina Perri lagi – Jar of Hearts hahahahah mampuuu. Pendek kata memang syok ahhhhh. Sapa laaa yang bertugas kat situ time tu kann, tak sempat nak tanya nama aduhhh. Sayang sungguh! Selepas ucap terima kasih kat semua petugas kat situ, aku teruskan perjalanan yang semakin mencabar sebab ada hutan hahahahhahahahahahaha.

DARI KM80 KE KM90

Dari Ayer@8 aku mengatur langkah kembali ke CP1 di Pencawang Taman Wetland (dengar pun dah bunyi macam Mimaland kat Gombak nuuuu hahahah). Laluan menyusuri tepi tasik, lalu bawah Jambatan Seri Wawasan, terus lagi sampai depan tasik kat Kelab Tasik Putrajaya, teruss lalu bawah Jambatan Seri Perdana, terus lagi sampai jumpa titi kayu di pesisir tasik lepas tu terus lagi sampai jumpa Lanai Complex pastu terus lagi baru ambik kiri keluar ke tepi jalan raya dan ambik kiri lagi terus lintas Puspanita Puri dan terus sampai jumpa lampu isyarat dan ambik kiri lalu tepi Jambatan Seri Perdana tadi dan terus sampai habis jambatan lepasd tu terus sampai jumpa tangga kecik (tempat U turn 30KM) untuk turun ke Taman Botani. Dari sinilah pengembaraan sebenar akan bermula hahahahahhahaha. Time ni aku baru potong sekumpulan runners dan aku anggap mereka akan berada tak jauh di belakang aku lahhh time nak menyusuri Taman Botani yang gelap gelita ni, rupa-rupanya depa lambat, mungkin depa berhenti rehat atau mungkin aku terlalu laju disebabkan oleh air Coke tadi. Gambaran Taman Botani di waktu malam ni adalah gua yang gelap gelita. Banyak pokok-pokok besar merimbun, pokok-pokok buluh dan tasik yang terbentang luas di hadapan. Tiada seorang manusia pon yang aku nampak di laluan ni. Memang gelap gelita. Hanya berpandukan cahaya dari lampu suluh aku sahaja. Laluan gelap sepanjang taman ini adalah sejauh 5KM tau takkkk! Dengan berbekalkan doa dan lampu suluh aku terus hadapa sahaja laluan ni seorang diri, malas aku nak tunggu sape-sape, bukan ape, lagi lama kita dok biar lagi letih kita weiii, baik kita cepat-cepat habiskan benda ni bagi aku laaa. Bunyi kocakan di air, bunyi angin yang menyeret daun-daun kering di trek, bunyi daun dan ranting yang saling bergeser, bunyi halus batang-batang buluh yang bergerak, semua itu merangkum rasa seram dan kerdil aku dalam laluan di taman itu. Ketika ini jam telah menunjukkan pukul 11.45 malam. Keadaan sunyi itu telah menimbulkan bermacam-macam bunyi yang ditangkap di telinga tapi aku hanya fokus pada laluan dan jatuhan kaki aku sahaja. Aku rasa semacam di setiap sudut aku diperhatikan tetapi apalah daya aku andai aku diperhatikan juga hahahhahahaha, takkan aku nak terjun ke dalam tasik kottt. Hampa ingat aku ni AP kaa hahahah? Memang betullahh kata orang-orang tua, dalam gelap ni semua benda nampak pelik kan. Batang pokok nampak macam orang berdiri. Nampak busut macam orang tengah membongkok. Daun dan ranting nampak macam ada yang tengah melambai-lambai hahhahahaha. Akhirnya berkat doa pendinding yang aku baca, aku berjaya lepasi cabaran mental (memang mental!) di Taman Botani ini tetapi jangan cepat sangat seronok tu sebab belum masuk Taman Wetland lagi hahhahahahahah. Aku tiba di CP terakhir iaitu CP1 Pencawang Wetland (KM90) pada jam 12.15 tengah malam. Ini bermakna aku hanya berbaki lagi 10km sahaja untuk tiba di garisan penamat, walau bagaimanapun, laluan 10km terakhir ini adalah laluan denai gelap yang berbatu dan berpasir, oleh itu sedikit sebanyak mengganggu pergerakan aku juga. Selesai minum dan habiskan tembikai di CP, aku teruskan cabaran terakhir yang sangat menyeronokkan hahahha. Kat sini aku dah jatuh ke ranking pelari ke-24 yang sampai kat CP ni. Nampak tak seram punya pasallllll hahahahah.

AHAD (8 DISEMBER 2019)

DARI KM90 KE KM100

Dari KM90 aku teruskan perjalanan ke garisan penamat dengan pelbagai perasaan macam dalam kata-kata Shakespeare “To Be Or Not To Be” hahahahahahha. Iyelahhhh dari Taman Botani tadi lagi dah hadap dahhh, ni takkan nak hadap lagi hahahhaha. Begitu fikirku. Tapi di hadapan aku denai yang gelap, di belakang aku juga denai yang gelap, hanya kelihatan dari jauh CP1 yang telah aku tinggalkan. Jadi aku ambil keputusan untuk hadap sahajalah. Jam 1.00 pagi aku lalui kawasan denai di Taman Wetland ini seorang diri dengan berbekalkan head light dan semua jenis doa yang aku ingat hahahahah. Laluan denai ini adalah berpasir dan berbatu bukan macam kat Botani tadi ada trek. Keadaan sekeliling gelap gelita. Kiri kanan pokok-pokok hutan. Ada kawasan paya. Ada kawasan parit yang airnya jelas mengalir kedengaran. Pandangan aku hanya dibantu oleh lampu suluh ini sahaja, andai lampu suluh ini mati, maka mati kutulah aku di sini. Setiap langkahku yang diatur akan mengeluarkan bunyi yang sama iaitu bunyi tapak kasut aku bergeser dengan pasir di jalanan. Dan acapkali itu juga bunyi tapak itu seperti ada bunyi yang kedua di belakang. Seram gilaaaaa hahahahahah. Tapi aku fokuskan diri aku dan aku hanya pandang laluan di hadapan sahaja. Ke kanan pun tidak, ke kiri pun tidak hahahhahaha. Walaupun sebenarnya mata aku melirik liar ke seluruh atmosfera di situ tetapi kepala aku masih kekal ke arah hadapan dan tidak bergerak hahahahahah. Kemudian bunyi menapak kedengaran lagi dan aku beranikan diri untuk berpaling ke belakang kerana aku fikir mungkin ada pelari yang sedang berlari di belakang aku. Kosong. Gelap. Tiada sesiapa di belakang. Aku teruskan perjalanan dengan semua doa yang ada. Time ni tak sempat nak tengok Facebook dahh hahahahahahahah. Perjalanan di KM terakhir ini menjadi panjang kerana laluan denai yang tidak rata menyebabkan aku harus berhati-hati mengatur langkah untuk mengelakkan kaki sakit. Berbeza keadaan di Taman Botani yang berangin, kawasan denai di Taman Wetland ini senyap dan tenang tanpa apa-apa bunyi, hanya bunyi derapan kaki aku sahaja yang sekali sekala diirngi bunyi derapan di belakang hahahahahha. Kemudian terdengar bunyi seperti suara orang bercakap dari arah belakang dan aku berpaling untuk melihat tetapi masih juga kosong. Aku hanya positifkan diri. Aku rasa suara-suara bercakap yang aku dengar itu mungkin suara-suara runners yang ada jauhhh di hadapan dan jauhhh dibelakang aku, cuma suara mereka bergema. Itu sahaja hahahaha. Bunyi tapak kaki pula mungkin adalah mainan perasaan aku sahaja, maklumlah dah letihhhh kannn hahahah. Hebat tak minda positif kau. Akhirnya selepas pelbagai drama tak dijangka itu, Alhamdulillah aku berjaya tiba di garisan penamat sekitar jam 2.00 pagi dengan catatan masa 19 jam 11 minit 23 saat. Aku menjadi pelari ke-22 kategori Men Open yang sampai ke garisan penamat. Alhamdulillah.

PENUTUP

Di kesempatan ini aku nak ucapkan terima kasih kepada semua yang pernah, secara langsung dan tidak langsung menyumbang kepada gaya hidup aktif aku. Kepada isteri, keluarga, dan semua kawan-kawan. Tidak lupa juga kepada geng-geng Utara Runnaz yang selalu buat LSD dan melalui LSD itulah aku belajar banyak benda. Nanti nak join LSD lagi tawww. Tak lupa jugak kepada geng-geng SP Runners yang juga selalu buat LSD / training di kawasan SP. Terima kasih banyak-banyak. Aku sendiri pun tak sangka aku mampu habiskan Putrajaya Ultra 100km ini kerana mengikut rekod aku tidak pernah sertai mana-mana acara rasmi lebih dari jarak full marathon aku aitu 42.195km. Hanya 1 LSD dengan jarak 50km bersama geng-geng Utara Runnaz pada Mac 2019. Tetapi satu benda yang aku perasan adalah aku sentiasa amalkan gaya hidup aktif. Mungkin itu tips penting kepada siapa-siapa yang teringin nak rasa marathon / ultra.

Terima kasih kerana sudi membaca tulisan aku ini yang mencecah hampir 5000 patah perkataan hahahha.

Jumpa lagi.

FADEL NOOR BIN DIN
9 DISEMBER 2019
SEPANG SELANGOR

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESEPI KUIH Putu Beras

PAKORA BAWANG

dengarlah adikku sayang