potassium seimbang
Ternampak pulak orang share kekecohan cerita "susu pisang" jenama Nilofa yang dikatakan baik untuk kesihatan itu.
Saya tak nak komen hal overclaim sebab itu bukan penting untuk posting ini.
Cuma saya terpanggil nak kongsi dengan anda, tentang kandungan potassium dalam pisang sebenarnya bagus untuk kawal gula dalam darah dan elak risiko diabetes meningkat.
Dalam satu kajian di University John Hopkins mengaitkan paras potassium yang terlalu rendah boleh tingkatkan risiko diabetes.
Potassium ni sejenis electrolytes, jadi pesakit diabetes memang sangat mudah kehilangan electrolytes, terutamanya ketika gula dalam darah naik terlalu tinggi. (hyperglycemia).
Tapi PENTING kena ingat, makan pisang tu tak boleh pun sembuhkan diabetes lah, semata- mata nak kan potassium tu.
Untuk pastikan kandungan potassium seimbang, kita kena ambil diet daripada sumber potassium yang pelbagai.
Dan paling penting tak boleh biarkan gula dalam darah kerap naik tinggi sebab masa ni lah kita akan kehilangan potassium.
Jadi kena bijak lah, dalam pengambilan diet harian ya.
Jom kita tengok sumber potassium daripada makanan yang boleh kita makan - SELAIN MAKAN PISANG LER...
Share jika bermanfaat 💞
Ulasan