overnight oatmeal

1. 5-6 sudu besar rolled oats (oats ini lebih berkhasiat dan tidak terlalu lembik bila dibiarkan semalaman).
2. 1 cawan susu segar (saya gunakan susu Farm Fresh kerana tiada bahan pengawet, susu segar dari ladang).
3. 1-2 sudu besar yogurt asli (jenama Farm Fresh, natural tiada bahan pengawet atau perasa tambahan. Boleh juga guna natural greek yogurt tapi oats akan jadi lebih pekat).
4. 1/2 sudu besar Chia seeds (nak kurus, ni makanan yang sangat sesuai jadi amalan. Terlalu banyak kebaikan antaranya kandungan Omega-3 8 kali lebih daripada ikan salmon, mengawal gula di dalam darah, buat kita rasa kenyang, penambah kesuburan dan bermacam-macam lagi).
5. 1-2 sudu besar madu (pemanis semulajadi. Madu bagus untuk kekalkan tenaga).
Campur semua dalam 1 bekas (saya guna bekas kaca kerana proses penyejukan akan lebih sekata). Biarkan semalaman di dalam peti sejuk. Tambahkan buah-buahan, kekacang, kismis mengikut selera masing-masing.
Sangat sesuai untuk mereka yang berdiet dan nak kurangkan tahap kolesterol dalam badan.
Selamat mencuba!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESEPI KUIH Putu Beras

RESEPI PUDING ROTI KARAMEL

PAKORA BAWANG