Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2025

RESEPI PUDING ROTI KARAMEL

Imej
  Bahan-bahan: 5 biji  telur  gred A 1 cawan  susu pekat  (tak kisah jenama apa) 1 cawan  air 3 keping roti (tak kisah jenama apa asalkan roti keping) Sedikit esen vanilla Sedikit garam 4 sudu  gula Sedikit pewarna kuning Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, kisar telur, susu pekat, air, roti, esen vanilla, garam dan pewarna kuning sampai gebu. 2. Bagi menyediakan karamelnya pula, guna 4 sudu gula dicairkan dalam loyang. 3. Selepas itu, biarkan karamel itu mengeras dalam loyang terlebih dahulu. 4. Kemudian, baru boleh tuang adunan yang dikisar tadi ke dalam loyang yang berisi karamel. 5. Akhir sekali,  kukus  selama 45 minit. Siap untuk dinikmati !

Resepi Lemang Tepung

Imej
  Bahan-bahan: 3 cawan gula merah 3 cawan air 6-9 sudu gula pasir 4 helai daun pandan 2 sudu kecil garam 6 cawan santan kelapa 6 cawan tepung gandum Cara membuat: Masukkan air ke dalam kuali atau periuk. Kemudian, masukkan gula merah dan gula pasir. Kacau sehingga gula larut. Masukkan daun pandan, carik sedikit dan simpulkannya. Kacau lagi sehingga mendidih. Setelah mendidih, keluarkan daun pandan. Dalam bekas berisi tepung gandum, masukkan garam, santan dan tuang gula yang dididih tadi. Kacau sebati supaya tidak berketul. Jika adunan masih berketul, boleh gunakan blender atau mixer supaya adunan elok tidak berketul. Masukkan adunan ke dalam buluh yang dilapik daun pisang. Jangan masuk sehingga penuh kerana adunan akan terkeluar ketika dibakar. Bakar sehingga masak. Kawal api dan pusing-pusingkan buluh supaya masak sekata. Lemang tepung gula merah siap!