Catatan

Baju seragam posmen

Imej
FDC baju seragam posmen....dulu masa sekolah, cita-cita mesti terselit posmen salah satunya bila cikgu mintak tiga cita-cita nak kerja apa bila besar nanti... Hadis untuk dikongsi... " Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar r.a, berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Islam itu didirikan atas lima ( pekara ) - Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, naik haji ke Baitullah dan puasa sebulan Ramadhan. "

Jubli perak

Imej
DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullah. Sampul surat hari pertama sempena Jubli perak Tuanku sultan perak . Lagu negeri Perak, Dilanjutkan Allah Usianya Sultan Adil dan Murah Memerintah Watan Ditaati Rakyat Kiri dan Kanan Iman Yang Soleh Allah Kurniakan Allah Berkati Perak Ridzuan Allah Selamatkan Negeri dan Sultan  

FDC

Imej
FDC dari Australia FDC dari Kanada Muaz hilang kejap dan timbul semula....ok lah, macam biasa n3 pendek2 je...

hud...hud

Imej
FDC burung pemangsa FDC burung tanah tinggi Pada satu ketika, Nabi Sulaiman A.S mengumpulkan seluruh pengikut-pengikutnya dan memeriksa mereka baik dari kalangan manusia, jin dan haiwan. Sesudah diteliti, ternyata burung Hud-Hud didapati tidak hadir sehingga menyebabkan Nabi Sulaiman A.S murka kepada Hud-Hud dan bertekad akan menyembelihnya sebagai hukuman. Tidak lama kemudian, Hud-Hud datang menghadap Nabi Sulaiman dengan penuh pengaduan, menjelaskan sebab-musabab keterlewatannya di dalam majlis perhimpunan yang diwajibkan oleh Baginda Sulaiman. Hud-Hud menjelaskan kepada Baginda bahawa ia terserempak dengan seorang wanita bernama Balqis, seorang ratu kerajaan Saba' yang memiliki singgahsana yang besar, tetapi malangnya ratu tersebut tidak beriman dan tunduk kepada Allah Taala.

Telur

Imej
Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?" Penjual: "Telur ayam atau telur itik?" Pembeli: "Telur ayam." Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?" Pembeli: "Ayam biasa."   Penjual: "Yang tempatan atau yang import?" Pembeli: "Yang tempatan." Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin? Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal). Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?" Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?" Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang. Copy dari facebook Musim buah manggis datang lagi...yang ni masih muda lagi, getahnya kalau kena baju kompom tak hilang Asam gelugor....untuk dibuat asam keping  

Buat sendiri..

Imej
Ganti kotak fius, dan buat wiring kat rumah sendiri...lama tak buat, jadi kena bukak buku lama masa sekolah vokasional... Terbalik pulak gambar ni ! Alhamdulillah siap dan pendawaian tambahan berfungsi dengan baik . mula ingat nak upa h orang pasang je, kira-ki ra balik macam mahal je..... pastu ulangkaji buku-buku masa sekolah dan tanya kawan lama..cuba buat sendiri. tapi pasanan dari muaz jangan cuba buat sendi ri kalau tak der kemahiran, elektrik amat merbahaya kepada anda...

sampul surat hari pertama, panda merah

Imej
FDC panda merah   Jom Kita Puasa...... Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah : "Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah" (Riwayat Muslim). Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.  FDC Shenyang Imperial Palace....istana ini di bina pada tahun 1625 masihi.