Jumaat, 27 Mac 2009

kek mudah(utk org baru nak belajar buat kek)

Bahan 2 :

  1. 150 grm tepung naik sendiri (tepung gandum biasa pun boleh)
  2. 150 grm merjerin
  3. 150 grm gula kastor (gula biasa boleh jugak)
  4. 1 cmt baking soda (kalau guna tepung gandum biasa,tepung naik sendiri tak yah letak)
  5. 2 biji telur
  6. 1 cmt perasa vanila (apa2 perasa pun boleh,pisang ke,oren ke...)

cara membuat :

  1. Pukul gula dan merjerin sehingga gebu
  2. Masukkan telur ke dalam gula dan merjerin tadi, pukul telur sehingga kembang
  3. Setelah telur kembang (naik) masukkan tepung (sebaik-baiknya tepung diayak,utk menambahkan udara dalam tepung)
  4. Jika Mengunakan Tepung gandum biasa masukkan baking soda
  5. Masukan perasa vanila dan kacau hingga rata, laser loyang dgn merjerin pastu tuang bahan tadi ke dalam loyang pembakar
  6. Panaskan dulu oven lebih kurang 150 celsius kemudian boleh kek dibakar selama 1/2 jam
  7. Cucuk kek dgn lidi, jika lidi basah atau melekit tandanya kek itu belum masak lagi
  8. Setelah kek masak terbalikkan loyang pembakar dan potong kek utk di hidangkan

selamat mencuba

Tiada ulasan: