Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2009

Kentang

> Seorang Guru taman kanak-kanak > telah mengadakan satu "permainan". > > Si Guru telah menyuruh tiap-tiap anak muridnya > membawa satu kantong plastik transparen > bersama dengan beberapa buah kentang. > > Kentang-kentang tersebut akan di beri nama > berdasarkan nama orang-orang yang dibenci, > jumlah kentangnya tidak ditentukan berapa... > bergantung jumlah orang-orang yang dibenci. > > Pada hari yang tersebut, > masing-masing murid membawa kentang > dalam kantong plastik. > Ada yang berjumlah 2, > ada yang 3 bahkan ada yang 5. > > Sepertimana perintah si guru mereka, > tiap-tiap kentang di beri nama > dengan nama-nama orang yang dibenci. > > Seterusnya murid-murid dikehendaki > membawa kantong plastik berisi kentang tersebut > kemana saja mereka pergi, > bahkan ke toilet sekalipun, selama 1 minggu. > > Hari berganti hari, > kentang-kentang pun mulai membusuk, > murid-murid mulai menge...

untuk renungan

Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR... 1. untuk suami/isteri yang tidur berdengkur diwaktu malam, kerana beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain. 2. untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran. 3. untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan. 4. untuk pakaian kita yang dah tak muat, kerana itu bermakna kita cukup makan. 5. untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap, dan rumah yang perlu dikemas, kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal. 6. untuk bunyi bising jiran-jiran, kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar. 7. untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai. 8. untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat. 9...

untuk renungan

Imej
Assalamualaikum wr wb,.. & Salam Sejahtera, Santapan minda untuk petang ini menghidangkan satu lagi kisah yang boleh dijadikan renungan kita bersama. Kisah secawan kopi yang sarat dengan seribu satu makna. Nurkilan ini telah dikongsikan bersama oleh seorang sahabat. Kisah bermula di mana sekumpulan alumni yang mempunyai kedudukan dan tahap yang tinggi di dalam kerjaya masing-masing telah membuat perjumpaan di rumah professor yang mengajar mereka di Universiti dahulu. Mereka berbual-bual dalam pelbagai topik dan perbualan itu bertukar kepada rasa “stress” atau tekanan yang mereka hadapi di tempat kerja ataupun kehidupan mereka. Professor mereka masuk ke dapur dan kembali semula dengan sebuah teko besar berisi kopi bersama bermacam-macam jenis cawan dan gelas. Ada yang diperbuat daripada “porcelain”, plastik, kaca dan kristal. Ada yang kelihatan biasa dan ada yang kelihatan mahal. Professor itu menyuruh mereka menuang sendiri kopi tersebut. Setelah semua anak muridnya mengamb...

telur lipas

Imej
satu telur lipas menghasilkan berapa ekor lipas?cuba kira... jadi kalau jumpa jng lupa utk memusnahkannya

untuk renungan

Untuk renungan bersama ......Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak. Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga.Berb...