Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2010

akhlak bunga diri

Imej
mari sama-sama hayati nasyid ni....

inovasi dan kreatif

Imej

dengarlah adikku sayang

Imej
dengar-dengarlah wahai adik ku, kata nasihat dari ku, jangan kau malas menuntut ilmu demi masa depan mu, kasih pada ibu, sayang pada ayah, hormat pada guru, kasih pada semua, khidmat pada ibu, sayang pada ayah, hormat pada guru, kasih pada semua, cinta pada ALLAH taati rasul Nya, ikuti perintah jauhi larangan Nya, bekalkanlah diri mu dengan amal dan taqwa, agar kau bahagia di akhirat sana. lirik : Nadamurni

kahwin

Imej
Sabda Rasulullah yang bermaksud : ''janganlah kamu mengahwini perempuan kerana ingin melihat kecantikannya, mungkin kecantikannya itu akan membawa kerosakan terhadap mereka sendiri dan janganlah kamu mengahwini mereka kerana mengharap harta kekayaan mereka, mungkin hartanya itu akan menyebabkan mereka sombong, tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama dan sesungguhnya hamba perempuan yang hitam lebih baik asalkan ia beragama'' (H.R Baihaqi)

Tanda-tanda orang munafik

Imej
1. Hati berpenyakit, Firman Allah swt yang bermaksud: Dalam hati mereka ada penyakit lalu ditambah oleh Allah penyakit itu.Mereka akan mendapat seksa yang pedih kerana berdusta. (Al-Baqarah:10) 2. Melakukan kerosakan di bumi, Firman Allah swt yang bermaksud: Apabila dikatakan kepada mereka: ''janganlah kamu melakukan kebinasaan di muka bumi ini, jawapnya: sesungguhnya kami melakukan kebaikan. ketahuilah sesungguhnya mereka itu benar-benar melakukan kebinasaan tetapi mereka itu tidak sedar. (Al-Baqarah:11-12) 3. Menuduh orang-orang beriman bodoh, Firman Allah swt yang bermaksud: Apabila dikatakan kepada mereka: ''Berimanlah kamu sebagaimana manusia yang telah beriman'' mereka berkata: ''Masakan kami beriman sebagaimana orang-orang bodoh beriman''. (Al-Baqarah;13) 4. Keras kepala dan megah melakukan dosa, Maksud hadis: Tanda-tanda orang munafik ada tiga perkara; apabila berbicara berdusta, apabila berjanji menyalahi janji dan apabila bertengkar be...

untuk renungan...

Imej
"Allah Maha lembut tadbir-Nya kepada hamba-hamba-Nya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Dialah yang Maha kuat lagi Maha kuasa." (surah al-syura : 19)

Syukur...

Imej
Suatu hari,seorang yang miskin datang menghadap Nabi Musa AS. Dia begitu miskin di mana, pakaiannya compang-camping dan sangat lusuh berdebu. Si Miskin itu kemudian berkata kepada Baginda Musa AS, "Ya Nabiullah, Kalamullah, tolong sampaikan kepada Allah SWT permohonanku ini agar Allah SWT menjadikan aku orang yang kaya.” Nabi Musa AS tersenyum dan berkata kepada orang itu, "Saudaraku, banyak-banyaklah kamu bersyukur kepada Allah SWT. Si miskin itu agak terkejut dan kesal, lalu ia berkata, “Bagaimana aku mahu banyak bersyukur, aku makan pun jarang, dan pakaian yang aku gunakan pun hanya satu lembar ini saja!'' Akhirnya Si Miskin itu pulang tanpa mendapatkan apa yang diinginkannya. Beberapa waktu kemudian seorang yang kaya datang menghadap Nabi Musa AS. Orang tersebut bersih badannya, juga rapi pakaiannya. Ia berkata kepada Nabi Musa AS, "Wahai Nabiullah, tolong sampaikan kepada Allah SWT permohonanku ini agar dijadikannya aku ini seorang yang miskin, terk...

Cili benggala (capsicum)

Imej
Akhirnya pokok capsicum muaz berbuah,cuma sebijik je.....Alhamdulilah rezeki dari Allah.Mungkin tak cukup baja....

Doa solat Dhuha

Imej
“Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu. Ya Allah jika rezekiku masih diatas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu, limpahkanlah kepada hamba-hamba Mu yang saleh .” rajin-rajin solat sunat dhuha, moga Allah murahkan rezki kita...

manggis

Imej
panduan untuk mengupas manggis.saya dapat email dari sorang kawan,menarik pulak...lalu letak kat blog muaz

solat jemaah...kat china

Imej
solat hari raya kat china...

jujur

Imej
"kejujuran adalah sebuah kekuatan kejujuran menjadikan kita kuat, kerana ia berpihak pada kebenaran. orang yang jujur tidak akan tertipu dan tidak akan berasa bimbang."