Ahad, 2 Januari 2011

Telitinya Nabi


Pada suatu malam Nabi s.a.w tidak dapat melelapkan matanya.Nabi memusing badannya kekiri dan kanan, namun mengantuk tidak juga. Isterinya bertanya,"Mengapa tidak boleh tidur ya Rasulullah?"
Nabi s.a.w, "Ada sebiji tamar, terletak disuatu tempat tadi. Kerana takut ianya terbuang, aku telah memakannya.Sekarang aku menyesal kerana buah itu mungkin dihantar kemari untuk disedekahkan kepada orang-orang miskin."
Buah tamar yang Nabi s.a.w makan mungkin kepunyaan beliau sendiri. Tetapi oleh kerana para dermawan biasanya menghantar sedekah mereka ke rumah Nabi s.a.w untuk dibahagi-bahagikan oleh Nabi s.a.w sendiri, perbuatan memakan buah tamar itu telah menimbulkan keraguan dalam hatiNya. Demikianlah ketelitian Nabi s.a.w mengenai sesuatu yang dilakukanNya. Bagaimana pula dengan keadaan kita sekarang?. Ada di antara kita memakan benda haram tanpa kesangsian dan ketakutan. Wallahualam.

Rujukan: Himpunan kitab-kitab Fazaile-Amal

6 ulasan:

TkLyna berkata...

salam.. sungguh tinggi keperibadian Rasulullah..takut kiranya makan harta orang lain..kalaulah ada pemimpin macam Rasulullah pada zaman sekarang........

nadia rosle berkata...

good tazkirah :)

muazlumut berkata...

terima kasih nadia rosle,TKLyna kalau ada pemimpin punyai watak macam nabi....aman dunia,org islam bersatu hati

Yuni Aisyah berkata...

skrg nie halal n haram org dah x peduli..kadang yg haram tu yg dorang cari..ish2..pe la nak jd ngn umat manusia skrg..sob2..

Abu Luqman berkata...

salam ..pernah Nabi Muhammad mengeluarkan buah tamar yang dimakan oleh cucunya...yang mana buah tamar itu adalah dari sedekah orang ramai..

muazlumut berkata...

ya...betul tu abu luqman