Telitinya Nabi
Pada suatu malam Nabi s.a.w tidak dapat melelapkan matanya.Nabi memusing badannya kekiri dan kanan, namun mengantuk tidak juga. Isterinya bertanya,"Mengapa tidak boleh tidur ya Rasulullah?"
Nabi s.a.w, "Ada sebiji tamar, terletak disuatu tempat tadi. Kerana takut ianya terbuang, aku telah memakannya.Sekarang aku menyesal kerana buah itu mungkin dihantar kemari untuk disedekahkan kepada orang-orang miskin."
Buah tamar yang Nabi s.a.w makan mungkin kepunyaan beliau sendiri. Tetapi oleh kerana para dermawan biasanya menghantar sedekah mereka ke rumah Nabi s.a.w untuk dibahagi-bahagikan oleh Nabi s.a.w sendiri, perbuatan memakan buah tamar itu telah menimbulkan keraguan dalam hatiNya. Demikianlah ketelitian Nabi s.a.w mengenai sesuatu yang dilakukanNya. Bagaimana pula dengan keadaan kita sekarang?. Ada di antara kita memakan benda haram tanpa kesangsian dan ketakutan. Wallahualam.
Rujukan: Himpunan kitab-kitab Fazaile-Amal
Ulasan