Ahad, 2 Januari 2011

Tingginya sifat pemaaf...

Pada suatu hari, Zainal Abidin bin Husain cicit Nabi Muhammad s.a.w bersama pengikutnya sedang berjalan menuju ke masjid. Tiba-tiba seorang lelaki datang menghampiri mereka dan mencerca Zainal Abidin. Pengikut-pengikut Zainal Abidin merasa marah dan hendak memukul lelaki itu tetapi ditahan oleh Zainal Abidin.


Zainal Abidin berkata kepada lelaki itu, "Saudara, saya ini lebih banyak buruknya daripada apa yang saudara cerca. Apa yang saudara tidak tahu  mengenai diri saya lebih banyak daripada saudara tahu. Kalau saudara handak tahu apa yang saudara belum tahu, saya boleh sebutkan," kata Zainal Abidin merendah diri.


Mendengar kata-kata Zainal Abidin itu, lelaki itu tunduk malu. Kemudian Zainal Abidin mengeluarkan duit dari sakunya dan memberikan kepada lelaki itu seribu dirham. Lelaki itu mengambil duit itu dan memuji sifat pemaaf Zainal Abidin. "Saya mengakui pemuda ini cicit Nabi Muhammad s.a.w," kata lelaki itu sambil beredar.

4 ulasan:

mamawana berkata...

Assalam

Bagus sharing info ini. Pemurahnyer cicit Rasul s.a.w. Zmn ini kalu dikeji dihina, mwana diam jer..bo layan. Allah swt Maha Mengetahui.


Nak minta tolong vote mwana utk contest feel free to fly, orait?

Mamawana Top 50 dear......list ke 041 Vote for me please...tq. Syukran. Yang vote mama, doa mamawana semoga kalian sihat dan dimurahkan rezeki yang melimpah ruah. Aminnnnn.

http://falihinjasmy.blogspot.com/2011/01/feel-free-to-fly-contest-poll-undian.html

muazlumut berkata...

Insyaallah...terima kasih mamawana

Muhamad Aizie berkata...

mula-mula, tertanya jugak siapa zainal abidin nie. hehe . al maklumlah , cetek ilmu . terima kasih kerana maklumat nie.
wah , blog berwajah baru laa . cantik . hehe

muazlumut berkata...

tarima kasih aizie...kongsi ilmu sama2 rakan semua