Malu


Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a:” Suatu ketika Rasulullah SAW terserempak dengan seorang Ansar (lelaki) yang sedang menegur saudara lelakinya kerana ia sangat pemalu. Ketika itu juga rasulullah SAW bersabda:” Biarlah dia kerana malu adalah sebahagian daripada iman.”  (al-Bukhari)  

Dari sudut syarak malu adalah menahan diri dari melakukan sesuatu yang mengakibatkan sesuatu yang negatif bukan malu tersipu-sipu yang tidak kena pada tempatnya. Sifat malu tersipu-sipu dan merendah diri ini adalah al-jahalu. Contoh malu tersipu-sipu hingga takut menjawab soalan guru di kelas adalah contoh al-jahalu. Sikap ini disebabkan kurangnya keyakinan diri dan lemah peribadi. Tetapi al-haya’ (malu) adalah disebabkan sifat percaya diri dan kuat keperibadian lantaran kuatnya iman dalam menolak segala sesuatu yang negatif. Maka sifat maka itu sendiri adalah sebahagian daripada iman dan terpuji. Sifat malu menjadikan seseorang jauh daripada perbuatan hina dan maksiat sebaliknya meletakkan dirinya dalam keadaan kesempurnaan kerana selalu melakukan hal-hal yang positif. Dia akan berkata bahawa: “ Sesungguhnya aku adalah lebih tinggi daripada perbuatan terkutuk itu dan aku lebih mulia daripada perbuatan tercela itu.”. Dengan perkataan lain seseorang yang tidak mempunyai sifat malu, dia bukanlah hidup sebenarnya, tetapi sudah mati atau hampir mati imannya. Sumber: web JAKIM

Ulasan

KELI OH KELI berkata…
ya...sebab tu kadang2 org yang buat maksiat..senang hati cerita kemaksiatan yg dia buat(bangga)...dah ditarik hijab...tiada lagi rasa malu...
muazlumut berkata…
dunia akhir zaman, manusia bangga dengan dosa...
orang lebih ambil berat istilah malu dalam kamus dewan bahasa dari istilah malu dalam syarak.. sebab tu banyak sangat perkara yang tak sepatutnya berlaku, berlaku secara berleluasa..
muazlumut berkata…
manusia yng paling tinggi sifat malunya,nabi Muhammad s.a.w
terima kasih kelo oh keli dan wahida
NurWahidah Abdullah berkata…
org skrg ramai yg x malu...
c.i. berkata…
camane org sekarang xrasa malu..tiap2 hari diprovoke dlm media dgn benda2 yg xelok..diari AF tu..campur lelaki pompuan dh mcm apa..bdk2 yg tgk tu terpengaruh la..
muazlumut berkata…
terima kasih,najiha dan c.i
skrang ramai yng tak dapat bezakan yng mana patut dia rasa malu...

Catatan popular daripada blog ini

RESEPI KUIH Putu Beras

PAKORA BAWANG

Cik Atau Puan