Itik

Pada suatu masa dahulu ada dua ekor itik dan seekor kura-kura yang berkawan baik, tinggal di sebuah tasik yang sedang dilanda kemarau. tasik itu dahulunya sangat cantik dan didiami berbagai jenis binatang, unggas. binatang-binatang yang tinggal di situ telah lama meninggalkan tempat itu kerana kawasan tasik itu semakin hari semakin sukar untuk mendapatkan makanan dan minuman. Keadaan kemarau semakin teruk, dua ekor itik itu juga mahu berpindah ke kawasan lain. kura-kura berasa risau kerana kawan baiknya ingin meninggalkan tasik itu. dengan keadaannya yang bergerak lambat serta tidak boleh terbang, mustahil untuk dirinya mengikuti mereka. Kura-kura bertanya kepada kawan-kawannya "Kamu hendak berpindah ?, aku pasti akan mati kekeringan di sini. aku tidak mampu terbang mengikutimu mencari tempat yang lebih baik. " "Hmmm.. betul juga kata kamu Kura-Kura.jika kamu mahu, kami boleh membantu kamu untuk sama-sama berpindah," "Bagaimana?" balas kura-kura ke...