Ahad, 3 Julai 2011

Tembikai


Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhi r.h telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: "Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?."

Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut. Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: "Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya."

Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan diapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

6 ulasan:

kiwi berkata...

peringatan yang baik untuk kita yang sering lalai :)

muazlumut berkata...

terima kasih kiwi,
n3 ni untuk ingat kan diri muaz dan rakan2

zures berkata...

bulan puasa mesti best makan tembikai...

muaz lumut berkata...

bulan puasa...tembikai laris dijual,tapi saya tak boleh makan banyak,boleh demam

tehafatihah berkata...

follow awak :)

Zull berkata...

Salam.
Saya suka:
جڠك ڤينديق تاون دنيا، جڠك ڤنجڠ تاون اخيرة