Khamis, 5 Julai 2012

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan


Ahlan wa sahlan, marhaban
Ahlan wa sahlan, ya Ramadhan
Ahlan wa sahlan, marhaban
Ahlan wa sahlan, ya Ramadhan

Ramadhan menjelma lagi
Menghimpun Rahmat dan Maghfirah
Bertambah keberkatannya
dengan amal ibadah
Diri tunduk keinsafan
dan rasa berdosa

Bulan kemuliaan yang dikurniakan ini
Usah biarkan berkatnya
berlalu sia-sia saja
Ia hadir bagai air bah
membasuhi daki dunia

Sambutlah Ramadhan dengan jiwa terbuka
seperti ketibaan orang yang kita cinta
Dengan ucapan
Ahlan Wa Sahlan Marhaban Ya Ramadhan
Hati gembira pintu terbuka
Rahmat Allah Yang maha Besar

Kita beroleh mutiara hikmah Al-Quran
Lantas dibelenggu nafsu dan syaitan
Didatangkan pula Lailatul Qadar
Pengorbanan yang dibuat balasannya syurga
(Rabbani)

Bulan ramadhan semakin hampir,tak sabar rasanya nak berpuasa,solat terawih...tapi yang selalunya bulan puasa ni jadi pesta makanan pulak, macam-macam makanan yang selalunya susah nak jumpa,boleh dapat masa bulan puasa.Rezeki untuk orang berniaga juga tu.Apapun bulan ramadhan yang hampir tiba ni mari kita berazam untuk tingkatkan amal ibadat,baca Quran dan terus beramal....

Tiada ulasan: