Rabu, 19 April 2017

“Apa tahap malas tuan hamba?”

Pada masa dahulu, ada sebuah negeri di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak dan teringin mencari seorang yang malas. Maka berangkatlah raja itu ke sebuah negeri yang mana rakyat-rakyatnya terkenal dengan kemalasan.Raja perintahkan pengawal mencari seberapa ramai orng yng paling malas di negeri itu. Dan dikumpulkan bebe...rapa orang,lalu seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas tuanku.”

Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?”

Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.”

Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?”

Maka jawabnya, “Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”

Maka raja pun terdiam seketika.

Tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata, “Patik adalah yang paling

malas tuanku.”

Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?” Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas tuanku.

Raja terkejut dan terus pulang ke negerinya dan bersyukur Allah mengurniakan kepadanya rakyat-rakyat yang rajin....

Tiada ulasan: