PULAU CHNSOM

CATATAN PENGALAMAN KEMBARA ANAK WATAN PULAU CHNSOM GUBIR SIK KEDAH 11-13 JULAI 2019 (KHAMIS –SABTU) EPISOD 4 DARIPADA 4 13 JULAI 2019 (HARI TERAKHIR) Aku terjaga daripada tidur ketika jam menunjuk ke pukul 6.00 pagi. AP di sebelahku masih lagi nyenyak diulit mimpi semalam mungkin. Lenanya tampak tenang dek keletihan semalam. Semalaman aku memeluk AP kerana aku dibayang risau andai pabila mataku dibuka pagi itu AP tiada di dalam gulungan selimut tebal. Mungkin AP telah hilang di sebalik pokok-pokok hutan. Atau mungkin AP telah hilang di dasar tasik. Tapi pagi itu aku masih boleh menarik nafas lega kerana AP masih kekal di sisiku dalam gulungan selimut ditaja, kekal bernafas tenang dalam mainan tidur palsu. Keadaan sekeliling mula hidup oleh bunyi suara-suara kecil semua peserta yang mula membuka mata pagi dan bunyi tapak kaki yang mula melangkah ke sana sini dalam kawasan tapak kem dengan pelbagai arah tujuan. Aku terus mengambil wudhu’ dengan air dingin pagi itu sebelum segera...