Makan Nasi Untuk Kurus

Mazrozita Sabdin
Tips Makan Nasi Untuk Kurus :
1. Makan nasi semasa waktu Makan tengah hari. Pilih kedai yang menyediakan menu nasi dan lauk. Cukup hanya 1 lauk protein dan 1 lauk sayur. Bukan 3protein 2sayur. Selain nasi Ini pun kalori juga..
2. Jangan makan nasi semasa sarapan pagi kerana nasi mengandungi GI yang tinggi dan boleh menaikkan gula dalam darah secara mendadak. Pilih sarapan yang rendah Gi dan tinggi protein.
3. Portion 1 hidangan nasi adalah sebesar saiz penumbuk anda. Lagi besar penumbuk anda lagi banyak boleh makan nasi. Untung la.
4. Makan nasi putih bukan nasi goreng, nasi beriyani, nasi arab, nasi minyak atau nasi ayam. Nasi seperti ini mengandungi kalori yang tinggi. Baru nasi belum lauknya lagi.
5. Jika ada pilihan, pilih beras perang kerana tahap GI lebih rendah. tidak menaikkan gula dalam darah dan tahan kenyang lebih lama. Beras perang rasanya mmg kurang sedap sedikit tapi ada bagusnya. Supaya kita tak makan banyak.
6. Pilih lauk yang tidak bersantan dan berminyak. Masak lemak, kari ikan, ayam masak merah kena elakkan dulu. Nak cepat turun lemak? Elakkan makanan yang deep fried. Ayam goreng ikan goreng. Pilihan terbaik adalah menu bakar, kukus dan rebus.
7. Makan nasi dengan sumber protein seperti Ikan, Ayam, telur, tauhu atau tempe. Jangan makan nasi dengan sayur sahaja. Dah ambil nasi tak perlu tambah karbo lain seperti kentang.
8. Elakkan minum air manis semasa makan nasi, kerana nasi pun mengandungi gula. gula berlebihan yg tidak digunakan ditukar menjadi lemak. Lebihan gula juga akan menyebabkan masalah penghadaman. So kalau xnak perut bergelora lepas makan nasi, minum air suam bukan air manis. jimat dan sihat.
9. Pilih menu berkuah air seperti Sup Ayam, Ikan Singgang, atau Sup telur berbanding Kari dan masak kicap.
10. Makan sayur dulu sebelum makan nasi dan ikan sebab sayur lebih mudah dicernakan. Pilih sayur yang tidak masak jika makan di luar. Sebab selalunya sayur yg dimasak sudah overcooked. Tak ada nutrisi, ada kalori saja.
Happy sharing kawan2
Salam hujung minggu ðŸ˜Š
Boleh la apply tips ni sblm lunch nanti ðŸ˜˜❤️

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESEPI KUIH Putu Beras

PAKORA BAWANG

Cik Atau Puan