vitamin C

Puteri Yusof
Terkejut saya bila nutritionist beritahu yang amalan makan vitamin C setiap hari pun boleh bantu kita kawal sugar craving.
Macam tak percaya pun ada, sebab selama ni dah 8 tahun lebih amalkan vitamin C, tak perasan pulak kesan pada sugar craving.
But then again, memang lah tak perasan, sebab dulu memang tak pernah pun pantang gula, mana tau ada craving ke tidak kan?!
Craving ni kita hanya perasan bila kita start nak diet aje.
Bila kita nak berhenti ambil gula berlebihan, bila kita mula buat mindful eating, hah mula lah meracau.
Kalau tak, memang tak perasan pun, bedal aje makan.
Ok jom kita tengok 3 cara bagaimana vitamin C bantu kita melawan sugar craving.
1- Vitamin C bantu tingkatkan hormon serotonin dalam otak. Hormon serotonin ni penting untuk beri kita rasa happy dan tenang.
Bila kita dalam keadaan happy dan tenang, kita dapat kawal sugar craving. Jadi make sure, paras serotonin dalam otak kita tu elok ya. Be happy, no craving.
2- Orang yang amalkan diet yang tinggi gula atau yang dah pun dapat diabetes, vitamin C dalam badan mereka akan merosot (depleted).
Ini berlaku bila badan mereka dah tinggi oxidative stress - tekanan yang buat anti oksida seperti vitamin C ni musnah dengan mudah.
Jadi bila dah merosot, jadi lah semula macam dalam point nombor 1, dan kesan seterusnya dalam point nombor 3. Teruskan membaca.
3- Vitamin C bantu kurangkan sugar spike selepas makan - ada kajian kata kurangkan sampai 36%.
Apabila kita tak alami sugar spike, kita tak alami sugar crash. Bila tak ada sugar crash, tak ada sugar craving. Jadi kita selamat dari kitaran berulang.
Jadi, nampak tak kaitan kat situ?
Bukan main- main rupanya efek vitamin C ni. Walaupun vitamin C ni memang ramai orang amalkan, tapi mereka tak perasan apa fungsi untuk berdiet.
Sekarang ni dah tau, boleh la add on vitamin C setiap hari, jangan culas lagi ok!
Untuk dengar lagi penerangan nutritionist tentang zat penting yang boleh kawal paras gula dalam darah dan mengawal sugar craving, tengok video ini :
Sebar- sebarkan info ini, jangan lupa klik SHARE ðŸ’ž

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESEPI KUIH Putu Beras

PAKORA BAWANG

Cik Atau Puan