Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2020

minyak masak

Dr Zubaidi Hj Ahmad Suka Halaman 10 Januari jam 12:45 PTG  ·  JANGAN GUNA MINYAK MASAK BERKALI-KALI Minyak masak yang digunakan berulang kali boleh menyebabkan hipertensi, merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser. M inyak masak tidak sepatutnya digunakan lebih dari dua atau tiga kali untuk menggoreng.Yang terbaik menggunakannya hanya sekali. Apabila digunakan berulang kali, tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan menyebabkan salur arteri tersumbat, hipertensi dan merosakkan hati. Kebanyakan kita tidak membuang minyak yang telah digunakan dan menggunakanya lagi beberapa kali sebelum dibuang. Selain itu dalam kajian yang pernah dilakukan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia, ke atas 19 jenama minyak masak mendapati bahawa kebanyakan minyak dalam peket 1 kg ini tidak sihat mengikut piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia. Oleh itu masyarakat diingatkan agar berhati-hati menggunakan minyak masak dalam peket 1kg. Seba...

overnight oatmeal

1. 5-6 sudu besar  rolled oats  (oats ini lebih berkhasiat dan tidak terlalu lembik bila dibiarkan semalaman). 2. 1 cawan susu segar (saya gunakan susu Farm Fresh kerana tiada bahan pengawet, susu segar dari ladang). 3. 1-2 sudu besar yogurt asli (jenama Farm Fresh,  natural  tiada bahan pengawet atau perasa tambahan. Boleh juga guna  natural greek yogurt  tapi  oats  akan jadi lebih pekat). 4. 1/2 sudu besar Chia  seeds  (nak kurus, ni makanan yang sangat sesuai jadi amalan. Terlalu banyak kebaikan antaranya kandungan Omega-3 8 kali lebih daripada ikan salmon, mengawal gula di dalam darah, buat kita rasa kenyang, penambah kesuburan dan bermacam-macam lagi). 5. 1-2 sudu besar madu (pemanis semulajadi. Madu bagus untuk kekalkan tenaga). Campur semua dalam 1 bekas (saya guna bekas kaca kerana proses penyejukan akan lebih sekata). Biarkan semalaman di dalam peti sejuk. Tambahkan buah-buahan, kekacang, kismis mengikut selera mas...

hotteok

Bahan-bahan Bahan Doh 1 cawan air suam 2 sudu besar gula 2 sudu kecil yis 1 sudu minyak jagung 2 cawan tepung gandum Sedikit garam Bahan Filling 1/2 cawan gula perang 1 sudu kecil serbuk kayu manis Sedikit pecan Cara penyediaan Langkah 1 Satukan air, yis, gula dan minyak jagung. Perap sekejap. Masukkan tepung dan garam. Gaul rata Langkah 2 Perap adunan hingga kembang Langkah 3 Untuk buat filling, campurkan kesemua bahan. Langkah 4 Apabila doh sudah kembal, uli sedikit dan potong kepada 8. Langkah 5 Bulatkan 1 bahagian dan leperkan untuk isi filling. Langkah 6 Cara memasak hotteok, letakkan seketul hotteok yang sudah diisi filling ke dalam non stick pan. Kemudian apabila bahagian bawah sudah keperangan, terbalikkan. Langkah 7 Kemudian tekan sudip supaya hotteok menjadi leper. Goreng hingga masak. Sedia dihidang bersama air teh panas. Selamat mencuba Website : http://seminitresepi.com