Rendang Daging

sumber resepi : rosmarlina @ jintanmanis.com
 
Bahan-bahanye
 
500 gram daging boneless ( hiris nipis)- boleh diganti dengan ayam.
1/2 buku lengkuas ( buleh digantikan dengan halia)
1 batang serai ( dititik)
10 biji cili padi ( kalau nak pedas boleh ditambah)
2 cawan santan pekat
3 sudu besar kerisik
sedikit kunyit serbuk ( kalau guna kunyit hidup lagi sedap)
garam
1 helai daun kunyit.
 
caranya
 
1. Blender halus cili padi dan lengkuas dengan sedikit air, kemudian curah dalam kuali dan biarkan seketika.
2.Selepas itu masukkan daging, serai serta serbuk kunyit, biarkan air daging kering sedikit baru masukkan santan dan kerisik. Sesuaikan rasa, masukkan garam.
3. Masak sehinga daging empuk dan bila kuah agak pekat baru masukkan hirisan daun
kunyit. Sedia untuk dihidangkan, amat sesuai dimakan bersama ketupat segera atau nasi panas. Selamat mencuba.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESEPI KUIH Putu Beras

RESEPI PUDING ROTI KARAMEL

PAKORA BAWANG