Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2020

AYAM VARUVAL

500 gm ayam,potong kecil2 Bahan perap 2 sudu makan serbuk kari daging 2 sudu makan serbuk cili 1 sudu teh serbuk garam masala,jika ada Garam secukup rasa. (A) 1 sudu makan pes halia 1 sudu makan pes bawang putih (B) 1 biji tomato,dicencang 1/4 air Bahan tumis 1 biji bawang besar,mayang halus 1 batang kayu kulit manis 2  kuntum bunga lawang 1/2 sudu biji sawi 4-5 tangkai cili kering 2 tangkai daun kari 5-6 sudu minyak Ayam di-perap dengan bahan perap selama 1 jam 1. Panaskan minyak dalam kuali (kalau kuali non-stick lagi bagus) masukkan bahan tumis dan tumis hingga bawang jadi perang. 2. Masukkan A dengan sedikit air dan tumis hingga hilang bau bawang putih. Masukkan B dan kacau rata. 3. Masukkan ayam perap dan kacau rata. Dan tudung periuk masak dengan api yang kecil. Air akan keluar dari ayam ( jangan masuk air) Masak hingga ayam masak dan betul2 kering.Hidangkan dengan nasi. sumber http://thyagacook.blogspot.com/

Apam nasi....

Imej
Bahan2 2 cawan nasi 2 cawan gula 3 cawan air # blender semua bahan ni 3 cawan tepung beras 1 cawan tepung gandum 1 peket mauripan Campurkan semua sekali dgn bahan yang di blender tadi....perap selama 2 jam..sapu minyak sedikit pada bekas/loyang dan masukkan adunan...kukus lebih kurang 15 minit Credit : Siti Aishah

RESEPI AYAM BUTTERMILK

Imej
Bahan-Bahan 1)dada ayam 2)butter 3)Bwng putih (d cincang) 4)daun kari 5)cili padi (d cincang) 6)perisa 7)tepung bistari (untk gorang ayam) Cara masak Dada ayam d potong dadu (ikut suka awk) Kemudian gaulkan gan tepung bistari (sis guna) Goreng hingga masak & tos kan... Kemudian masukan butter bila dh cair masukan bwg putih,daun kari, cili pdi tumis smpai naik wngi... Masukan susu cair klu nak kuah bnykkan susu.. Klu nak kering.. Kurangkan susu cair.. Sis x tambah air Bole la masukan ayam, perisa sikit saja.. Sebab ayam goreng tdi tu dh masin... Siappp . . . Recipe by: @kardianakadir

Resepi Kuih Akok

Imej
Resepi Kuih Akok Terengganu Bahan-bahan yang wajib ada : 5 biji telur 200 ml pati santan 100 ml air 150 gram gula melaka (boleh kurangkan lagi untuk kesihatan) 30 gram tepung gandum 3 helai daun pandan- disiat-siat 2 cubit garam halus Cara-cara nak buat : 1.Masak air bersama gula melaka hingga mendidih. Tutupkan api. 2.Masukkan santan. Tunggu suam-suam kuku sedikit, kemudian masukkan telur,tepung dan daun pandan, gaul rata.Tapiskan untuk menghilangkan ketulan tepung. 3.Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius. Jangan lebih-lebih nanti hangit. Panaskan acuan baulu ke dalamnya. 4.Masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan.  5. Isi penuh acuan dan bakar selama 10 minit. Kuih ini akan mengembang. Bila dikeluarkan dari oven ia akan sedikit mengecut. sumber : resepi FB resepi ibu

Kek Gula Hangus Kukus

1 cawan gula pasir 1 cawan air panas 1 cawan tepung gandum 3 sudu makan marjerin 4 biji telur gred B 3/4 cawan susu pekat manis - boleh guna 1/2 cawan jika nak kurang manis 2 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat 1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder 1 penutup botol esen vanilla 1. Cairkan gula guna api sederhana hingga hangus ( keperangan ). Kecilkan api dan tuang air panas sedikit demi sedikit hingga habis. Kacau dan masak guna api perlahan sahaja hingga gula hangus dan air jadi sebati. 2. Masukkan marjerin. Kacau hingga larut. Padamkan api dan biar adunan seketika. 3. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Kemudian kacau manja supaya telur kuning pecah sahaja. 4. Tambahkan susu pekat manis dan esen vanilla. Kacau lagi hingga sebati. 5. Ayak tepung bersama soda bikarbonat dan baking powder. 6. Satukan gula hangus ke dalam bekas berisi adunan telur tadi. Kacau rata. 7. Masukkan campuran tepung yang diayak tadi. Adun hingga sebati. 8....

KOI PENGANAN PULO /kuih penganan

Bahan-bahan: 3 cawan kacang ijo (digoren tanpa minyak,dibuang kulit dan diblender halus,diayak) 1 cawan gula (diblender halus) 1 cawan tepung pulut (digoreng hingga kekuningan) Sedikit tepung pulut untuk salutan Cara membuat: Campokan sobok kacang ijo,gule, dan tepung pulut yang dh kome goren td Tekan dalam loyang sampai mampat (macam putu kacang) Dengan hati2 jangan selewen kerat dengan piso bentuk pat segi Pastu cmpokan tepung pulut yang sikit tadi dgn ayo (pekat dia mcm nk buat salut goren pisang tu) panaskan minyak, salutkan sobok yang dh bentuk pat segi td dengan bancuhan tepung pulut Tojonkan dalam minyak yang panas tadi.. Goren hingga masak dan toskan. Resepi ni telah dihantar oleh Norhanil Hekmah bt. Rosli ke email aabk untuk individu2 atau kumpulan2 yang ingin mencuba koi nih..

Limau Lelang

Imej
LIMAU LELANG (Merope angulata) atau dipanggil sebagai 'Mangrove lime' dalam bahasa Inggeris merupakan sejenis tumbuhan yang tumbuh liar dikawasan paya air payau dari keluarga Rutaceae. Ramai diantara kita mungkin tidak kenal akan jenis limau ini yang digunakan untuk pelbagai tujuan tetapi ia bukan jenis limau untuk dimakan seperti limau untuk makan yang lain. Tumbuhan ini adalah tumbuh liar dikawasan paya bakau dan tahan kepada air masin serta jarang ditanam sebagai tanaman komersil. Saya puas cuba mencari pokok yang natif dikawasan paya bakau di Malaysia tetapi ia memang tidak mudah dijumpai. Laporan Jabatan Hutan menyatakan tumbuhan ini didapati dikawasan hutan bakau di Perak, Negeri Sembilan dan Melaka dan sedikit di Singapura. Nama Limau Lelang ini berkait dengan bentuk buah yang bersegi berwarna hijau seakan paruh helang yang tajam lalu di namakan 'Le" bermakna 'Limau' dan 'Lang' daripada perkataan 'Helang' lalu menjadi ...

Kuah lontong

Imej
Bahan² kuah lemak lontong : 1/4 biji kubis 1 batang carrot - potong panjang 9 batang kacang panjang 1 ikat soo hoon  1 keping fucuk - potong panjang 1 keping tempe - potong dadu dan goreng dahulu 2 batang serai - ketuk 1 cawan udang hidup 1/2 biji kelapa parut Garam gula secukup rasa Serbuk kunyit Bahan kisar : 8 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 1 inci kunyit hidup 1 inci halia 2 sudu besar udang kering Cara² : 1) Masukkan bahan kisar dan serai bersama separuh periuk air sehingga mendidih supaya bahan kisar masak sepenuhnya. 2) Masukkan udang dan sayur² yg keras. 3) Masukkan santan separuh periuk. Kacau sampai mendidih. 4) Masukkan kunyit sampai warna nmpk cantik, semua sayur, soo hoon dan tempe yg digoreng. Sayur lembik baru sedap makan lontong. Kacau guna api slow je. 5) Last skali, masukkan gula dan garam secukup rasa. Kredit:NurSabihaRosli

Apam Kampung @ Apam Tepung Gandum

By: Norzie hany Sumber:Mariana Zainal FB Bahan: 2 cawan tepung gandum 1 1/2 cawan air 3/4 cawan gula 1 st yis (instant yis atau mauripan) Secubit garam Pewarna Kelapa + garam-gaul Cara-cara: Satukan semua bahan-bahan kecuali kelapa dan gaul sebati. Perap hingga adunan kembang Didihkan air kukusan dan sapu minyak pada acuan atau loyang Kukus lebih kurang 10-15 minit hingga masak. Biar sejuk baru keluarkan dari acuan. Hidangkan dengan kelapa parut yang di campur sedikit garam. *Tutup tudung pengukus dengan kain-mengelakkan air jatuh pada apam *Kelapa yang di gaul garam-kukus sebentar,elak cepat basi *Untuk mencantikkan apam yang di potong gunalah benang

Resepi Talam Berlauk

Imej
Bahan:- (gunakan loyang 10" ) 3 cawan tepung gandum 200ml santan cap ayam - atau 1 cawan santan segar pekat 4 cawan air - atau santan cair 1 sudu kecil serbuk lada sulah 1 biji telur ayam 1 sudu kecil gula garam secukup rasa (lebih kurang 2 sudu kecil) Untuk Lauk:- Udang size kecil dalam 200g (ikut suka)-( gunakan udang sederhana besar tapi dihiris dua dan dipotong dadu) 8 ulas bawang merah-(lebihkan) 2 ulas bawang putih-(lebihka) sedikit) 1 sudu besar udang kering(ditumbuk) 2 biji cili merah-(campur gunakan cili padi merah) sediit daun sup dan daun bawang sedikit serbuk lada sulah sedikit gula(dalam 1/4 sudu kecil) garam secukup rasa (lebih kurang 1/2 sudu kecil) sediki minyak untuk menggoreng + 1 sudu besar minyak sapi Cara:- Hiris halus bawang merah, bawang putih, cili merah, daun sup & daun bawang. Udang kering ditumbuk halus. Goreng bawang merah & bawang putih hingga kuning keemasan, angkat. Kemudian...