AWAK TAHU TAK?

 AWAK TAHU TAK?

Awak tahu tak ada orang bangga dapat kenal awak?
Awak tahu tak ada orang suka kawan dengan awak?
Awak tahu tak ada orang seronok bila kenal awak?
Awak tahu tak ada orang dapat manfaat hasil daripada usaha awak?
Awak tahu tak ada orang jadikan awak sumber motivasi?
Awak tahu tak ada orang jadikan awak sumber inspirasi?
Awak tahu tak ada orang bersemangat mulakan pagi hari hanya dengan santunan awak?
Awak tahu tak ada orang hidup dengan contoh teladan awak?
Awak tahu tak ada orang berterima kasih kepada awak?
Awak tahu tak ada orang sentiasa mengkagumi awak?
Awak tahu tak ada orang sentiasa memuji awak di belakang awak?
Awak tak tahu kan?
Jadi awak terus lah berbuat baik.
Awak tak tahu siapa yang bangga dengan awak.
Awak tak tahu siapa yang sebenarnya suka kawan dengan awak.
Awak tak tahu siapa yang seronok dapat kenal awak.
Awak tak tahu setakat mana usaha awak dimanfaatkan oleh orang lain.
Awak tak tahu siapa jadikan awak sumber motivasi.
Awak tak tahu siapa yang jadikan awak sumber inspirasi.
Awak tak tahu peribadi awak memberi semangat kepada orang.
Awak tak tahu siapa yang meneladani awak.
Awak tak tahu siapa yang berterima kasih kat awak.
Awak tak tahu siapa yang selalu mengkagumi awak.
Awak tak tahu siapa yang sentiasa memuji awak di belakang awak.
Jadi
Sentiasalah berbuat baik
Kekallah berbuat baik
Kerana semua sifat baik
Akan menjadi asbab kebaikan kepada orang lain pula
Encik F
05 Oktober 2020
Puchong
Selangor


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESEPI KUIH Putu Beras

PAKORA BAWANG

Buat sendiri..