Moden atau Konservatif?
Moden atau Konservatif?
.
.
Zaman telah berubah. Pelbagai Jabatan / Agensi Kerajaan juga sudah mula berubah ke arah digital. Dahulu kita menggunakan kad kuning / hijau / merah untuk merekod kehadiran bekerja di pejabat. Kemudian berubah secara elektronik ke arah sentuh pas pekerja, kemudian pula berubah dengan menggunakan cap jari, kemudian tapak tangan dan kemudiannya sistem pengecaman wajah untuk merekod kehadiran bertugas.
.
.
Walau apa pun alasan penggunaan kemudahan digital ini, aku masih bersikap konservatif dan percaya kepada kad kuning / hijau / merah yang digunakan untuk merekod kehadiran bertugas. Bagi aku sistem tradisional ini adalah yang paling mudah untuk disemak, dipantau dan diselia oleh semua pihak. Warna pada kad membawa mesej tersendiri sebagai pengajaran kepada semua, apatah lagi kepada tuan empunya kad itu sendiri.
Ulasan